Saturday, 18 January 2014

Tengku Adnan - Harga Barang Naik Kerana Penyokong Pembangkang

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyelar sikap “orang tengah” yang cuba mengambil kesempatan memburukkan kerajaan dengan menaikkan harga barang.

Beliau berkata “orang tengah” ini cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kaedah menaikkan harga barang yang jelas akan membebankan rakyat.


"Kita sedar banyak orang tengah ini lebih menyokong pembangkang. Apa yang dilakukan adalah buat satu kaedah supaya rakyat benci kepada BN.

“Ini tidak adil. Kenapa hendak buat cara ini," katanya kepada pemberita selepas sambutan Maulidur Rasul bersama komuniti masyarakat Acheh Malaysia di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut mengingatkan para peniaga Islam dan bukan Islam supaya tidak mengaut keuntungan berlebihan.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno menyifatkan pihak yang memainkan isu “kangkung” sebagai bodoh.

"Saya hendak bagi tahu mereka ini bodoh. Main isu kangkung ini bodoh. Mereka tidak tahu 'connotation' (makna tersirat) apa maksudnya kerana kangkung ini murah boleh ditanam merata-rata.

"Datuk Seri Najib sebenarnya hendak sebut, kenapa ini pun boleh jadi harga turun naik," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Tengku Adnan meminta peniaga-peniaga masyarakat Acheh menyokong usaha BN dalam menangani isu kenaikan harga barang.

"Peniaga-peniaga Acheh yang ada di Jalan Raja Bot, Datuk Keramat, Kampung Baru dan persekitaran negara ini, saya merayu agar membantu kerajaan BN kerana kebelakangan ini banyak orang telah mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

"Saya berharap Persatuan Peniaga Acheh akan menjadi contoh untuk menurunkan harga supaya rakyat di negara ini dapat menikmatinya," katanya.

Pada majlis itu, Tengku Adnan turut dipakaikan songkok khas sebagai tanda pelantikan beliau sebagai Penaung Komuniti Masyarakat Acheh Malaysia. – Bernama,

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Ahmad Basri 18 January 2014 at 18:43  

Lebih baik tengku palsu ni balek jual carpet dari jadi menteri merepek.
Hatinya buta dan otaknya biolkah bila kata peniaga saja naikan harga nak buat untung berlebihan.Yang jadiperniaga kecilan ada ribuan dan jika ambik lebih tentu tak dapat pelanggan.
Tak nampak kah tengku palsu ni yang dah untung berbillion tu yang ada kuasa monopoli yang naikan harga dengan galakan Umporno BN?
Bukari naikan gula,Syrikat tol untung billion2 naikan tol,Tnb untung billion naikan tarif,Petronas untung bilion2 naik harga minyak.
Tengku palasu tolang namakan peraih atau pengedar kecilan naik harga sasudah untung million2!
Dasar mamak naik saperti kaduk kajungjung.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP