Monday, 11 November 2013

Siapa Dalang Disebalik Kempen Kotor Dalam Pemilihan PAS?

Muktamar 59: Kempen kotor Pas didalangi pihak luar - Suhaizan

Bahang pemilihan Pas yang dicemari dengan kempen memburuk-burukkan calon khusus bagi jawatan Ketua Pemuda Pas semalam di laman sosial Facebook dipercayai didalangi oleh pihak luar yang sengaja menimbulkan provokasi untuk memecahbelahkan perpaduan perwakilan Pas menjelang 22 November ini.

Calonnya Suhaizan Kaiat menegaskan Zulhazmi Shariff dan Kamaruzaman Mohamad merupakan sahabat rapatnya turut bertanding bagi merebut jawatan yang sama, namun mereka masih berhubung seperti biasa dan agak mustahil serangan melalui Facebook itu dilakukan oleh mereka bertiga atau orang dalam parti.


"Saya lihat perkara ini bukan dilakukan dalam parti, dibuat oleh pihak di luar parti yang melihat satu cara untuk memecahbelahkan parti,” katanya ketika diwawancara Sinar Harian Online di Pejabat Agung Pas, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pemilik akaun ‘Fikrah Islamiah Pilihan Kami’ semalam yang memuat naik imej dan mesej kempen yang memburuk-burukkan calon Ketua Pemuda Pas dengan mengubah wajah Zulhazmi dengan gambar menyerupai seekor anjing.


Selain menghasut, pemilik akaun tersebut turut mendakwa Suhaizan tidak ubah seperti ‘kambing hitam’ kepada golongan liberal dengan bertujuan untuk memecahbelahkan perwakilan Pas khususnya undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas.

Dalam pada itu, beliau juga kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak dalam parti itu yang gemar melabelkan individu tertentu membawa fahaman dan perjuangan bertentangan Islam termasuklah fahaman Syiah, liberal, parasit dan Anwarisme.

"Saya selalu tegur perkara ini (berpuak-puak), kalau ia berterusan (berlaku), ia akan menyebabkan masalah kepada parti sendiri.

“Tidak salah mempunyai nilai yang baik, dinamik, progresif dan proaktif dalam parti, namun yang salah ialah membina golongan tertentu, membuat tafsiran tertentu, kelompok ini liberal, kelompok ini Syiah, kelompok ini parasit dan sebagainya, ini yang salah,” katanya lagi.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Mohd Shubhi Abdul 11 November 2013 at 22:13  

Harap-harap memang dari luar. Takut kalau-kalau ada kat dalam yang lontar batu sembunyi tangan

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP