Thursday 20 March 2014

MH370: Pesawat AS tiba di selatan Lautan Hindi

KUALA LUMPUR: Seorang wartawan yang berada dalam pesawat P8 Poseidon milik tentera laut Amerika Syarikat memberitahu, pasukan pencari mengutip isyarat radar sebuah objek besar di Lautan Hindi yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.

Wartawan ABC News itu, David Wright adalah satu-satunya wartawan yang menyertai pesawat berkenaan.


P8 Poseidon merupakan pesawat pertama yang tiba di kawasan di selatan Lautan Hindi tempat dua objek yang dipercayai boleh memberikan petunjuk lanjut dalam usaha mengesan MH370, dirakam oleh satelit.


Jurucakap Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat, Komander William Marks bagaimanapun kemudian menjelaskan kutipan isyarat radar itu adalah perkarabiasa dan tidak ada kaitan dengan pesawat yang hilang.


Pihak berkuasa Australia hari ini mendedahkan rakaman satelit yang menunjukkan dua objek dikesan di selatan Lautan Hindi yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 yang dicari sejak 8 Mac lalu.

Menurut Wright, penerbangan dari Perth menuju ke kawasan carian itu yang terletak kira-kira 2,500 kilometer mengambil masa tiga jam.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP