Sunday 23 March 2014

Awang Selamat Anggap Tragedi MH370 Kes Terpencil

Misteri kehilangan MH370 kes terpencil, kata Utusan Malaysia

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menyifatkan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masuk hari ke-16 hari ini sebagai kes terpencil meskipun nasib 239 penumpang dan anak kapal masih belum diketahui.

Kolumnisnya, Awang Selamat, berkata walau apa yang terjadi, kesetiaannya terhadap syarikat penerbangan nasional itu tetap utuh dan akan tetap memilih perkhidmatan MAS jika berkesempatan.


“Rekod kecemerlangan MAS selama ini tidak harus dibiarkan termusnah dengan hanya satu kejadian yang boleh dianggap kes terpencil.

“Dalam Awang berdoa mengharapkan yang terbaik buat penumpang MH370, nafas keyakinan kepada MAS sedikit pun tidak goyah apatah lagi terhenti,” katanya menerusi akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

ABC News semalam melaporkan ahli psikologi, Paul Yin, berkata tekanan menunggu berita orang tersayang menyebabkan ada antara ahli keluarga penumpang terfikir untuk membunuh diri.

Katanya, situasi terdesak untuk mendapatkan maklumat mengundang kepada perkara itu selain ada ahli keluarga yang dimasukkan ke hospital mengalami masalah sama.

Awang Selamat berkata, penumpang seluruh dunia mengetahui tradisi kecemerlangan penerbangan MAS dan tanpa ragu akan memilih syarikat penerbangan itu.

Katanya, banyak pengajaran yang bernilai perlu diambil MAS dan pihak berkaitan agar kejadian sama tidak berulang mencemar industri penerbangan negara.

“Apa sekali pun keputusan siasatan, Awang menyertai rakyat Malaysia yang tetap bersama MAS terutama dalam saat-saat sukar.

“Pasca peristiwa kehilangan MH370 akan lebih mencabar dan menguji syarikat penerbangan negara daripada isu pampasan hinggalah kepada melonjakkan imej,” katanya.- tmi


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP