Tuesday, 3 December 2013

Kazin Oh Kazin..

MAKA, Si Kazim pun menagih simpati kononnya keluarga beliau terasa teramat malu bila mana beliau dikutuk oleh orang ramai sejak ustaz cari makan ini dilamar oleh parti sekular peninggalan penjajah itu.

Aku ingatkan keluarga beliau merasa bangga bila mana ustaz ini dengan mudah dapat duduk di dalam MT, sedangkan ada MB yang tak dapat pun duduk di situ.  Si Kazim dapat mudah hanya dengan kutuk PAS dan Anwar cukup.  


Kita tak lupa bila pemimpin rejim yang memerintah sekarang saban waktu mengaibkan Anwar dengan fitnah seks, si ustaz upahan ini menjadi syaitan bisu.  Sedikit pun kelakuan pemimpin parti sekular dan sekutu Apco itu tidak ditegurnya.  Begitu juga bila mereka menuduh PAS adalah parti sesat, Syiah, Wahabi dan sebagainya, ustaz upahan yang sampai sekarang mengaku masih menjadi ahli PAS itu senyap seribu bahasa umpama ular kekenyangan.

Sekarang si ustaz ini meroyan macam orang gila mengapa?  Baru kena kutuk dan sindir sikit oleh orang ramai sudah tak tahan?  Belum lagi difitnah seks seperti Anwar, Azmin, Mustafa Ali atau seperti Us Dr Badrul Amin lagi yang saban malam disiarkan melalui TV3 suku dan Utusan meloya.  Adakah mereka tiada keluarga yang merasa aib dengan fitnah tersebut?  Adakah kamu saja wahai Kazim yang ada keluarga yang tahu malu?  

Inilah balasan Allah terhadap sikap hipokrit kamu selama ini.  Sanggup jadi syaitan bisu demi jaga hati pemimpin pujaan kamu yang kaki fitnah itu.  

- WFAUZDIN NS 


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Cikgu Di 3 December 2013 at 08:24  

Maaflah saya masuk mencelah dalam blog tuan tampa izin. Saya bukan pandai sangat dalam menulis ni tapi saya rasa cara tuan menulis seakan suka dan redha bila saudara tuan dicaci dan hina kerana kes tak sebulu dengan parti tuan.

Dan perkara inilah yang pernah berlaku di tempat saya di Kelantan. Lebih dari itu pun ada. Mati relai. nikah kahwin .solat Jumaat dan banyak lagi amalan agama "berterabul" kerana fahaman seperti tuan dan terasa alim dan suci bila berada disebelah parti yang tuan . Begitu juga ustaz sebelah parti pun pernah keluarkan fatwa seperti tuan. Dan siapa yang akan bertanggungjawab jika kata-kata kita menyebabkan sesuatu yang kita rasa betul tapi tak selari dengan apa yang sepatutnya. Alhamdululah sekarang perkara seperti itu telah reda melainkan yang terlalu taksub.Dan ustaz bertesut dah pun kembali bertaubat.

Tuan perlu ingat yang keadilan dan pemutus hukum sebenar bukan manusia. Begitu juga yang menghina dan menjatuhkan seseorang bukan ditangan manusia. Semoga tuan janganlah terlalu lajak dan terlalu merasa betul dalam semua hal kerana tuan rasa orang lain semuanya bersalah.Walahualam.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP