Monday, 17 February 2014

Zul Noordin Cadang Bubar Dun Supaya Dia Dapat Sertai Pilihanraya Dan Jadi MB Selangor

SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihatkan supaya menghadap Sultan Selangor mohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Nasihat itu disuarakan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin yang berkata, itu langkah sebaiknya dilakukan Abdul Khalid yang kini berdepan ancaman akan disingkir daripada PKR.


“Tan Sri (Abdul Khalid) mesti menghadap Tuanku untuk bubarkan Dun Selangor sebelum 11 Mac depan, iaitu hari penamaan calon PRK Dun Kajang. Baru kita boleh tengok siapa yang kena terajang,” tulisnya lewat entri blognya, semalam.

Zulkifli berkata, jika tidak berbuat demikian, ada kemungkinan Abdul Khalid akan disingkirkan terus daripada PKR termasuk akan ditekan supaya mengosongkan kerusi Dun Pelabuhan Klang.

Ini kerana, beliau mendakwa Menteri Besar Selangor itu akan diminta menandatangani surat peletakan jawatan yang bertarikh 24 Mac 2014 iaitu sehari selepas PRK Dun Kajang.

"Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat peletakan jawatan sebagai MB. Surat itu akan bertarikh 24 Mac 2014, iaitu sehari selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi Dun Kajang," katanya.

Sehubungan itu, Zulkifli mengingatkan Abdul Khalid berhati-hati dan tidak termasuk perangkap musuh.

"Saya nasihatkan beliau jangan tanda tangan surat itu walaupun digesa. Selepas itu, berkemungkinan beliau akan diminta mengosongkan kerusi Dun Pelabuhan Klang pula," dakwanya.

Zulkifli berkata, jika Abdul Khalid menandatangani surat peletakan jawatan sebagai menteri besar dan beliau kehilangan kuasa, pihak berkenaan dipercayai menekannya mengosongkan kerusi Dun.

"Mereka akan pastikan Tan Sri (Abdul Khalid) tidak ada ruang lagi untuk kembali dalam politik Selangor," katanya.

Menurutnya, Abdul Khalid satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan itu dalam PKR.

"Tan Sri boleh memilih melawan. Bukan untuk diri Tan Sri, tetapi untuk Tuanku, rakyat negeri ini dan umat Melayu-Islam,” katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

4 comments:

Sabina45 17 February 2014 at 11:12  

Siapakah dia mangkok hayun ni yang nak nasehat pemimpin PKR adakah dia dah mula sedar yang dia sudah jadi kupang tembaga nak bercakap atas tiket PKR ,sedarlah diri wahai Zul sekupang ,dapat gelaran dato pun dah nasib baik jika tidak tepi luOngkang la tempat awak.

sizzly7761 17 February 2014 at 12:14  

Ini peguam yg paling bodoh pernah ujud di malaysia. Pandangan 'bongoknya' menyerlahkan lagi tahap bangang melantun. Dalam felda bolehlah bercakap macam ni. Tapi ini kajanglah.... kalau jumpa ular dan keling...maka wajib dipukul Zool 9/10 nih... sebab fitnah dan bohongnya macam tak kenal dosa!

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP