Sunday 23 March 2014

Penyokong BN ganas, cuba tumbuk Anwar

KAJANG 23 MAC : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba diserang sekumpulan pengundi BN sebaik sahaja beliau tiba di Sungai Sekamat.

Menurut Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata serangan tersebut cuba dilakukan sebaik sahaja Anwar turun daripada kereta dan berjalan menuju ke pusat pengundian Sungai Sekamat.


"Kiri kanan ada penyokong BN, penyokong Pakatan pun ada, tapi tiba-tiba mereka datang kearah Datuk Seri Anwar dan cuba untuk memukul beliau, tapi keadaan itu sempat ditepis oleh Datuk Seri(Anwar) sendiri dan beberapa penyokong yang lain.

"Mereka dilihat tidak menggunakan apa-apa objek semasa menyerang Datuk Seri, tapi tindakan mereka tu memang tidak ada sebab, datang menyerbu secara tiba-tiba." katanya ketika dihubungi, hari ini.

Namun selepas itu, keadaan masih lagi terkawal selepas pihak polis dan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba bagi meleraikan pergaduhan di kawasan tersebut.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP