Thursday, 16 January 2014

PKR Selangor Makin Parah

Jika tiada siapa yang sebenarnya mengarahkan pengguguran Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), maka mungkin keputusan itu boleh diubah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Sambil menambah bahawa proses yang betul mungkin tidak diikuti, Anwar mengesyorkan supaya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik semula MP Gombak itu yang digugurkan awal minggu lepas.


Menurut Anwar, keseluruhan proses pemecatan itu adalah cacat.

Ketua umum PKR itu berkata kerajaan negeri dan menteri besar telah mengakuinya, manakala PKNS pula berkata ia menjalankan arahan.

Jika ianya sedemikian, maka surat pengguguran Azmin itu hendaklah ditarik balik, kata Anwar kepada pemberita di ibu pejabat PKR.

Azmin, yang duduk di sebelah Anwar, berkata beliau tidak mempunyai sebarang komen.  Menurut Anwar lagi tempoh pelantikan Azmin dalam PKNS kekal sehingga 2015.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Mansor bin Junus 16 January 2014 at 18:00  

Anwar dan Wan Azizah pergi mana. Tak kanlah nak biar nama PKR busuk ?

saya rasa dapat hidu kenapa kedua2 suami isteri ini masih berdiam diri.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP