Thursday 23 January 2014

Nurul Izzah Bercerai??

Spekulasi meluas bahawa anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan penceraian disahkan melalui rekod mahkamah syariah, lapor The Star Online.

Menurut laporan itu, semakan dengan Mahkamah Syariah Rendah Jalan Duta mendapati naib presiden PKR itu memfailkan petisyen penceraian terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim bulan lalu.


Dilaporkan juga bahawa anak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu enggan mengulas dengan alasan ia hal peribadi.

Nurul Izzah, 33, bagaimanapun ketika ditemui sempena Sidang Strategi Asli ke-16 hari ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

"Terima kasih kerana menghormati privasi saya," katanya, yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai.

Suami kepada anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 dikatakan menerima notis berkenaan pada 16 Januari dan memohon penangguhan perbicaraan cerai di mahkamah, Isnin lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 2003 dan mempunyai dua anak.

Bagaimanapun, menjawab soalan berkaitan di Twitter, beliau menjawab "Nope" (tidak).

Beliau disoal seorang pengguna: "salam, betul ke akak tuntut fasakh... keluar news"

Beliau menjawab: "wassalam. Nope".

Penceraian boleh berlaku sama ada melalui ta'liq, fasakh atau tebus talak.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP