Friday 21 March 2014

Muhyiddin Tanya Penjawat Awam Kenapa Tolak BN

Dalam mesej yang dilihat ditujukan kepada penjawat awam,Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta mereka tidak menolak BN kerana parti itu lebih berpengalaman mentadbir negara berbanding Pakatan Rakyat.

Timbalan perdana menteri berkata, BN mempunyai pengalaman "beratus tahun" jika dicampur semua pengalaman pemimpin dalam kerajaan.


"Jadi kalau ambil kira itu, paling banyak pengalaman BN, kenapa nak tolak (BN)?" katanya dalam majlis perjumpaan bersama penjawat awam di Universiti Pertanian Malaysia (UPM), di Serdang hari ini.

Muhyiddin berkata perkembangan masyarakat Malaysia menjadi lebih moden menyebabkan cabaran mentadbir negara menjadikan pengalaman sebagai faktor yang amat penting.

Menurut beliau BN telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sejak kemerdekaan yang menyiapkan mereka untuk harapan lebih tinggi seiring kemajuan negara.

"Masyarakat kini menjadi semakin kompleks dan rumit, nak uruskan negara macam Malaysia belum tentu begitu mudah.

"Harapan rakyat (lebih) besar kerana mereka tahu tanggungjawab kerajaan dan hak rakyat.

"Mereka tuntut mana-mana kerajaan dipilih rakyat mesti sempurnakan kehendaknya," katanya.

Muhyiddin memberi contoh beliau sendiri yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam kerajaan selain pemimpin BN seperti Datuk Seri Najib Razak dan lain-ain yang telah berpuluh tahun berpengalaman mentadbir.

"(Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim ada sikit saja (pengalaman) waktu dalam kerajaan, sekarang beliau tak ada dalam kerajaan.

"(Datuk Seri) Hadi (Awang) sikit, (Tan Sri) Khalid (Ibrahim) sikit, (Lim) Kit Siang, mungkin tiada langsung pengalaman mentadbir," kata beliau di hadapan kira-kira seratus penjawat awam yang dijemput khas menghadiri program itu.

Selain itu Muhyiddin turut mengingatkan perhubungan 'rapat' antara penjawat awam dan pemimpin politik yang menjadi asas pentadbiran negara.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata penjawat awam bebas untuk memilih siapa yang patut diundi mereka.

"Namun sebagai rakyat biasa, kita juga punyai hak sebagai rakyat untuk membuat pilihan, pilihan kita sendiri dalam apa saja urusan-urusan yang kita lakukan termasuk yang ada hubungan dengan urusan politik," kata beliau


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP