Wednesday 19 March 2014

MH370 - Hishamuddin Cuba Lindungi Sepupunya Najib Razak?

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri berkata, situasi kehilangan pesawat MH370 melampaui politik partisan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim patutu disiasat.


Selepas berhenti sekejap, Hishamuddin berkata: “Fokus daripada hari pertama untuk mencari pesawat. Perkara ini melampaui politik.”

Beliau berkata, perkaitan itu dibangkitkan oleh media asing, antaranya Daily Mail dari United Kingdom, dan bukannya kerajaan.

Tabloid British itu dengan memetik sumber antaranya menggambarkan juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai penyokong kuat Anwar dan “fanatik politik”.

Soalan Perancis: Kamu sepupu Najib?

Sementara itu, wartawan Perancis hari ini bertanya Hishammuddin sama ada beliau sepupu kepada perdana menteri dan mahu “melindungi” Datuk Seri Najib Razak.

“Saya boleh sahkan Najib sepupu saya... saya tidak tahu saya lindungi dia daripada apa.

"Saya tidak mahu pergi kepada jenis soalan ini,” jawabnya.

Perkara itu tidak dibangkitkan kembali kemudiannya dalam sidang media harian berhubung perkembangan berkaitan MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. - mkini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP