Saturday 15 March 2014

Satu Malaysia Nak Tampar Bomoh Temberang

Khairy Jamaludin Abu Bakar menyifatkan seluruh rakyat di Malaysia sekarang mahu menampar Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin kerana memalukan Malaysia.

"Dia seorang hendak tampar saya tapi saya rasa satu Malaysia hendak tampar dia sebab memalukan Malaysia," kata Khairy sambil ketawa.


"Perbuatan dia syirik, khurafat. Jadi saya tidak mahu layan," katanya sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program bersarapan bersama masyarakat di Sungai Jelok, Kajang, lapor portal berita itu.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bomoh itu yang memberikan amaran akan menampar Khairy kerana meminta beliau ditangkap oleh pihak berkuasa selepas membuat dua ritual di Lapangan terbang KLIA untuk mencari kapal terbang MH370 yang hilang.

"Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin hari ini. Saya cabar dia.

“Letak jawatan jadi menteri dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita berlawan," kata Ibrahim dalam satu klip video YouTube disiarkan blog www.suara.tv.

"Saya tampar dia macam (semudah menampar) buaya nanti, baru dia tahu," kata Ibrahim.

Sebelum Khairy memberi jawapannya hari ini, bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainol Abidin berkata, Malaysia memerlukan menteri seperti Khairy dan Malaysia tidak memerlukan tahyul bomoh.

Beliau berkata demikian melalui Twitternya merujuk kepada berita bomoh yang menyematkan logo 1Malaysia pada bajunya itu yang mahu menampar Khairy.

Seorang penganalisis politik Malaysia, Wan Saiful Wan Jan dalam Twitternya juga melahirkan rasa tidak senang dengan kegiatan bomoh itu.

"Seorang perwakilan Arab bertanya "Awak menghalang Kristian menggunakan Allah, tetapi awak melihat Allah digunakan untuk sihir? Apa masalah dengan awak ini orang Malaysia?" tulis Wan Saiful, Ketua Pegawai Eksekutif Ideas, sebuah badan pengkaji politik di negara ini



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP