Friday 17 January 2014

Komposer Remix Kangkung Ditahan Polis?

SHAH ALAM 17 JAN: Kordinator Jingga 13 Malaysia, Faris Musa dalam akaun sosial Tweeter beliau mendakwa komposer lagu Kangkung remix ditahan polis, lewat petang semalam.

Memetik berita yang semakin tersebar di blog dan laman sosial, komposer terbabit yang dinamakan sebagai Yuri Wong dikatakan bekerja sebagai Jurutera Suara di The Factory Music Studio, Kuala Lumpur.


Penahanan Wong dipercayai berkait rapat dengan serangan bertali-arus di internet terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan penurunan harga kangkung yang dibuat beliau beberapa hari lalu.

Wong dikatakan menghasilkan video remix ucapan Najib itu sehingga disebar luas di laman-laman sosial dan menjadi antara ‘trending’ kangkung yang paling popular.

Bagaimanapun, Wong yang berjaya dihubungi Selangorkini pagi ini sekadar membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan atau temubual buat masa ini.

Selain desas-desus penahanan Wong, laporan BBC berkenaan ‘kangkung’ yang mengaitkan Najib juga tidak dapat diakses dan pakar teknikal membayangkan ia kemungkinan disekat.

Pada 14 Februari lalu, stesen penyiar British itu memetik berita berkenaan sendaan orang ramai terhadap kenyataan Najib berhubung penurunan harga kangkung yang tidak mendapat pujian rakyat.

Selain laporan BBC, laporan Malaysiakini versi Bahasa Inggeris bertajuk ‘Kangkung -theme protest draws giggles’ juga didakwa disekat, pada 15 Februari lalu.

Pihak Malaysiakini terpaksa memuat naik semula laporan sama semalam dan versi baru itu masih boleh diakses dan tidak lagi disekat.

-NFN-



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP