Tuesday 25 March 2014

Politik Jakun - Saifuddin Nasution Dihalau Dari Darawak

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution hari ini dilarang memasuki Sarawak untuk berkempen membantu calon PKR Abdul Jalil Bujang dalam pilihan raya kecil DUN Balingian 29 Mac ini.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Saifuddin tiba di Sibu dengan menaiki penebangan MH2717 pada jam 11 pagi tadi.


"Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22hb Mac 2014 untuk menyekat beliau dari memasuki negeri Sarawak.

"Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur," kata Fahmi dalam kenyataan medianya pada tengahari ini.

Sehubungan itu, Fahmi berkata PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang dianggap tidak demokratik ini dan mendakwa pengaruh politik kuku besi bekas ketua menteri Tan Sri Taib Mahmud masih berleluasa walaupun telah bertukar ganti.

"Dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak," katanya.

Kelmarin PKR Sarawak melahirkan rasa bimbang sekiranya pihak berkuasa negeri itu merancang melarang Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada berkempen untuk pilihan raya kecil tersebut.

Naib Pengerusi PKR negeri See Chee How berkata jika pihak berkuasa negeri mengenakan larangan terhadap Anwar dan pemimpin PKR yang lain, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan saluran undang-undang.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP