Friday 31 January 2014

Pembabitan Mahathir jatuhkan Najib bukan perkara pelik

SHAH ALAM, 31 JAN: Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini.


Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.

"Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

"Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya, bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah.

"Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu. Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya," katanya di dalam blog.

Shahbudin berkata, gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.

Beliau berkata, desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Katanya, selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada kini.

"Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan dikatakan selalu bertemu untuk berbincang berkenaan isu politik semasa.

"Walaupun menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib, beliau pada masa sama mulai kritis terhadap Najib dengan mengkritik sikap bermewah kerajaan dan menyokong kenyataan Daim dengan menyatakan pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya.

"Mahathir juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Siapa pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan kalau bukan Najib dan keluarganya?" katanya.

-NFN-

http://m.selangorku.com/?post=43850

Read More...

Menteri kunjungi Shah Alam jumpa 'kaki', bincang strategi sabotaj Selangor?

SHAH ALAM, 31 JAN: Beberapa menteri daripada Barisan Nasional (BN) dikatakan bertemu pihak tertentu yang dipercayai sebagai menggerakkan kerja sabotaj kerajaan Selangor.

Pertemuan itu berlangsung sebaik sahaja Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumk sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) bagi mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata selain percaya kerja sabotaj itu bakal membabitkan polis cawangan khas], selain beberapa pihak yang menjawat jawatan penting dalam hariki kakitangan awam negeri dan anak syarikat milik kerajaan negeri.

"Saya di Shah Alam pada hari Anwar diumum sebagai calon dan tahu pada petang itu beberapa menteri dengan pengiringnya datang ke sini untuk bertemu dengan pihak tertentu yang tidak payah disebutkan nama mereka.

khalid samad"Saya duduk Shah Alam dan tahu itu berlaku. Maknanya, rancangan untuk menewaskan Anwar sedang disusun dengan teliti oleh pihak lawan, BN. Saya menyeru PR hadapinya dengan menggunakan Kajang sebagai satu reforendum membuktikan penolakan rakyat kepada Umno," katanya pada satu sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Khalid menjangkakan usaha sabotaj terbabit akan membabitkan tindakan yang mengaitkan projek kerajaan negeri, isu tanah dan lain-lain yang mampu menjejaskan kelicinan pentadbiran, sekali gus menimbulkan perasaan kurang percaya pengundi di Selangor.

Sementara itu mengulas isu sama, Khalid percaya dengan penyertaan Anwar sebagai salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) nanti akan memperkuatkan lagi kerajaan PR Selangor dalam berhadapan usaha sabotaj daripada dalam.

"Kini Anwar tiada 'locus standing' untuk bertemu Pegawai Daerah atau mana-mana penjawat penting dalam Selangor tetapi kalau menang dia boleh berjumpa Pegawai Daerah atau sesiapa sahaja bagi menyekat usaha sabotaj BN," katanya.

-NFN-

Read More...

Anak pasangan Malaysia berlepas pulang



STOCKHOLM - Empat anak pasangan Malaysia, yang ditahan pihak berkuasa Sweden kerana didakwa memukul tangan anak lelaki mereka yang enggan solat, berlepas pulang ke Malaysia pagi Jumaat.

Aishah Azizul Raheem, 14 dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, berlepas pulang pada 6.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia) bersama-sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga itu.

Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok, kata Hamzah ketika dihubungi Bernama sebelum berlepas pulang.

Duta Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman mengucapkan selamat jalan kepada mereka di lapangan terbang di sini.

Semalam, anak-anak Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itu diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini oleh pihak berkuasa Sweden dalam satu majlis di pejabat kedutaan.

Mereka kemudian diserah kepada seorang pegawai kedutaan yang merupakan keluarga angkat Islam Malaysia baharu mereka.

Selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, keempat-empat beradik itu juga dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia pada majlis itu.

Sebelum ini, empat beradik itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, pada 18 Disember lepas.

Pihak pendakwaan juga memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman terhadap Azizul Raheem selama 11 hari lagi iaitu sehingga 10 Februari ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

Difahamkan, mahkamah sama akan bersidang hari ini bagi memutuskan penahanan reman terhadap Shalwati.

Tahanan reman Azizul dan Shalwati telah dilanjutkan tiga kali sejak mereka ditahan.

Tiada had penahanan reman di Sweden. - Bernama


Read More...

Sultan berhak bubar DUN jika MB letak jawatan, kata Majlis Profesor Kangkung

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor boleh dibubarkan jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan berdasarkan kuasa yang ada pada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Kamal Nik Mahmod, berkata berdasarkan perlembagaan negeri, baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan dan yang pertama ialah apabila hampir sampai hayat DUN, maka menteri mesar akan menasihatkan Sultan.


“Kedua, dalam keadaan lain apabila menteri besar hilang keyakinan daripada majoriti ahli DUN dan meletak jawatan, sultan akan membubarkan DUN.

"Satu lagi keadaan ialah apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baru bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang dilantik oleh sultan atas nasihat menteri besar seharusnya turut meletakkan jawatan.

Katanya, terdapat peruntukan dalam perlembagaan negeri bahawa exco bertanggungjawab terhadap DUN.

"Jika menteri besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan exco juga harus meletakkan jawatan. Perlu diingat bahawa sultan boleh memecat exco pada bila-bila masa seperti dalam perlembagaan negeri,” katanya.

Beliau turut menyentuh Perkara 70 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang menyatakan sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN tetapi tidak dinyatakan keadaan membolehkan baginda berbuat demikian.

Abdul Khalid ketika ditemui pemberita pada Isnin berkata, beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada perbincangan dilakukan oleh pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.

Abdul Khalid dikatakan bersetuju untuk mengambil alih jawatan penasihat ekonomi Selangor selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bakal menggantikannya sebagai menteri besar, menurut satu sumber dalaman PKR.

Dalam satu pertemuan bersama Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada hujung minggu lalu, Abdul Khalid dikatakan bersetuju dengan cadangan agar beliau dan ketua pembangkang itu bertukar jawatan demi kestabilan parti dan PR secara keseluruhannya. – tmi


Read More...

Jumpa Bom


Nuriman menunjukkan lokasi bom yang ditemui ketika menjalankan kerjakerja pembersihan, semalam.


KOTA BHARU - Penduduk di sekitar Jalan Kuala Krai di sini gempar dengan penemuan sebutir bom lama jenis mortar di terpi jalan, semalam.

Saksi kejadian, Mohd Nuriman Othman, 26, berkata dia menemui bom terbabit kira-kira jam 11 pagi dan cuba mengangkatnya untuk ditunjukkan kepada seorang rakan yang sedang memotong rumput di kawasan berdekatan.

Namun dia terkejut apabila diberitahu oleh rakannya itu bahawa objek sepanjang kira-kira 0.33 meter dan lilit 81 mililiter yang bawanya itu adalah sebutir bom lama jenis mortar.

“Saya ternampak bom terbabit ketika memotong rumput dan ia berada hanya beberapa meter daripada mata mesin pemotong rumput saya.

"Apabila mengetahui ia adalah bom, saya terus membuat laporan di Balai Polis Nilam Puri,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, bom mortar terbabit dimusnahkan sepasukan anggota Persenjataan dan Pemusnahan Bom pada jam 2 petang, Muhammad Adam Naufal 10, 150 meter dari tempat kejadian.



Read More...

Thursday 30 January 2014

Budak perempuan 7 tahun mati dikelar bapa

BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.


"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.

Beliau berkata polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.

Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.

Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental. - Bernama

Read More...

Sandiwara Apa Pulak Noh Omar Akan Main Kali Ini?

Ahli parlimen Khalid Samad berkata beliau sedia "disekolahkan" oleh pemimpin Umno Datuk Seri Noh Omar berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tetapi ia hendaklah diadakan secara langsung.

Beliau memberi tempoh sehingga 10 Februari depan untuk Noh mengatur acara itu menerusi mana-mana saluran televisyen dengan mengekalkan tajuk dan moderator yang sama.


Katanya, jika terdapat isu keselamatan, debat itu boleh diadakan tanpa kehadiran penyokong masing-masing.

"Kita bentang idea dan hujan bukan atas kekuatan fizikal dan penyokong dan sebagainya.

"Kalau tidak mampu, untuk susun dan atur, maka saya akan buat sendiri. Saya panggil dia dan kita tengok siapa sekolah siapa," katanya dalam sidang media.

Debat Khalid-Noh anjuran Sinar Hariansebelum ini dibatalkan. Pembatalan itu dibuat saat-saat akhir setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi termasuk berkaitan keselamatan.

Noh kemudian menyatakan kekesalannya kerana berasa seolah-olah dipermainkan dan tidak dapat “menyekolahkan” musuh politiknya itu.


Read More...

'Kalau Najib tidak turun, kita cadang siapa'

KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar untuk bertanding di N25 Kajang bagi menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil nanti. 

Pengerusi Majlis Kepimpinan PKR Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, jika Umno BN berani untuk bertanding di Kajang, mereka harus meletakkan Presiden Umno Najib Tun Razak sebagai calon.


"Umno kalau berani turun di Kajang jangan letak MCA, MIC atau Gerakan. Kalau mereka hebat letak Najib. Setuju?

"Kita makan sate Kajang, kemudian kita lawan habis-habisan. Kalau Najib tidak turun, kita cadang siapa?" soal Azmin kepada para petugas parti ketika berucap dalam majlis Taklimat Jentera Pilihan Raya di Sungai Sekamat semalam. 

"Rosmah!," sahut para hadirin.

Majlis itu turut dihadiri Majlis Pimpinan Tertinggi PKR antaranya Ketua Wanita Zuraida Kamarudin, Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Azmizan Zaman Huri dan beberapa pimpinan peringkat negeri Selangor.

Kerusi Dun Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Lee Chin Cheh. Beliau telah menghantar notis peletakan jawatan pada 27 Januari dan perkara itu disahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh. - hrkh

Read More...

Murid dirogol, diliwat, ditoreh kemaluan

MUAR - Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.


Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk.

Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.

“Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut.

“Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.

Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis.

Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.

“Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari,” katanya.

Read More...

Anwar akan jelaskan keputusannya bertanding

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjamin untuk memberikan penjelasan mengenai persetujuannya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.

Beliau berkata, penjelasan itu akan dibuat dalam masa terdekat dan dijangka selepas Tahun Baharu Cina.


"Saya tahu bahawa perlunya penjelasan lebih lanjut yang akan saya lakukan dalam masa terdekat.

"Orang menuntut penjelasan kenapa perlu dan sementara itu ada sedikit keresahan. Sampai sekarang kita belum beri penjelasan yang lengkap," katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, teguran diberikan kepadanya oleh bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga, hari ini.

"Saya terima (teguran). Saya akan lakukan (penjelasan)...lepas raya Cina," katanya.

Kerusi Dun Kajang bakal dipertandingkan semula selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai Adun petang Isnin.

Pencalonan Anwar itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di ibu pejabat PKR semalam.

Pengumuman itu menguatkan khabar angin yang bertiup kencang mendakwa Anwar akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor sekali gus meredakan pertelingkahan antara Abdul Khalid dengan Azmin di negeri itu.


Read More...

Wednesday 29 January 2014

PRK Dun Kajang: Anwar akui satu pembaziran

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akui soal kos menjadi perhatian PKR sehingga parti itu mengeluarkan arahan supaya pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang itu dijalankan dengan kos seminimum mungkin.

PKR bakal menggunakan poster-poster lama sepanjang tempoh berkempen.


"Saya terima pandangan itu (PRK Dun Kajang suatu pembaziran). Kalau dianggap sebagai pembaziran, maka itu kosnya perlu diminimumkan.

"Dari pihak PKR sendiri, kita sudah beri arahan supaya PRK ini dijalankan dengan kos yang paling minimum termasuk menggunakan poster lama selain poster yang disyaratkan oleh SPR," katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut ditanya pemberita soal kewajaran meletakkan calon yang lebih muda.

"Tak apa. Saya faham... Ini cadangan diberikan oleh pimpinan, kalau saya nak (bertanding) dari awal, saya ada pilihan 2008 dan 2013.

"Kalau saya nak tetapi tentunya ada pertimbangan dan desakan yang sama ada memaksa atau memujuk sehingga saya mengambil keputusan ini," katanya.

Kerusi Dun Kajang bakal dipertandingkan semula selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai Adun petang Isnin.

Pencalonan Anwar itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di ibu pejabat PKR semalam.

Read More...

Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor daripada Umno jika Najib jatuh

PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.


"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.

"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.

"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku.

"Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.

Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya.

Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia.

"Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara," katanya.

Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya.

"Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya.

Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka.

PKR di Selangor ketika ini sedang bergolak selepas dikatakan wujud usaha untuk menjatuhkan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada tampuk pemerintahan.
Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus.

Kemudiaan disusuli dengan insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.
Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin.

Semalam, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi.

Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor.


Read More...

Ron 97 Dan Tol Dijangka Naik Bulan Depan?

KERAJAAN dijangka akan menaikkan lagi harga Petrol RON95 dan diesel serta kadar tol sebelum pengagihan BR1M 3.0 kepada 7.9 juta rakyat pada pertengahan Februari 2014 ini.

Pengurangan subsidi terhadap Big Ticket Items iaitu seperti petrol, diesel, tol serta elektrik mampu menjana penjimatan yang besar kepada kerajaan.


Menurut anggaran Pemandu, kenaikan harga Petrol RON95 dan diesel seharusnya dinaikkan sebanyak RM 0.10 sen seliter setiap 6 bulan. Kenaikan tersebut akan disusuli dengan pelbagai langkah mitigasi untuk meringankan beban rakyat dan kerajaan akan menikmati lebih penjimatan setiap tahun. Bagi tol, kenaikan akan tetap berlaku sepertimana dalam perjanjian konsesi.

Beberapa signal awal telah diberikan oleh kerajaan antaranya kenyataan perdana menteri berhubung langkah pemberian subsidi bersasar khususnya mengenai Petrol RON95.

Pihak Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia juga telah membuat tinjauan yang mendakwa kos pengangkutan awam akan naik antara 25 peratus hingga 30 peratus sekiranya kadar tol akan dinaikkan tidak lama lagi.

Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada tahap pengawalan defisit dan hutang kerajaan. Cuma apa yang dibimbangkan ialah peningkatan hasil yang diperoleh oleh kerajaan tidak disalurkan secara tepat bagi memulihkan kewangan awam.

Contohnya, Laporan Ekonomi 2013/2014 menunjukkan kerajaan mempunyai peningkatan perolehan hasil, namun lebihan tersebut tidak digunakan secara efisyen untuk mengurangkan beban hutang, sebaliknya menambah perbelanjaan mengurus kerajaan.

Biasanya ramai yang menelah, strategi dan pendekatan kerajaan adalah 3+2 atau 4+1. Tiga tahun selepas pilihanraya umum diadakan adalah tempoh terbaik untuk mendapat pulangan daripada menekan rakyat, manakala dua tahun selepas itu adalah tempoh memujuk serta membeli undi rakyat.

Jika kenaikan ini berlaku, maka terbukti bahawa kerajaan melakukan pengkhianatan terhadap segala janji yang ditaburkan. Diharap rakyat tidak mudah lupa dan bingkas menuntut keadilan.


NASRUDIN HASSAN
Ahli Parlimen Temerloh
AJK PAS Pusat

Read More...

PKR berhutang penjelasan kepada rakyat 

Bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga menegaskan bahwa PKR berhutang penjelasan kepada rakyat mengenai tindakan parti itu mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan.

Sambil menegaskan bahawa PKR kelihatan seperti sedang cuba menyelesaikan krisis dalaman kepimpinannya melalui tindakan tersebut, Ambiga berkata beliau menunggu penjelasan tersebut bersama satu alasan yang kuat.


"Saya rasa mereka berhutang penjelasan tersebut, saya
mahukannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dialog dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang (kiri) malam tadi.

Beliau juga ditanya mengenai sama ada PKR membazir wang rakyat dan masa dengan mewujudkan pilihan raya kecil tersebut.

"Sudah tentu... kerana belum sampai setahun selepas (pilihan raya umum ke-13), wang perlu dibelanjakan kerana pilihan raya kecil ini. Itulah sebabnya rakyat tidak gembira mengenainya, mereka tidak memahaminya," tambahnya.

ADUN PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatansebagai wakil rakyat Kajang dua hari lepas. Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding kerusi tersebut.

Bagaimanapun , Anwar menafikan beliau akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar sekiranya menang , dengan mendakwa pilihan raya kecil itu akan membantu parti itu "mengoptimakan prestasi kami di negeri tersebut".


Read More...

Tuesday 28 January 2014

Anwar jangan 'Over confident'

SHAH ALAM - Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali hari ini mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak terlalu yakin untuk memenangi kerusi Dun Kajang lantaran kerusi tersebut pernah dimenangi oleh Adun daripada PKR pada PRU13 lalu.

Menurutnya, walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenali ramai, namun belum tentu Anwar mengenali rapat masyarakat di Dun Kajang, sehingga boleh 'menjinakkan' mereka (masyarakat Kajang) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun tersebut.


Tambahnya, ini berbeza dengan calon sebelum ini iaitu Lee Chin Cheh yang memang anak tempatan di kawasan tersebut.

"...bagi saya untuk seseorang itu menang 'bergaya' dalam PRK, seseorang itu mestilah warga tempatan, kerana dia selalu berdamping dengan masyarakat di kawasan tersebut, dia sudah faham mengenai 'kerenah' masyarakat di kawasan tersebut.

"...jadi mudahlah dia memenangi hati pengundi di kawasan tersebut.

"...oleh itu bagi saya,walaupun beliau (Anwar) sudah dikenali umum, namun beliau belum tentu kenal rapat dengan masyarakat di Dun tersebut (Kajang), jadi saya nasihatkan Datuk Seri Anwar supaya tidak 'over confident," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh
mengumumkan peletakan jawatan Chin Cheh.

Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan PR memutuskan untuk meletakkan Ketua Umum PKR itu sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.

Read More...

'Saya hanya akan berhenti dengan keputusan sendiri'

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan berhenti dengan kemahuan beliau sendiri.

Beliau yang memegang kerusi panas itu berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana tekanan atau desakan dari sesiapa pun.


"Jika saya berhenti, ia keputusan saya sendiri. Itu sahaja," kata beliau dalam temuramah bersama Malaysiakini hari ini.

Beliau memberi komen kemungkinan jawatan beliau bakal digantikan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang tidak lama lagi.

Menurut Khalid beliau hanya membuat keputusan sekiranya sampai masa yang sesuai dan sehingga kini, tiada perbincangan mengenai pertukaran menteri besar.

Beliau menyifatkan tekanan dan desakan dari semua pihak termasuk parti beliau sendiri hanya merupakan sebahagian dari asam garam dunia dan perjuangan politik beliau. 

"Tekanan adalah perkara kecil saya fikirkan. Orang tanya bagaimana saya tidak gila dengan semua tekanan ini. Saya jawab 'turun naik' adalah sebahagian hidup. Saya bermula di pasaran saham," kata beliau.

Bagaimanapun Khalid berkata beliau mungkin memberi laluan dan mengundur diri sekiranya diminta oleh Anwar sendiri.

"Saya akan (berhenti) jika perlu. Tapi jika saya tak rasa perlu (berhenti), dua perkara akan berlaku. Jika saya tak boleh nak ubah saya berhenti. Jika saya boleh, saya akan teruskan (kerja politik)," kata beliau.

Pengunduran Lee tak dirancang

Bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semalam, dikatakan memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi ADUN negeri itu.

Khalid hari ini turut mengumumkan pencalonan Anwar untuk bertanding bersama pimpinan Pakatan Rakyat 

Beliau berkata, keputusan dibuat bagi memastikan "Selangor terus menjadi asas kukuh buat Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya".

Pengumuman itu menguatkan lagi desas-desus Anwar akan mengambil alih jawatan menteri besar daripada Khalid bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di negeri itu.

Ditanya tentang perkara tersebut, Anwar berkata "ia hanya spekulasi" dan beliau mahu menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil akan datang.

Khalid turut mengatakan perkara itu sebenarnya dalam perancangan cuma peletakan jawatan Lee tidak dirancang.

"Ia bukannya dirancang sejak Mei 2013. Ada perbincanganlah, penilaian politik dan perbincangan (mengenai Anwar bertanding).


Read More...

Keputusan Anwar lwn Papa Gomo 28 Feb

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 28 Feb depan untuk keputusan kes saman penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengendali blog 'Papa Gomo' yang didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya dalam video seks dengan seorang lelaki di laman berkenaan.

Hakim Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam N. Surendran dan Lateefa Koya yang mewakili Anwar dan peguam Jasbeer Singh Kawna yang mewakili Wan Muhammad Azri Wan Deris (defendan).


Surendran ketika ditemui pemberita memberitahu bahawa mahkamah menetapkan tarikh itu untuk keputusan selepas kes berkenaan ditutup hari ini.

Jasbeer Singh pula memaklumkan kepada pemberita pihaknya memohon tarikh baharu untuk memanggil saksi terakhir yang sepatutnya hadir ke mahkamah, bagaimanapun ia dibantah peguam plaintif (Anwar) dan mahkamah memutuskan kes itu ditutup," katanya

Pada 21 Mac tahun lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.

Prosiding perbicaraan yang bermula semalam telah memanggil dua saksi plaintif termasuk Anwar dan seorang saksi defendan iaitu Wan Muhammad Azri memberi keterangan.

- Bernama

Read More...

Satu kejutan kalau Anwar jadi MB Selangor

SEKIRANYA tepat ramalan media massa mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Kajang dan seterusnya mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor, implikasinya sangat menarik.

Hal ini menjadi bahan spekulasi hangat berikutan pertemuan panjang (dikatakan empat jam) antara Anwar dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan peletakan jawatan bekas Adun PKR Kajang, Lee Chin Cheh.


Saya menganggapnya sebagai sesuatu yang memeranjatkan dan mungkin tidak semestinnya baik bagi Anwar, PKR dan PR. Pandangan lanjut saya seperti berikut:

1. Akhirnya Anwar terpaksa mengaku bahawa krisis kepemimpinan Kerajaan Selangor yang berpunca daripada perebutan kuasa antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sudah sampai ke peringkat hidup mati.

2. Krisis itu mungkin tidak meruntuhkan kerajaan PR Selangor, tetapi akan melemahkannya.

3. Ia akan melemahkan kedudukan PKR sebagai perantara PR dan menyebabkan DAP dan Pas memikirkan semula pergantungan mereka kepada PKR sebagai perunding.

4. Walaupun Anwar sangat akrab dengan Azmin dan percaya kepadanya, namun beliau tidak dapat memberikan jawatan MB kepada Azmin selagi Abdul Khalid ada dalam Dun.

5. Walaupun Azmin adalah Timbalan Presiden yang telah bersama Anwar hampir tiga dekad, namun dalam parti beliau mempunyai musuh dan Abdul Khalid ada pengikutnya sendiri.

6. Di kalangan Adun dari PKR, DAP dan Pas, sokongan terhadap Azmin berbelah bagi. Mungkin lebih ramai memihak kepada Abdul Khalid, khasnya di kalangan Adun DAP.

7. Bagi Anwar pula, sekiranya beliau mengambil langkah luar biasa itu, matlamatnya tentulah bagi menyelamatkan kerajaan PR Selangor dan menyekat perebutan kuasa antara Abdul Khalid dan Azmin di Selangor daripada merebak ke peringkat nasional.

8. Di segi imej, Anwar membuat pengorbanan besar kerana matlamat beliau selama ini – bermula dengan penyertaannya dalam Umno pada tahun 1982 – adalah menjadi Perdana Menteri.

9. Antara menjadi PM dengan MB Selangor, bezanya sangat besar dan mungkin mencetuskan banyak reaksi negatif. Antaranya ialah beliau bukan kelahiran Selangor dan usianya (66 tahun) adalah agak lanjut bagi seorang MB.

10. Beliau pasti dituduh oleh musuh-musuhnya sebagai telah mengaku kalah dan tidak yakin lagi boleh menjadi PM.

11. Sebaliknya, dengan PRU masih jauh (kira-kira empat tahun setengah), Anwar mempunyai masa bagi membuktikan kemampuannya mentadbir dan ini boleh menjadi modal untuk PRU.

12. Dan Anwar tentu sedar bahawa ada seakan-akan satu sumpahan ke atas jawatan MB Selangor. Boleh kata tidak ada MB Selangor yang tidak dilanda masalah, kontroversi dan penghinaan.

Wallahualam.

Dipetik daripada blog A Kadir Jasin


Read More...

MB: Anwar sah tanding kerusi DUN Kajang

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi DUN Kajang yang kosong apabila penyandangnya, Lee Chin Chen dari PKR meletakkan jawatan semalam, umum Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat setuju meletakkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan bertanding," kata Khalid dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini.



Read More...

Langkah Anwar Mengejutkan Azmin..

Pengumuman pengunduran wakil rakyat Kajang semalam menggemparkan banyak pihak, termasuk pemimpin kanan dalam PKR, dan menjadikan mereka semua sangat serba salah.

Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali.


Kumpulan Azmin sendiri, yang digambarkan sangat ghairah ingin mengambil tampuk kekuasaan di Selangor, dikhabarkan terperanjat dengan gerakan mengejut semalam.

Tindakan ini bertujuan "menyelesaikan" persaingan antara PKR Selangor, yang diketuai Azmin, dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

Walaupun PKR negeri masih utuh di belakang Azmin, mereka tidak sempat berbuat apa-apa untuk mengelak pengumuman pengunduran CC Lee, bekas pemimpin Gerakan yang dikaitkan dengan Azmin.

Difahamkan, keputusan itu belum mendapat persetujuan PKR Selangor yang masih berusaha untuk menentukan perjalanan parti dalam krisis terbaru ini.

PKR negeri dikatakan mengambil strategi berbeza untuk menangani kemelut ini -- strategi akibat tidak menduga langkah mendadak pasukan Anwar.

DAP, PAS tunggu & lihat

Gerakan mengejut pasukan Anwar, disertai beberapa pemimpin kanan dan muda PKR termasuk Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, dapat dijayakan susulan pertemuan ketua pembangkang itu dengan Khalid pada hujung minggu dan Lee semalam.

Pasukan Anwar juga cuba memberikan gambaran kepada beberapa pemimpin PKR bahawa proses biasa parti tidak sesuai untuk gerakan ini.

Malah, lebih elok jika diuruskan oleh pasukan kecil mereka. Sama ada pasukan ini berjaya dalam misinya akan dapat dinilai mulai hari ini.

Jika pasukan Azmin terkejut dengan gerakan pantas kumpulan Anwar, rakan-rakan Pakatan Rakyat juga belum tentu bersetuju dengan percubaan PKR itu.

Yakni, percubaan untuk mengundurkan Khalid dengan menggantikan calon baru (bukan Azmin) melalui satu pilihan raya kecil DUN Kajang.

Akibat tiada sokongan awal DAP dan PAS sebelum peletakan jawatan Lee, dua parti ini tidak menyatakan sokongan segera semalam selepas pengunduran Lee.

Kedua-dua parti masih mengambil sikap "tunggu dan lihat" tindakan lanjut PKR.

Sikap ini diambil dipercayai akibat pemimpin-pemimpin kanan mereka tidak dirujuk lebih awal oleh PKR.

Mereka dikatakan tidak selesa dengan gerakan pasukan Anwar yang tidak merundingi mereka sebelum keputusan besar itu.

Persetujuan malam tadi

Sekiranya dua rakan Pakatan menyatakan sokongan pada gerakan menggemparkan Anwar ini, persetujuan ini baru dicapai malam tadi atau pagi ini.

Pasukan Anwar dikatakan giat menyusun strategi malam tadi untuk mendapatkan sokongan bulat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

(Setakat artikel ini ditulis, sikap kedua-dua parti itu terhadap projek Anwar ini masih belum jelas)

Sementara itu, pagi ini, pasukan Anwar dijadual mengadakan beberapa siri pertemuan saat akhir, termasuk dengan Khalid dan Azmin, sebelum pengumuman rasmi yang dijadualkan jam 11 pagi.

Pengumuman ini dijangka menyentuh rancangan pengunduran Khalid dalam tempoh sebulan dua ini.

Ia juga akan menjawab teka-teki siapakah calon DUN Kajang -- yang disebut-sebut mahu diangkat sebagai menteri besar baru -- sama ada Anwar sendiri atau seorang tokoh lain.

Namun, semua ini tergantung sejauh mana Khalid bersetuju dengan pelan permainan pasukan Anwar dan bagaimana pula sikap Azmin dalam rencana Anwar yang menggemparkan ini.

Setakat malam tadi, sikap tokoh nombor dua dalam PKR masih belum jelas -- sama ada bersama pasukan Anwar atau mengambil jalan lain.

Gerakan Azmin selanjutnya bergantung pada siri pertemuan pagi ini dan pengumuman penting selepasnya.

Jika Khalid degil...

Khalid sendiri belum menunjukkan sikap yang jelas, sama ada mahu mengikut sahaja arahan ketua umum atau membantah.

Sikap ini dapat dilihat jika beliau sendiri hadir di mesyuarat pagi ini dan menyuarakan isi hatinya.

Jadi, sidang media Anwar berhubung isu-isu Selangor pagi ini akan mendedahkan sedikit bagaimana pintar (atau, tidak) pasukan Anwar.

Pasukan Anwar ini, nanti, akan menentukan kepintaran mereka sama ada berjaya mengatasi kemelut di Selangor atau menambahkan lagi kerumitan sedia ada.

Langkah bijak atau langkah dungu akan terlihat mulai hari ini, menjelang pilihan raya kecil DUN Kajang dan juga dukungan istana.

Proses panjang ini, seperti diingatkan Khalid semalam, tidak mudah tanpa konsensus Pakatan dan restu istana.

Tugas ini tentunya lebih rumit daripada meyakinkan peguam Edmund Bon dan Wan Saiful Wan Jan, ketua kumpulan pemikir IDEAS.

Malah, apabila diketahui Anwar akan mengadakan sidang media berhubung isu-isu Selangor, Wan Saiful dengan sinis mengtuit: I thought Azmin heads PKR Selangor?

Jika Pakatan dan istana di belakang pasukan Anwar, apa akan jadi jika Khalid berdegil?



Read More...

Buat Pertama Kalinya Aku Bersetuju Dengan Ridhuan Tee

Di mana letaknya maruah kita?

MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.


Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.


Read More...

Monday 27 January 2014

Anwar Akan Bertanding Di Kajang

Peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang membuka persoalan sama ada tempat itu akan ditandingi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad berkata, walaupun hanya mengetahui pengunduran itu melalui media, beliau difahamkan bahawa PKR akan meminta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berundur dan Anwar akan bertanding dalam pilihan raya kecil.


“Saya hanya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution semalam bahawa PKR akan meminta Tan Sri Khalid berundur dan Anwar akan bertanding pada satu pilihan raya kecil,” katanya

Menjawab SMS Malaysiakini hari ini, beliau berkata, beliau akan membincangkan perkembangan itu dengan PAS negeri dan pusat dan merasakan ia masih memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

“Perkara seperti ini sepatutnya dibincang dengan semua parti,” katanya ketika ditanya sama ada PAS Selangor bersetuju dengan pengunduran Lee itu.

Spekulasi itu timbul ekoran laporan The Star Online bahawa Anwar akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

Portal itu melaporkan bahawa Khalid bersetuju melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada ketua pembangkang Dewan Rakyat itu.

Anwar bagaimanapun menafikannya.

DAP: Tak pernah bincang

Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan atau persetujuan dibuat untuk menggantikan menteri besar Selangor dibuat.

“Tidak pernah dibincangkan,” katanya menjawab soalan Malaysiakini.

Sementara itu, Yeoh yang juga ADUN DAP bagi kawasan Subang Jaya jari ini turut ditanya berhubung kemungkinan calon untuk kawasan itu.

“Saya tidak mahu cakap perihal calon dan saya tidak mahu mengulas khabar angin. Agak awal untuk membuat spekulasi. Sehingga hari ini kerusi ini kosong. Itu sahaja,” katanya.

Yeoh juga berkata, oleh kerana ia kerusi PKR, parti itu yang akan mengumumkannya.

Penganalisis: Anwar jadi PM? Mustahil

Sementara itu, penganalisis politik James Chin pula beranggapan mustahil Anwar akan menjadi menteri besar Selangor kerana kedudukannya sekarang sebagai pemimpin nasional.

"Jika beliau jadi menteri besar dia akan berada di kedudukan sama dengan Lim Guan Eng, ketua menteri Pulau Pinang. Itu mustahil," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.

Chin menganggap cerita 'kurang senang' mengenai PKR itu berkaitan dengan pemilihan parti itu April depan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh hari ini mengumumkan kekosongan kerusi DUN Kajang.

Undang-undang menetapkan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.


Read More...

Panas - Adun PKR Kajang Letak Jawatan

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.


Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee (kanan) sendiri.

Menurut undang-undang, katanya, SPR harus mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.

Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

Read More...

Batal Debat - Noh Omar Main Wayang

Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kesal debat mengenai polemik kalimah Allah dibatalkan.

Beliau meluahkan rasa kesal gagal membetulkan kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dan mahu penganjur memberi penjelasan kerana seolah-olah dipermainkan.


"Saya merasa kesal dengan pembatalan debat yang telah dirancang. Inilah masanya untuk saya 'sekolahkan' Khalid Samad yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam isu kalimah Allah.

“Saya tetap ke Karangkraf hari ini untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka kerana saya rasa seolah-olah dipermainkan oleh pihak penganjur," tulis beliau di laman Twitter hari ini.

Awal pagi ini, penganjur debat, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd mengumumkan pembatalan debat tersebut.

Laman Sinar Online memetik Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan saat akhir itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.

Abd Jalil berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.

Sementara itu Khalid membalas dalam blog beliau bahawa pembatalan debat itu "sudah dijangka" dan beliau tidak berminat membuat sebarang andaian.

"Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan (kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'.

“Mengapa mereka lepaskan peluang ini? Mungkin kerana mereka pun sudah tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh," tulis beliau di laman blog.


Read More...

Kapal perang China ceroboh perairan Malaysia

Mungkin bagi mereka mempertahankan Najib dari serangan 'Kangkung' lebih penting dari mempertahankan kedaulatan negara..

Maka tak ada siapa yang peduli dengan pencerobohan kali kedua Tentera Laut China ini..


Semalam agensi berita Xinhua melaporkan... Tiga kapal China pada hari Ahad dilaporkan meronda James Shoal , kawasan yang juga dituntut oleh Malaysia, James Shoal , kira-kira 80 km ( 50 batu) dari Sarawak di pulau Borneo.

Di mana dalam insiden pencerobohan terbaru ini tentera dan pegawai-pegawai di atas kapal bersumpah untuk melindungi kedaulatannya , dalam tanda terbaru ketegasan wilayah Beijing di Laut China Selatan.

Kumpulan itu terdiri daripada sebuah kapal amfibia pendaratan, Changbaishan , dan dua kapal pemusnah.

” Pada majlis itu diadakan di kawasan Zengmu Reef, tentera dan pegawai-pegawai di atas kapal bersumpah dengan keazaman untuk melindungi kedaulatan negara dan kepentingan maritim, ” kata Xinhua.

Zengmu Reef adalah istilah Cina untuk James Shoal.

Xinhua berkata panglima armada Jiang Weilie ” menggesa tentera dan pegawai-pegawai untuk sentiasa bersedia untuk melawan, meningkatkan keupayaan pertempuran dan memimpin bala tentera untuk membantu membina negara ini menjadi sebuah kuasa maritim. “

China dalam pertikaian semakin memuncak dengan negara jiran terhadap dakwaan bahagian minyak dan gas yang kaya di Laut China Selatan yang berpotensi.

China meletakkan tuntutan kepada hampir seluruh laut, yang direntasi oleh laluan perkapalan penting. Beijing menganggap James Shoal sebagai bahagian selatan wilayah negara.


Read More...

Kabinet mahu tindakan tegas terhadap lawak kangkung, tetapi jaminan internet gagalkan

Di kemuncak kontroversi kangkung minggu lepas beberapa menteri menggesa agar tindakan tegas diambil untuk menghentikan komen negatif di alam siber terhadap perdana menteri, akan tetapi Rang Jaminan Malaysia untuk internet menghentikan mereka.

The Malaysian Insider difahamkan beberapa menteri berhujah, Putrajaya mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat lawak di internet terhadap komen Datuk Seri Najib Razak kerana mengatakan orang ramai seharusnya bersyukur apabila harga sayur turun dan tidak hanya menyalahkan kerajaan apabila berlaku kenaikan harga barang.


"Sesetengah menteri mahukan tindakan terhadap mereka yang membuat lawak akan tetapi tiada undang-undang yang boleh menghalang perbuatan tersebut," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

"Menteri-menteri berkenaan diberitahu Rang Jaminan Malaysia untuk Multimedia Super Corridor (MSC) menghalang penapisan," tambah beliau.

"Lebih baik suruh sahaja kerajaan tutup Facebook, Twitter dan media sosial lain kalau nak hentikan lawak dan jenaka daripada tersebar," kata sumber itu lagi.

Difahamkan, menteri-menteri berkenaan berhenti berhujah apabila dicabar menandatangani keputusan Kabinet secara kolektif untuk menggantung jaminan dibuat perdana menteri pada 1998, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Sehingga kini, Rang Jaminan itu kekal untuk memastikan tidak terdapat sekatan di internet," tambah sumber itu lagi.

Terdapat spekulasi elemen dalam kerajaan mencuba untuk menyekat laporan BBC dalam isu kangkung apabila sesetengah pengguna internet Malaysia mengadu gagal untuk mengakses laporan BBC tersebut, sehingga timbulnya pertuduhan berlakunya sekatan internet.

Pengguna internet jalur lebar Telekom Malaysia mengatakan mereka mengalami kesukaran membaca laporan “#BBCtrending: Be careful what you say about spinach” dan video YouTube ucapan Najib yang diremix.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyelia industri komunikasi di negara ini menafikan menyekat akses laporan itu walaupun mempunyai kuasa melakukannya terhadap kandungan dibantah seperti pornografi mengikut Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 hanya membenarkan sekatan terhadap laman sesawang sekiranya benar-benar perlu dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan sesuatu kesalahan.

Pada 2009, The Malaysian Insider melaporkan Putrajaya mengkaji kemungkinan meletakkan penapis untuk menghalang kandungan yang tidak sesuai menerusi laman sesawang, sebagaimana dilakukan China dengan menghasilkan perisian khas “Green Dam”.

Alasan untuk melakukan sekatan adalah untuk mempertahankan keharmonian kaum dalam negara. Akan tetapi, penapis internet itu tidak pernah dipasang.

Akan tetapi Dr Mahathir mengakui Jun lalu melakukan kesilapan semasa masih berkuasa kerana memberi jaminan tidak akan menyekat internet, ia ekoran keputusan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini yang menyaksikan pembangkang menang lebih banyak kerusi.

Menurut bekas perdana menteri itu, beliau kini terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan penuh internet semasa mengetuai MSC pada 1996.

“Ketika saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan menyekat internet.

“Saya beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas… tapi kini saya terpaksa berfikir dua kali,” katanya.

Najib pernah berikrar sebelum ini beliau tidak akan melakukan sekatan internet dan juga meminda undang-undang penerbitan yang sebelum ini memerlukan pembaharuan permit setiap tahun. – tmi


Read More...

Blogger Umno Kadir Jasin Belasah Kerajaan Najib

Harga barang naik: Bekas bos NST dakwa pemimpin persenda rakyat ‘cetek akal’


Kadir kesal kerana ada pemimpin yang tidak sensitif dengan perasaan rakyat yang terpaksa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup. – Gambar The Malaysian Insider.


Kadir kesan kerana ada pemimpin yang tidak sensitif dengan perasaan rakyat yang terpaksa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup. – Gambar The Malaysian Insider.

Datuk A Kadir Jasin menyifatkan pemimpin yang mempersendakan kesulitan rakyat dalam berdepan dengan kenaikan harga barang sebagai "cetek akal".

Tanpa menamakan individu tertentu secara spesifik, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu menegaskan, isu kenaikan harga adalah suatu yang serius dan sesuatu realiti dihadapi rakyat bawahan ketika ini.

"Kenaikan harga adalah suatu yang sangat serius, sesiapa yang mempersendakannya adalah cetek akal.

"Kenyataan sesetengah pemimpin tentang kenaikan harga, sesiapa yang mempersendakannya adalah berfikiran cetek," kata Kadir kepada The Malaysian Insider bagi mengulas isu kenaikan harga barang yang menjadi keluhan rakyat.

Isu kenaikan harga barang tidak terbendung susulan pengurangan subsidi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pengumuman kenaikkan tarif elektrik berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kritikan keras daripada rakyat dan pemimpin parti sendiri ekoran keputusan tidak popular itu yang dilakukan secara drastik.

Program Rasionalisasi Subsidi yang dilakukan pentadbiran Najib didakwa meningkatkan kos sara hidup dengan peningkatan kos bahan api, kenaikan tarif elektrik, dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada April 2015.

Secara tidak langsung mengakui tekanan yang dihadapi kerajaan, Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat mengumumkan peruntukan RM20 juta bertujuan menstabilkan harga barang di pasaran.

"Adakah jumlah peruntukan 20 juta itu memadai untuk menstabilkan kenaikan harga barang yang begitu meluas?

"Saya ingat satu hari rakyat Malaysia membelanjakan berbilion untuk beli minyak, beli makanan, bayar bil elektrik dan bayar tol. Jadi, adakah 20 juta itu memadai?" soal Kadir mengulas tentang peruntukan yang diumumkan Najib itu.

Kadir turut menggesa kerajaan supaya bertegas dalam isu kenaikan harga barang dengan mengenakan hukuman lebih berat.

"Tak cukup dengan menyeret peniaga ke mahkamah kerana proses ini mengambil masa yang agak panjang.

"Lebih berkesan jika perniagaan mereka ditutup ataupun disita jika mereka didapati membuat keuntungan berlebihan dan menyorok barang," katanya.

Dalam pada itu wartawan veteran itu juga mahu kerajaan sedia ada mementingkan hak rakyat dan bukannya bersikap seperti kerajaan sepenuh masa dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan.

"Malah saya berasa Umno wajib bercakap bagi pihak rakyat dan jangan hanya bercakap seolah-olah Umno adalah kerajaan sepenuh masa.

"Umno bermula daripada rakyat, maka Umno wajib ambil berat tentang hak rakyat," katanya.
Kadar inflasi di Malaysia melonjak daripada 2.9% pada November kepada 3.2% pada Disember 2013, berpunca daripada pengurangan subsidi dan dijangka meningkat pada tahun 2014.

Kadar tersebut adalah yang tertinggi sejak November 2011, purata peningkatan setiap tahun inflasi naik daripada 1.9% pada November kepada 2.1% pada Disember.

Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula, antara lain mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga barang-barang lain turut meningkat.

Putrajaya juga sebelum ini mengumumkan beberapa langkah pengurangan penjimatan susulan kritikan tidak berjimat ketika rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang.

Di antaranya adalah mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri serta pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat. – tmi



Read More...

Sunday 26 January 2014

Provokasi Kalimah Allah Di Pulau Pinang



KEPALA BATAS - Umno Pulau Pinang menyifatkan tindakan menggantung kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah ALLAH di beberapa kawasan di Pulau Pinang hari ini adalah cubaan untuk mewujudkan keresahan dan ketegangan antara agama di negeri ini.

Sambil mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya percaya kain rentang itu adalah tindakan provokatif paling tinggi dan sangat biadap.

"Kami mengambil ketetapan bahawa perbuatan itu dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin timbulkan suasana tidak sihat di negeri ini.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu dan Pemuda Umno telah membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Perhimpunan Umno Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden penggantungan kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah ALLAH di beberapa pagar gereja di kawasan pulau di negeri ini.

Difahamkan kain rentang yang bertulis 'ALLAH is Great (ALLAH Maha Besar), Jesus is the son of ALLAH' (Jesus adalah anak lelaki ALLAH) digantung di luar pekarangan gereja di Lebuh Farquhar, Sungai Pinang, Pulau Tikus dan Gelugor, dekat sini.

Berikutan kejadian itu, Zainal Abidin berkata orang Islam dan Kristian di negeri ini diminta bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan melulu atau marah sebagai reaksi kepada tindakan itu.

"Kita biarkan polis menyiasat secara terperinci dan ambil tindakan terhadap pihak yang begitu biadap bertindak sedemikian," katanya. - Bernama


Read More...

Kerajaan Pas Kelantan Disaman RM225 Juta Kerana Menipu?

KOTA BHARU - Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.


DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.

Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Oktokber 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012. - Bernama


Read More...

Najib Tak Popular - Mukhriz Kena Marah Dengan Ku Nan?

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan membuat kenyataan bahawa Umno akan berdepan kekalahan pada PRU14 berikutan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak popular dalam kalangan rakyat.

Katanya, kenyataan beliau itu yang dipetik dalam sebuah akhbar Ahad lalu, telah diputar belit dengan sengaja oleh blog-blog pro-pembangkang.


“Saya langsung tidak menyentuh mengenai populariti presiden parti sewaktu diwawancara. Blog pembangkang cuba cucuk saya sekali lagi. Kononnya, saya nyatakan kita akan kalah pada PRU14 kerana perdana menteri tak popular adalah kenyataan yang dibuat oleh blog pembangkang, bukan saya,” katanya, pada sidang media, selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kedah, malam semalam.

Menurutnya, beliau sudah membuat penjelasan berhubung kekeliruan itu kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melalui telefon.

“Itu sebenarnya putar belit mereka sendiri jadi saya tak akan terjerumus dengan perangkap itu,” katanya.

Mukhriz berkata, beliau menerima dengan hati terbuka teguran daripada Tengku Adnan terhadap dirinya, selain turut menjelaskan mengenai kenyataan sebenar yang diputar belit.

“Umno adalah sebuah parti yang bersifat terbuka dan tidak tertutup kepada kritikan yang mampu membina atau mengukuhkan parti.

"Saya tak lihat kenyataan saya itu sebagai satu kritikan melulu, saya lakukannya secara berhemah kerana rasa hormat kepada pucuk pimpinan dan atas dasar sayang pada parti,” katanya.

Menurutnya, diharap kenyataan beliau itu tidak lagi disalah erti berikutan penjelasan sudah dibuat dan jelas menunjukkan ia bukan diucapkan sedemikian rupa.

Pada Ahad lalu, Mukhriz didakwa mengeluarkan kenyataan yang menjurus kepada dasar kerajaan betul tetapi tidak popular menyebabkan timbul persepsi kalangan rakyat, kerajaan BN tidak lagi prihatin dengan masalah rakyat kesan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Beliau turut menyatakan kebimbangannya mengenai masa depan BN pada PRU akan datang jika persepsi rakyat gagal ditangani dengan bijak, berikutan banyak kawasan BN hanya menang dengan majoriti kecil.

Selain Mukhriz, bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menegur pentadbiran perdana menteri dengan mengatakan Najib sewajarnya mengurangkan perbelanjaan dan bukannya memotong subsidi.

Isu terbabit turut mendapat reaksi Ibu Pejabat Umno, apabila Tengku Adnan memberi teguran kepada Mukhriz supaya menggunakan saluran yang betul dalam menyatakan pandangan, dan bukannya secara terbuka.

Setiausaha Agung Umno itu berkata, Mukhriz seharusnya menggunakan pendekatan perbincangan dalaman bersama pimpinan tertinggi kerajaan terlebih dahulu, kerana tindakannya itu boleh menjejaskan nama parti.

Read More...

'Soal Anwar jadi PM, itu ketentuan Tuhan' - Prof. Diraja Ungku Aziz

Profesor Diraja Ungku Aziz Abdul Hamid berkata soal Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi perdana menteri bergantung kepada ketentuan Tuhan.

Menurutnya tokoh akademik itu berkata seingatnya, Anwar seorang yang giat dan mempunyai niat untuk menjadi seorang pemimpin sewaktu beliau menuntut di Universiti Malaya (UM).


"Sekarang dia sudah jadi pemimpin, sama ada suka atau tidak. Soal dia layak atau tidak nak jadi perdana menteri, itu ketentuan Tuhan.

"Nasib manusia kita tak tahu, nasib kita bukan di tangan manusia. Ketika zaman pelajar, perangai dia macam pelajar lain. Bila masuk arena politik, perangai dia macam orang lain, pernah jadi menteri kewangan.

"Kemahuan dan kemampuannya yang menentukan sampai bila dia boleh bertahan. Pengalaman berapa lama dia ditahan, berapa lama duduk dalam kem tahanan, itu masalah dia.

"Tetapi bukan dia saja, sama juga kes seperti Syed Hussin (Ali), semua itu pelajar saya," kata Ungku Aziz seperti dilapor Berita Minggu hari ini.

Ungku Aziz berkata demikian bagi menjawab perbandingan watak Anwar sewaktu tokoh akademik yang mesra dipanggil 'Pak Ungku' itu menjadi naib canselor UM dan ketika ini.

Read More...

Utusan Samakan Anwar Dengan Bintang Porno Jepun

Utusan Malaysia hari ini membandingkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bintang porno Jepun Maria Ozawa yang pernah dihalang masuk ke Indonesia suatu ketika dahulu kerana bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Menurut kolumnis Awang Selamat, Ozawa lebih berjiwa besar apabila tidak menyalahkan pemerintah Indonesia kerana dihalang masuk ke negara tersebut berbanding Anwar yang menyalahkan kerajaan Jepun dan Wisma Putra.


Pada tahun 2009 Ozawa atau dikenali sebagai Miyabi dihalang masuk ke negara Islam terbesar itu selepas menerima bantahan daripada NGO Islam republik tersebut.

"Dia sedikit pun tidak menyalahkan pihak Indonesia mahupun promoternya. Miyabi sedar bahawa dia yang menjadi punca permasalahan.

"Awang tertarik dengan sikap terbuka Miyabi walaupun dia dilabel sebagai tidak bermoral kerana kariernya itu, pelakon lucah lebih tahu menerima hakikat," kata Awang Selamat dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Anwar mendakwa ada pihak yang menjadi dalang bagi kegagalannya memasuki Jepun bulan lepas.
Dalam pada itu, Awang Selamat juga mengecam Anwar kerana mengambil sikap menunding jari kepada kerajaan tanpa menyiasat terlebih dahulu.

"Penyakit beliau yang suka menyalahkan pihak lain atas kesalahan dan masalah diri sendiri, nampaknya belum pulih.

"Anwar perlu menjadi warga global yang bertanggungjawab. Mahu masuk ke negara lain, patuhilah peraturan termasuk untuk bekas banduan seperti dikuatkuasakan di Jepun," katanya lagi.

Pada 19 Januari baru-baru ini, Anwar dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut.

Anwar yang dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarah pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.

Ketua Pembangkang yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh itu kemudiaan mendesak Kementerian Luar memberi penjelasan tentang tindakan tersebut dan mempersoalkan peranan Wisma Putra dalam episod penuh skandal ini membabitkan "laporan terbaru" yang menyebabkan beliau dihalang masuk.

Putrajaya menafikan sebarang penglibatan dalam halangan tersebut dan menyifatkan dakwaan oleh Anwar sebagai tidak berasas.
Dalam pada itu juga, Kedutaan Jepun juga mengesahkan Ketua Umum PKR itu memerlukan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu kerana beliau pernah dipenjarakan di Malaysia.

Jurucakap kedutaan Tomoko Nagai berkata, Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut. – tmi



Read More...

Saturday 25 January 2014

Kecewa Guru Lakukan Anak Macam Lembu

SUNGKAI - Dua ibu murid Tahun Empat di sebuah sekolah aliran Cina di sini kecewa dan sedih dengan cara seorang guru lelaki mendenda anak mereka kerana tidak membuat kerja sekolah pada Khamis lepas.

Mereka mendakwa guru berusia 26 tahun itu mengalungkan loceng di leher anak lelaki masing-masing dan diberi makan rumput serta dipanggil 'lembu'.


Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata beliau diberitahu oleh rakan anaknya bahawa guru itu turut merakam gambar anaknya dalam keadaan demikian menggunakan telefon bimbit serta menunjukkan gambar itu kepada murid-murid di kelas lain sambil mengugut akan memuat naik gambar itu dalam laman sosial Facebook.

Katanya beliau amat sedih, kecewa dan sakit hati apabila mengetahui perkara itu dan akibat kejadian itu, anak lelakinya mengalami fobia dan takut untuk ke sekolah semalam, katanya kepada pemberita di kawasan Surau Awamiah, Taman Permai di sini, hari ini.

Siti Aisyah Hashim, 32, pula berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan guru itu dan guru besar sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai petang semalam bagi menyelesaikan perkara itu.

Dalam pertemuan itu, katanya guru berkenaan hanya memohon maaf dan terus beredar dari balai polis sebaik pertemuan itu selesai dan beliau menganggap permohonan maaf guru itu tidak ikhlas.

Sementara itu, seorang daripada murid itu berkata mereka tidak disuruh memakan rumput yang diberikan dalam kejadian pada 9 pagi itu tetapi diberi amaran supaya tidak menanggalkan loceng itu sehingga 1.30 petang, jika tidak mahu dirotan sebanyak 10 kali.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw mengesahkan bahawa Yarni telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Siasatan polis dibuat dengan memanggil kedua-dua pihak dan murid terbabit.

Perjumpaan dihadiri Guru Besar sekolah berkenaan dan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang.

"Hasil perbincangan mendapati guru itu mengaku melakukan perkara itu tetapi menafikan memberi mereka makan rumput," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Som Sak berkata guru itu mengambil tindakan demikian kerana kedua-dua murid berkenaan tidak menyiapkan kerja rumah bahasa Inggeris sejak dua minggu lepas.

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Sungkai pada 1.20 petang semalam, Yarni Kasuma mendakwa anaknya bersama-sama seorang lagi rakan kelas telah didenda memakai loceng di leher semasa murid lain menikmati waktu rehat.- Bernama


Read More...

PERKASA hentam Najib berhubung isu "Allah"



NGO pendesak Melayu, PERKASA berkata ia tidak nampak ketegasan dan juga ketelusan perdana menteri selaku presiden Umno serta ahi Majlis Teringginya untuk mempertahankan Kalimah Allah daripada terus digunakan oleh penganut Kristian.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA,  Shamsuddin Moner berkata, sepatutnya presiden dan MT Umno mesti berani membuat penegasan bahawa semua gereja dan paderi Khatolik di negara ini mesti akur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013 bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk umat Islam dan The Herald tidak dibenar menggunakan kalimah tersebut.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2010  bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap  The Herald daripada menggunakan kalimah Allah adalah tidak sah.

"Tiada satu pun kecaman dibuat oleh MT Umno yang bermesyurat (semalam) terhadap pihak-pihak yang terus pertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan.

"Begitu juga terhadap mereka yang pertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong bahawa kalimah Allah adalah esklusif untuk umat Islam," tegas Shamsuddin.

Sehubungan itu, beliau bertanya apakah MT Umno juga tidak bersetuju denga  titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu lain yang pernah bertitah sedemikian.

Shamsuddin juga menegaskan bahawa penyelesaian 10 Perkara yang dinyatakan oleh perdana menteri dalam suratnya seperti dihebohkan oleh Datuk Idris Jala mengenai pengedaran Bible bahasa Melayu yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak adalah tiada kaitan dengan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bible dalam bahasa melayu.

"Surat berkenaan bukannya membenar penggunaan kalimah Allah dalam Bible, tetapi lebih bersifat umum yang membenarkan penerbitan Bible dalam bahasa Melayu sahaja.

"Ini bermakna soal membenarkan Bible dalam bahasa Melayu dan juga soal penggunaan kalimah Allah bagi menterjemah perkataan 'God' dalam The Herald dan Bible bahasa Melayu adalah dua perkara yang amat berbeza," tegasnya..

Menurutnya lagi, menerbitkan Bible dalam bahasa Melayu tidak menjadi halangan dan bukan perkara pokok dalam Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Tahun 2008 dan juga keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013.

"Isu pokok adalah merterjemahkan 'God' kepada Allah dan menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada perkataan 'God' ataupun Lord dalam versi asal Bible bahasa Inggeris," tambahnya.

Sehubungan itu, Shamsuddin bertanya  adakah perdana menteri faham tentang isu pokok tersebut.

"Justeru, kami dari Biro Hal Ehwal Islam PERKASA menggesa  perdana menteri selaku presiden Umno supaya jangan mengambil mudah membuat ketetapan mengenai isu kalimah Allah ni dalam Mesyuarat MT Umno.

"Datuk Seri Najib wajib memanggil para alim ulama sama ada Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga golongan ulama terkemuka dunia untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu pokok yang bersangkutan dengan soal aqidah ini.

"Kami mahu isu ini diselesaikan oleh Majlis Raja-Raja Melayu seperti yg termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Fasal 38 (2), (b) berkenaan fungsi Majlis Raja-Raja: 'Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan fungsinya bagi mempersetujui atau mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluaskan ke Persekutuan secara menyeluruh'."

"Ini bermakna Majlis Raja-Raja boleh menyekat dan menghalang apa-apa upacara agama seperti yang dicabar oleh Paderi Lawrence Andrew untuk menggunakan kalimah Allah di seluruh gereja di Selangor dalam setiap upacara keagamaan roman khatolik," tegasnya

Sehubungan, Shamsuddin berkata perdana menteri tidak perlu perlu merujuk kepada Datuk Idris Jala semata mata untuk mengambil hati hati dan jaga politik di Sabah dan Sarawak.


Read More...

Nurul Izzah tak muncul di mahkamah syariah

KUALA LUMPUR - Teka-teki kononnya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan menarik semula permohonan cerai yang difailkannya awal bulan ini masih belum terjawab apabila beliau tidak muncul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.

Usaha pihak media menunggu di mahkamah seawal jam 8 pagi sehingga kaunter pendaftaran itu ditutup kira-kira jam 4.30 petang hanya sia-sia kerana kelibat Naib Presiden PKR itu langsung tidak kelihatan.


Sebelum itu mahkamah mengesahkan Nurul Izzah memfailkan permohonan cerai tersebut namun enggan mendedahkan butiran lanjut kes berkenaan.

Hasil risikan daripada sumber terdekat, media dimaklumkan bahawa kes itu telah disebut pada 21 Januari lalu di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang.

Menurut sumber, Nurul Izzah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Majid mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, dua minggu lalu.

Kes itu akan disebut semula pada 18 Februari depan.

Memetik laporan The Star Online, Nurul Izzah didakwa akan menarik semula permohonan cerai itu semalam.


Read More...

Guru Cina Arah Murid Melayu Makan Rumput



Daripada maklumat yang diterima, guru berkenaan telah mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khai Meng, Sungkai, selama dua tahun. Dalam kejadian tersebut, dua orang murid (seorang Melayu dan seorang Cina) telah ditangkap kerana melakukan kesalahan. Bagaimanapun, hanya murid Melayu itu sahaja yang dihukum makan rumput dan digantung loceng pada lehernya. Manakala murid Cina yang juga merupakan anak YDP PIBG sekolah tersebut merangkap Pengerusi DAP Sungkai, Perak tidak pula dikenakan sebarang tindakan, bahkan dibebaskan.

Guru tersebut juga dikatakan telah merakamkan gambar murid Melayu itu dipaksa makan rumput dan digantung loceng pada tengkuknya. Gambar-gambar tersebut telah ditunjukkan kepada rakan-rakan sekelas murid Melayu berkenaan. Ini menyebabkan murid itu mengalami tekanan emosi dan kemurungan kerana telah dimalukan oleh seseorang yang sepatutnya bertugas mendidiknya dengan ilmu pengetahuan bukannya memalukan.

Dan tidak cukup dengan itu, guru tersebut yang sedar, tindakannya akan menimbulkan kemarahan ibu bapa murid terbabit telah bertindak melakukan ugutan untuk menyebarluaskan gambar-gambar yang dirakamnya ke Facebook. Ugutan tersebut dibuat agar kes tersebut dibesar-besarkan dan diketahui oleh orang ramai.

Malangnya, bapa murid terbabit telah membuat laporan polis selain mengadu kepada Pejabat Pelajaran Daerah.

Apa tindakan PPD?


PPD sekadar meminta surat tunjuk sebab daripada guru terbabit. Tekanan seperti yang dibuat terhadap dua orang pengetua Melayu yang dituduh rasis - di Kulaijaya dan Bukit Selambau - pada tahun lepas, nampaknya tidak wujud dalam kes ini.

Kes ini merupakan kes kedua dalam tempoh dua minggu selepas kejadian Pengetua dan Ahli Lembaga Pengelola Sekolah - juga di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina - di Johor memaksa seorang guru berbangsa Cina tetapi beragama Islam, menanggalkan tudungnya dengan tujuan menghina Islam. Pengetua dan Ahli Lembaga Pengelola tersebut sekadar bersemuka dengan guru yan gdimangsakan dengan disaksikan oleh PPD dan polis, sekadar bersalaman dan meminta maaf.

Guru tersebut kemudiannya dipindahkan ke sekolah lain.

Walau apa pun alasan guru di SJKC Khai Meng, Sungkai, ia sebenarnya adalah sesuatu yang sangat tidak wajar dan biadap. Tindakannya lebih bersifat RASIS apabila anak Pengerusi DAP Sungkai, tidak dikenakan sebarang tindakan, sedangkan murid Melayunya dihukum dengan sebegitu kejam.

Kita tengok apa yang akan dibuat oleh PPD? Adakah satu lagi majlis meminta maaf akan dianjurkan oleh PPD dan kes ini akan selesai begitu sahaja sebelum kes yang serupa muncul pula di SJKC yang lain?

Dipetik dari blog pencacai

Read More...

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.


Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh anak Allahyarham.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri memberitahu jenazah Almarhum Ustaz Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, beliau menjemput seluruh ahli PAS agar beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk almarhum.

“Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Bagi pihak Dewan Ulamak PAS Pusat dan seluruh jawatankuasanya, beliau mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum.
“Jasa dan amal perjuangan dakwah almarhum sepanjang berkecimpung dalam gerakan Islam seawal remaja sehingga ke akhir hayat insya Allah diganjari dengan yang terbaik oleh Allah subhanahu wa taala,” ujarnya lagi.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan seluruh kepimpinan PAS negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum, semoga bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan Allah tersebut


Read More...

Friday 24 January 2014

Haron Din stabil, Harun Taib belum sedarkan diri

SHAH ALAM – AJK Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengesahkan bahawa Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Saya cuma dapat maklumat beliau dimasukkan ke hospital sebab sakit lamanya...



“Memang betul berita mengatakan beliau pengsan dan masuk ke hospital, sebab ramai juga pimpinan Pas sudah menziarah beliau,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Media sosial hari ini melaporkan Harun telah ditahan di wad terbabit sejak semalam dan telah menerima rawatan.

Menurut sumber itu lagi, perkara tersebut juga telah disahkan oleh anak beliau, Hamdi Harun.

Selain itu, sumber itu juga menyatakan Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din turut menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Keadaan Haron yang dilaporkan kritikal sebelum ini, kini dilaporkan stabil.

Read More...

Sultan Johor - Wang RM740 Ribu Itu Akan Disalur Kembali Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berjaya memenangi tender nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM748,000.00.

Sultan Ibrahim yang dipetik New Straits Times bertitah, baginda tidak keberatan membayar RM748,000 untuk nombor yang paling diminati itu kerana menyedari jumlah yang dibayar akan disalurkan kembali kepada rakyat.


"Orang-orang akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan tuai," katanya dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.

Baginda juga menjelaskan telah membida nombor melalui saluran yang betul, iaitu melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Beta diberitahu bahawa terdapat beberapa pembida yang berminat untuk W1N .

"Beta tidak keberatan membayar untuk nombor plat kerana tahu bahawa jumlah yang dibayar akan disalurkan kembali kepada rakyat.

"Beta bukan jenis yang melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu dengan cara beta. Ini adalah sifat orang Johor, membayar untuk apa yang dikehendaki kerana semua orang patut mempunyai peluang yang sama rata dan seperti kata pepatah, 'hanya orang yang terbaik menang'," jelas baginda.

Nombor plat W1N itu diletakkan baginda pada kereta model Proton Suprima S berwarna biru.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim juga memenangi bidaan bagi nombor plat WWW 1.


Read More...

Syarikat Tipu Diserbu.. Kakitangan Dibelasah..

SEREMBAN – Angkara disyaki melakukan banyak penipuan terhadap mangsa menerusi kegiatan gores dan menang membabitkan jutaan ringgit, empat kakitangan syarikat penganjurnya teruk dibelasah sekumpulan 30 lelaki dalam kejadian di sebuah premis di Bandar Senawang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, kumpulan 30 lelaki terbabit yang berang penipuan terhadap anggota keluarga mereka menyerbu premis terbabit sebelum melakukan rusuhan dan memukul empat pekerja syarikat itu.


Menurut sumber, rusuhan berlaku sejurus kumpulan berkenaan berang kerana ramai sudah tertipu terutama warga emas yang membabitkan jutaan ringgit.

Saksi kejadian mahu dikenali Firdaus, 20 berkata, ketika rusuhan kumpulan berkenaan memasuki premis terbabit dan mengamuk meminta semula dikembalikan wang penipuan ahli keluarga mereka.

Katanya, penipuan dilakukan sejak setahun lalu terhadap ratusan mangsa membabitkan puluhan ribu seorang.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu dihubungi mengesahkan kejadian dan menasihatkan orang ramai tidak lagi terpedaya dengan penipuan itu.

Katanya, kes terbabit turut disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). 


Read More...

Thursday 23 January 2014

RON95 mungkin akan dijual pada yang layak sahaja - Tengku Adnan

RON95 mungkin akan dijual pada yang layak sahaja - Tengku Adnan

PETALING JAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja.

Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.


Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

Tengku Adnan ditemui selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di Petaling Jaya.


Read More...

Pegawai Kanan Kerajaan Dipukul Samseng Depan Polis

Guan Eng kecam kes pukul pegawai kerajaan, mesyuarat tergempar esok

GEORGE TOWN, 23 JANUARI: Satu mesyuarat tergempar membabitkan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) mengenai insiden Ketua Penolong Pegawai Daerah Barat Daya, Abu Hassan Omar dipukul individu tertentu di Teluk Bahang, dua hari lalu akan diadakan di Pejabat Ketua Menteri kira-kira jam 3.00 petang esok.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, insiden seorang pegawai kanan dipukul secfara terbuka di derpan anggota polis tidak pernah berlaku di Malaysa.


Setiausaha Agung DAP itu berkata demikian pada sidang media di KOMTAR, tengahari tadim yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Prof P Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) dan Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan).

Justeru itu, Guan Eng menasihatkan semua pihak supaya tidak terperangkap dengan tindakan agresif kumpulan berkenaan.

“Jangan terperangkap dengan jerat mereka yang mengadakan tindakan provokasi lain pula seperti mereka,” ujarnya.

Sebelum itu, Mohd Rashid berkata, kerajaan negeri mengecam tindakan ganas sekumpulan individu yang tidak bertanggungjawab di mana ahli pertubuhan seperti PERKASA dan UMNO berada di kawasan kejadian.

Kecaman itu turut dipanjangkan pada Majlis Perundingan dan Keselamatan Negeri yang membabitkan semua ketua pasukan keselamatan, pegawai daerah serta pihak berkuasa tempatan (PBT) pagi tadi.

“Kerajaan negeri menghargai jaminan Ketua Polis Negeri, Senior Deputi Komisioner Datuk Abdul Rahim Hanafi pada mesyuarat pagi ini bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang memukul Abu Hassan,” ujar Mohd Rashid.

Menurut beliau, kerajaan negeri meminta tindakan diambil mengikut Seksyen 186 dan 332 Kanun Keseksaan ke atas individu terbabit.

Pada hari kejadian, Abu Hassan serta anggotanya menjalankan tugas penguatkuasaan terhadap 14 struktur gerai haram yang sedang dibina dan yang baru dibina.

Mangsa diserang sampai bajunya terkoyak di depan kira-kira 35 anggota polis.

Berikutan insiden itu, Mohd Rashid berkata, pihak tertentu cuba menggambarkan bahawa kerajaan negeri hanya merobohkan gerai Melayu. – Roketkini.com




Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP