Monday 6 January 2014

Hard Rock Cafe Putrajaya - Aseh Che Mat Terkucil..



Semalam dengan bangganya Presiden Perbadanan Putrajaya,Tan Sri Aseh Che Mat mengumumkan, Restoran Hard Rock Cafe akan dibuka di Pusat Pentadbiran Kerajaan, di sini, selepas dipersetujui Pengerusi Hard Rock Cafe Malaysia Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir.

Pembukaan Hard Rock Cafe di Putrajaya akan dilakukan secepat mungkin antara tempoh tiga hingga empat bulan tahun ini.

Menurutnya, restoran itu bakal beroperasi di Menara Ikhlas Presint 3 di sini, iaitu berdekatan pejabat dan bangunan kementerian.

"Pembukaannya akan membabitkan pelaburan tinggi kerana kita mahu Hard Rock Cafe menjadi tarikan baru kepada orang ramai ke Putrajaya.

"Pada masa sama, pembukaan ini boleh menarik peminat motosikal Harley Davidson untuk datang ke sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas bersarapan pagi bersama Syed Yusof dan pihak media Putrajaya di sini, semalam.

Aseh berkata, pembukaan Hard Rock Cafe diharap menjadi tarikan baru di Putrajaya, sekali gus meningkatkan lagi kehadiran pengunjung ke sini.

"Pada awalnya, saya mempelawa beliau (Syed Yusof) membuka satu Hard Rock Cafe di Putrajaya dan beliau kemudian menyatakan persetujuan," katanya...


Itulah kebiasaan atau lumrah pemimpin-pemimpin UMNO yang ada, bangga dengan sesuatu yang tak sepatutnya dibanggakan.

Bercakap tanpa memikirkan apakah implikasi tentang apa yang dirancangnya, sedangkan kita tahu Putrajaya telah dibangunkan sebagai pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan kerana Kuala Lumpur telah sesak.

Ini memudahkan hal-hal kerajaan diuruskan di suatu tempat lain sebagai kemudahan kepada rakyat dan juga anggota kerajaan, samada pelancong mahu mengunjunginya atau tidak itu bukan matlamat penubuhan Putrajaya.

Pengumuman Presiden Perbadanan Putrajaya telah mengundang kemarahan ramai dan dipersoalkan oleh banyak pihak.

Antaranya ialah Shahbudin Husin...

Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yang senibina bangunannya banyak bercirikan Islam, sesuai dengan kedudukan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Lebih dari itu, di Putrajaya juga dibina masjid-masjid yang indah di tepi tasik dan sebuah lagi masjid pula menggunakan sistem penyejukan semulajadi yang menjadi tarikan serta kebanggaan semua.

Di Putrajaya, selain sebagai pusat pentadbiran kerajaan, juga terletak kediaman Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan sebahagian besar menteri-menteri kabinet. Kakitangan kerajaan di Putrajaya pula lebih 90 peratus adalah golongan Melayu dan Islam, begitu juga kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters kerajaannya.

Malah Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengasaskan Putrajaya juga mempunyai pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana. Imej Melayu dan Islam dengan Putrajaya sebenarnya begitu rapat dan hampir tidak dapat dipisahkan.

Selain itu, Putrajaya juga mempunyai beberapa tarikan lain yang sudah cukup menarik seperti tasik buatan, taman-taman, kapal persiaran, jambatan dan sebagainya.

Jadi, apa perlunya ada Hard Rock di Putrajaya lagi? Tidak cukupkah tarikan sedia ada untuk Putrajaya sehingga Aseh seperti pendek akal merestui kewujudan Hard Rock itu?

Walaupun Hard Rock hanyalah sebuah restoran tetapi ia hukan restoran biasa, ia juga menyajikan hiburan rock dan muzik keras, persembahan artis yang terkinja-kinja dan minuman keras.

Sebagaimana empat buah restoran tersebut yang sudah dibuka di negara ini, itulah eleman wajibnya.

Tanpa hiburan, muzik tanpa batas, pergaulan bebas dan minuman keras, bukanlah Hard Rock Cafe namanya. Persinggahan mat-mat motor yang menunggang motor besar hanyalah salah satu tarikannya, tetapi tarikan utamanya ialah minuman keras dan hiburan yang mengkhayalkan.

Dengan kedudukan dan imej Putrajaya, selain penduduk dan warga kerjanya adalah majoriti Islam dan Melayu, membenarkan pembukaan Hard Rock adalah suatu penghinaan sebenarnya.

Apakah Hard Rock sedang diperalatkan untuk memancing anak-anak muda Melayu dan Islam di pusat pentadbiran kerajaan yang selama ini tenang dan damai waktu malamnya supaya beralih kepada kehidupan bebas, tanpa batas dan akses yang yang terbuka kepada minuman keras?

Sedarkah Aseh yang menjadi Presiden Putrajaya mengenai perkara ini? Apakah Putrajaya sedang cuba dirosakkan secara perlahan-lahan dan kedudukan Najib dan kerajaan yang sudah sedia goyah dengan pelbagai isu dan kontroversi, cuba disabotaj lagi.

Dengan adanya Hard Rock, Putrajaya selepas ini mungkin turut dikenali sebagai pusat pergaulan bebas, kemeriahan hiburan malam dan tempat untuk mabuk-mabuk.


Rentetan dari bercakap dulu berfikir kemudian yang mengundang kemarahan ramai itu, walaupun secara rasminya Ahad ialah hari cuti bagi Perbadanan Putrajaya, tapi satu kenyataan media telah dikeluarkan..

Pada awalnya diumumkan akan dibina secepat mungkin tapi dah tukar jadi akan dikaji...

Dipetik dari - kitabantai.com

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP