Thursday 5 December 2013

Pemuda Umno mahu guru dipantau

KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan Pemuda Umno semalam meminta kerajaan memantau perbuatan segelintir guru di negara ini yang cuba mempengaruhi pelajar agar membenci kerajaan.

Ketua Pemuda Umno Melaka Zali Mat Yasin berkata sebagai golongan berpengaruh, tindakan guru terbabit mampu menggugat kestabilan negara jika dibiar berterusan.


Guru juga tidak harus menjadikan pelajar mangsa kebencian mereka terhadap kerajaan, sebaliknya luahkan secara terbuka mengenai masalah yang dihadapi, katanya ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno, di perhimpunan agung sayap itu, di sini.

"...guru ini golongan yang suka melakukan 'silent protes'. Jangan begitu bincang sebaiknya demi kebaikan anak-anak kita," katanya.

Ketua Pemuda Umno Kangar Hamizan Hasan pula berkata pergerakan itu perlu menjadi rakan guru dan membantu mereka mendidik generasi baharu, terutama dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

"Pemuda Perlis mencadangkan setiap bahagian dan cawangan Pemuda seluruh negara mengambil sekolah dalam kawasan mereka sebagai sekolah angkat dan kami juga mencadangkan anggota Pemuda dilatih sebagai ejen untuk melaksanakan PPPM," katanya.

- Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP