Tuesday, 4 March 2014

Hassan Jati - Kes Saman Hadi Memang Dirancang Oleh PKR



KUALA LUMPUR: Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI) Datuk Dr Hasan Ali pada Isnin berkata kes saman sebanyak RM2 juta oleh bekas calon PKR DUN Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bekemungkinan dirancang.

Menurutnya ia berkemungkinan satu perancangan yang dirangka oleh PKR untuk menjatuhkan kredibiliti Hadi sebagai pemimpin utama parti itu.

"Saya merasakan kes ini mungkin sudah dirancang sedemikian rupa...untuk memalukan presiden PAS, untuk menolak kredibiliti presiden PAS, untuk menolak kewarakan dan keulamakan presiden PAS," dakwa beliau dalam satu sidang media di kediamannya, pada Isnin.

Sementara itu, Hasan turut menyifatkan keengganan PKR mempertahankan Hadi dalam kes tersebut boleh menyebabkan ahli PAS meminggirkan diri dari pilihan raya kecil di Kajang.

Menurut Hasan, jawatan presiden (PAS) amat besar bagi penyokong-penyokongnya dan tindakan PKR tidak menghiraukan tentang kes yang ditimpa oleh Hadi itu boleh menyebabkan mereka 'jauh hati'.

"Bila presiden dibuat sedemikian rupa, saya tak salahkan PAS kalau mereka pinggirkan diri dari PRK Kajang," kata beliau yang juga merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

Katanya apabila PKR mahukan PAS bersama-sama mereka memperjuangkan kemenangan Anwar, PAS turun membantu, namun situasi itu tidak sama apabila PAS memerlukan bantuan.

Beliau juga menyelar Anwar kerana tidak mempertahankan Hadi berhubung perkara itu.

"Anwar Ibrahim tidak begitu tegas dalam hal ini...maknanya beliau tidak menempelak orang yang terlibat dalam kes saman tersebut. Sepatutnya dia kata Ustaz Hadi itu adalah rakan dalam Pakatan Rakyat dan tahaluf siyasi.

"Sepatutnya Anwar Ibrahim lah orang pertama yang mempertahankan...orang pertama yang mengakui bahawa kejadian itu dibuat oleh anak muda yang terlalu ghairah. Tetapi dia bagi jawapan yang tidak meyakinkan dan saya yakin ini akan ada kesannya dalam PRK DUN Kajang," kata Hasan.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal hadir untuk menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lalu.

Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5 peratus faedah dari writ yang difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 selepas beliau gagal untuk memfailkan writ bagi menangkis dakwaan Mohd Shamsul.

Pada Khamis lepas pula, Abdul Hadi menfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah itu.

- blogger pencacai

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Hati Muda 4 March 2014 at 23:20  

musuh bercakap tentang kawan kita,, lebig baik kita perngai sahaja musuh2 ini.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP