Wednesday 22 January 2014

Pemimpin Umno Ini Setuju Rosmah Diboo Rakyat

Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail mengulas kejadian Rosmah diboo ketika menyampaikan hadiah kepada para pemenang sukan badminton Terbuka Malaysia.

Beliau menyatakan bahawa perkara itu berlaku kerana rakyat kecewa dengan kenaikan harga barang yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dan secara spontan mereka melahirkan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri dan isteri di majlis penyampaian hadiah di pertandingan akhir badminton Malaysia Open malam tadi.


“Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara,” kata beliau kepada FMT mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Katanya, jangan salahkan mereka tidak hormati pemimpin negara kerana mereka melihat pemimpin negara mewah berbelanja, suka membazir sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat.

Syed Rosli menambah insiden yang tidak disangka-sangka itu membuktikan rakyat sudah muak dan menyampah dengan pemimpin negara yang gagal menangani masalah kenaikan kos sara hidup.
Sehubungan dengan itu beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa jika isu ini gagal ditangani kerajaan, BN akan kalah pada PRU ke 14 nanti.

Jika begitulah pandangan beliau sebagai seorang ketua pemuda umno, alangkah baiknya. Tetapi malangnya dia bukan ketua pemuda umno. Ramai yang berani bersuara dalam umno adalah mereka yang tidak memegang jawatan penting dalam parti.

Ini bukanlah pertama kalai Syed Rosli mengkritik rakan-rakan dan para pemimpinnya. Sebelum ini beliau pernah mengkritik umno ketika Perhimpunan Agung Umno diteruskan walaupun Kuantan dilanda banjir besar.

Setelah mendapat jawatan dalam parti mereka jadi bingai. Ada kelulusan tinggi namun terpaksa meletakkan ilmu di belakang sehingga memalukan diri sendiri dalam mengulas sesuatu isu. Lihat saja ulasan pemimpin umnod berkaitan isu-isu panas dalam negara sepanjang tahun lalu di SINI

Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/01/20/kes-boo-dan-tidak-tepuk-tangan-najib-kena-berundur/

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP