Monday 20 January 2014

Tolong Jangan Ketawakan Hasan Malik Menteri Bebal Ni..

Bersyukurlah kerana Malaysia ada pemimpin ikhlas, kata Hasan Malek

Hasan berkata kenaikan harga adalah kerana faktor cuaca dan rangkaian pembekalan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Januari, 2014.

Hasan berkata kenaikan harga adalah kerana faktor cuaca dan rangkaian pembekalan. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Januari, 2014.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata rakyat di negara ini seharusnya mensyukuri kerana mempunyai pemimpin ikhlas yang memberi keutamaan terhadap rakyatnya mengatasi kepentingan lain.

Katanya, biarpun keputusan kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dikritik hebat, rakyat perlu memahami ianya dilakukan untuk kebaikan jangka masa panjang iaitu bagi mengukuhkan kedudukan fiskal kewangan negara.

"Dalam keadaan hari ini, kita perlu menerima hakikat bersusah sedikit tetapi dalam keadaan itu pun, kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), juga Kedai Runcit 1 Malaysia (KR1M).

"Dalam proses itu kita perlulah berkorban, rakyat kena faham niat murni perdana menteri dalam keadaan sekarang supaya membantu, memberi pandangan atau syor," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia.

Hasan berkata rakyat tidak harus menyalahkan kerajaan semata-mata dalam peningkatan harga barangan keperluan asas kerana ia turut dipengaruhi faktor lain seperti cuaca selain kelemahan rantaian pembekalan.

Oleh yang demikian, beliau menyeru rakyat menerima hakikat dan sedia berkorban untuk hidup dalam keadaan sukar sedikit bagi meraih kesenangan pada masa hadapan.

"Kita kena tanam budaya berjimat dan berhemat dalam berbelanja Budaya lama yang patut hidupkan balik ini ditambah pula dengan langkah penjimatan diumumkan Perdana Menteri, dan apabila kita berjimat maka keadaan bertambah stabil," katanya.

Hasan, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, turut menolak tuduhan kerajaan lambat bertindak dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, sambil berkata ia disebabkan tiada publisiti agresif mengenai kejayaan kerajaan di samping siri programnya.

Beliau turut menyelar pembangkang yang dikatakan memutar belit fakta mengenai kos sara hidup, dan mendakwa pembangkang sengaja ingin mempermainkan perasaan rakyat demi keuntungan politik.

"Pembangkang ini sebenarnya banyak fakta yang diputarbelitkan mereka sengaja hendak mempermainkan perasaan rakyat yang akhirnya nanti akan diketahui semua hanya mainan politik seperti isu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST," katanya.

Menyifatkan pembangkang hanya memikirkan keuntungan politik, Hasan berkata tindakan itu akan mendatangkan kesan buruk kepada negara kerana boleh mewujudkan huru hara.

"Di Amerika Syarikat, mereka mengadakan pilihan raya dan menerima keputusan serta kembali bekerjasama. Kalau (pembangkang) mahu menentang lagi, tunggu penggal seterusnya, atur strategi tetapi biar kami (kerajaan) lakukan tugas.

"Itulah semangat yang sepatutnya ditunjukkan pembangkang, bukan hendak cari kelemahan sahaja. Kalau sayangkan negara, sama-samalah saling membantu. Bagi saya kita tirulah pendekatan negara maju," katanya. - tmi


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP