Monday 31 March 2014

Suspek buang surah Yasin sudah dikenal pasti



KUALA TERENGGANU - Suspek yang dipercayai membuang beberapa naskhah surah Yasin di Dungun dan Kemaman sewaktu dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu, dipercayai mempunyai masalah emosi yang tidak stabil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang juga penganggur, berusia lingkungan 20-an dan berasal dari Pahang.

Menurut beliau, hasil siasatan awal pihaknya, kereta tersebut masih digunakan suspek dan keluarganya memberitahu, suspek mempunyai masalah kecelaruan mental dan emosi yang tidak stabil.

“Bagaimanapun, kita masih lagi sedang mengesan suspek dan akan menyiasat sama ada dia atau orang lain yang melakukan perbuatan berkenaan, sebelum tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, semalam.

Sinar Harian 29 Mac lalu menyiarkan mengenai seorang pemandu kereta yang dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu, telah bertindak biadab kerana dipercayai membuang beberapa naskhah surah Yasin di sepanjang jalan yang dilaluinya.

Bagaimanapun, perbuatan pemandu yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vios berwarna merah jambu itu dilihat oleh seorang jurutera dari sebuah syarikat di Kerteh yang juga dalam perjalanan ke arah Kuala Terengganu bersama keluarganya.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP