Thursday 9 January 2014

Pegawai Khas Menteri Mana Yang Ditahan SPRM?

SPRM tahan reman pegawai khas menteri

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri dan seorang ahli perniagaan berpangkat 'Datuk' kerana disyaki terbabit dalam rasuah berhubung pemberian tender pembersihan di sebuah kementerian.

Pegawai khas berkenaan ditahan di sebuah restoran malam tadi oleh pegawai SPRM.


Menurut satu kenyataan SPRM, Ketiga mereka yang berumur antara 30-an dan 40-an dibawa ke Mahkamah Putrajaya jam 8.30 pagi tadi.

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman selama tiga dan empat hari bagi semua yang disiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP