Monday 27 January 2014

Batal Debat - Noh Omar Main Wayang

Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kesal debat mengenai polemik kalimah Allah dibatalkan.

Beliau meluahkan rasa kesal gagal membetulkan kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dan mahu penganjur memberi penjelasan kerana seolah-olah dipermainkan.


"Saya merasa kesal dengan pembatalan debat yang telah dirancang. Inilah masanya untuk saya 'sekolahkan' Khalid Samad yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam isu kalimah Allah.

“Saya tetap ke Karangkraf hari ini untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka kerana saya rasa seolah-olah dipermainkan oleh pihak penganjur," tulis beliau di laman Twitter hari ini.

Awal pagi ini, penganjur debat, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd mengumumkan pembatalan debat tersebut.

Laman Sinar Online memetik Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan saat akhir itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.

Abd Jalil berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.

Sementara itu Khalid membalas dalam blog beliau bahawa pembatalan debat itu "sudah dijangka" dan beliau tidak berminat membuat sebarang andaian.

"Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan (kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'.

“Mengapa mereka lepaskan peluang ini? Mungkin kerana mereka pun sudah tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh," tulis beliau di laman blog.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP