Wednesday 29 January 2014

PRK Dun Kajang: Anwar akui satu pembaziran

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akui soal kos menjadi perhatian PKR sehingga parti itu mengeluarkan arahan supaya pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang itu dijalankan dengan kos seminimum mungkin.

PKR bakal menggunakan poster-poster lama sepanjang tempoh berkempen.


"Saya terima pandangan itu (PRK Dun Kajang suatu pembaziran). Kalau dianggap sebagai pembaziran, maka itu kosnya perlu diminimumkan.

"Dari pihak PKR sendiri, kita sudah beri arahan supaya PRK ini dijalankan dengan kos yang paling minimum termasuk menggunakan poster lama selain poster yang disyaratkan oleh SPR," katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut ditanya pemberita soal kewajaran meletakkan calon yang lebih muda.

"Tak apa. Saya faham... Ini cadangan diberikan oleh pimpinan, kalau saya nak (bertanding) dari awal, saya ada pilihan 2008 dan 2013.

"Kalau saya nak tetapi tentunya ada pertimbangan dan desakan yang sama ada memaksa atau memujuk sehingga saya mengambil keputusan ini," katanya.

Kerusi Dun Kajang bakal dipertandingkan semula selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya sebagai Adun petang Isnin.

Pencalonan Anwar itu diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di ibu pejabat PKR semalam.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP