Saturday 8 March 2014

Tentera laut Vietnam tak jumpa bangkai pesawat

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengesahkan dengan Tentera Laut Vietnam bahawa tidak ada bangkai pesawat MH370 Malaysia Airlines yang ditemui di perairan negara itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tentera Laut Diraja Malaysia telah mengesahkan tidak ada bangkai pesawat ditemui,” katanya kepada media hari ini.


Beliau merujuk kepada laporan berita di Vietnam yang memetik seorang pegawai tentera laut negara itu sebagai berkata pesawat yang hilang itu telah terhempas di luar pantai selatan Vietnam berdasarkan laluan penerbangan dan data lain.

Jabatan Penerbangan Awam dan Kementerian Luar sebelum ini menafikan laporan tersebut.

Manakala Tentera Laut Diraja Malaysia pula telah berusaha untuk mengesahkannya dengan Tentera Laut Vietnam.

Pada ketika ini, tiada siapa yang pasti apa yang telah berlaku kepada pesawat MH370 itu.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP