Tuesday, 25 February 2014

Ridhuan Tee yang Terlebih Melayu Dibelasah Melayu

Masyarakat Melayu amat jijik dengan babi, namun tidak mengambil berat berkenaan halal atau haram sumber makanan mereka, kata Datuk A Kadir Jasin.

Bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu dipetik berkata, masyarakat Melayu tidak begitu peduli jika sumber makanan mereka diperolehi sama ada dengan cara haram atau rasuah.


"Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah," katanya, mengulas berkenaan rencana Dr Ridhuan Tee Abdullah di akhbar Sinar Harian berkenaan babi dan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar berceramah di gereja baru-baru ini.

Kadir berkata, sekiranya interpretasi Ridhuan mengenai Anwar yang berceramah di gereja begitu teruk, beliau lebih teruk daripada Anwar kerana pernah belajar selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar.


"Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Ridhuan, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Ridhuan kritik itu," katanya merujuk kepada Anwar.

"Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati.

"Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai “grace” atau doa sebelum makan," katanya.

Ridhuan dalam rencananya menyifatkan tindakan Anwar itu sebagai “liberal dan keterlaluan”.

"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir.

"Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka," memetik rencana Ridhuan.

Kadir berkata, tiada salahnya Anwar berucap di gereja, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut masuk ke kuil untuk sambutan perayaan Thaipusam.

"Jadi apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil.

"Perdana Menteri kita, Najib Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali. Inilah 1Malaysia," katanya.

Anwar bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang dan akan melawan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dan bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

- kedahlanie

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

tzmr 25 February 2014 at 16:15  

sya tak mau sentuh isi teks tp tajuk tu dah trsasar dr nilai islamik. Ridhuan Tee trlebih melayu .. adakh beliau sndiri mngaku melayu ? Beliau org cina yg x pernh mngaku melayu pun. Beliau orang Islam walaupun sya jugak tidak brsetuju dgnnya dlm beberapa hal, tp jgn dilabel begitu. Apa istimewa sgt melayu bnding cina ?

Nudin Bakar 25 February 2014 at 16:21  

Ulama kurang cerdik hanya kuat mengampu, berdosa hukumnya tanpa usul periksa. Ilmu saja tinggi, minda kosong. Apa apa saja Anwar buat semuanya serba tak kena, bila Najib buat walau pun terang-terangan ianya salah kenapa diam membisu macam orang buta dan pekak. Tak kemana ilmu yang dituntut jika diguna dijalan yang salah. Takdir ALLAH anwar satu masa nanti jadi PM kamulah orang pertama yang kata selamaini apa yang kamu lakukan kerana terpaksa atau dipaksa untuk memburukan Anwar. Kita tunggu selepas kematian kamu nanti, siapa yang layak masuk neraka, kamu kah mahu pun Najib atau Anwar. Baca kitab banyak-banyak, jalan salah baca yang lain selain dari Al-Quran....jangan jadi macai.

Sabina45 25 February 2014 at 16:30  

Simamat Tee nie dia tak keai orang melayu yang dia tau dududuk di Tanah Melayu itulah sebab jadinya lebih sudu dari bubur.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP