Thursday 20 March 2014

Putrajaya tahu di mana MH370, tetapi tidak mahu beritahu

Tanpa petanda yang jelas tentang lokasi sebenar MH370, sebuah laman web melaporkan satu teori bahawa pihak berkuasa Malaysia mungkin mengetahui di mana sebenarnya pesawat tersebut, tetapi menyembunyikan maklumat itu untuk menutup kemampuan satelitnya, menutup kesilapan dan mungkin juga untuk mengelak pihak yang berkepentingan.

Teori ini disiarkan dalam Washington Post ketika usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) dengan 239 penumpang itu masuk hari ke 13.


"Kita sedang berurusan dengan organisasi tentera, dan mereka tidak mahu memberitahu anda, khasnya tidak jika ia akan kelihatan seperti mereka benar-benar kacau," kata Hans Weber, seorang perunding penerbangan yang berpangkalan di San Diego, dipetik sebagai berkata dalam artikel itu.

"Pihak tentera tidak mahu kelihatan buruk di negara sendiri. Saya fikir ada banyak insentif untuk tentera mereka untuk menutup kesilapan sendiri.

Walau bagaimanapun, dalam artikel tersebut tidak ada bukti tentang sesiapa yang tahu di mana pesawat itu, manakala tekanan daripada keluarga para penumpang dan anak kapal yang menuntut jawapan terus meningkat. – tmi


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP