Wednesday 5 February 2014

AMK Johor bidas Pemuda PAS isu Anwar jadi MB

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor membidas Dewan Pemuda PAS Pusat yang tidak bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya beliau menang pada pilihanraya kecil DUN Kajang.

Ketua AMK Johor Khairil Adanan berkata pihaknya tidak nampak sekiranya Anwar diangkat menjadi menteri besar akan memudaratkan rakyat negeri itu bahkan mendapat sokongan bekas menteri besar Tan Sri Muhammad Taib.


"Penerangan yang dibuat tentang pengosongan kerusi tersebut telah dilakukan dan sepatutnya pihak pimpinan Pakatan harus menyokong pendekatan strategi yang diperkenalkan PKR.

"Usah termakan dengan lontaran propaganda lawan yang sememangnya mahu Pakatan bertelagah sesama sendiri pada ketika perpaduan dan kata sepakat amat diperlukan ketika ini bagi mempastikan kerusi N 25 Kajang kekal milik Pakatan-PKR," katanya.

Semalam Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mempertegaskan bahawa sayap kanan parti itu menyokong Anwar menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu tetapi tidak bermakna mereka bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor.

Suhaizan berkata polemik Kajang itu tidak perlu diteruskan sehingga mengheret Pakatan Rakyat membincangkan isu menteri besar Selangor yang baru dan mendesak ia dihentikan segera.

Dalam kenyataannya, Khairil turut membidas Suhaizan yang menyifatkan tindakan mengosongkan kerusi itu sebagai "pembaziran" sebaliknya menegaskan PKR mahu menawar pemimpin bertaraf dunia untuk menambah baik pentadbiran Selangor dan memantapkan lagi Pakatan.

"Kita, Parti Keadilan Rakyat jelas menumpukan sepenuh kekuatan jentera parti untuk mempastikan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua umum Parti Keadilan Rakyat.

"Angkatan Muda Keadilan Johor juga memberikan tanda aras majoriti yang perlu diperolehi mestilah mencecah sekurang-kurangnya 7,000 undi," katanya.

Khairil bagaimanapun berkata AMK Johor menyambut baik kerjasama yang akan diberikan oleh Pemuda PAS dalam pilihan raya kecil itu sekaligus berharap kerjasama walaupun berbeza pendapat.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP