Monday 17 March 2014

Tragedi MH370 - Amaran Zahid Kepada Macai Umno

Zahid: Jangan kait kes MH370 dengan isu parti

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi cuba meredakan isu yang mengaitkan keanggotaan parti juruterbang pesawat MH370 dalam PKR dan juga kehilangan pesawat tersebut.

Dalam kenyataannya, Ahmad Zahid turut menyeru semua pihak agar bertindak rasional dan tidak mengaitkan isu kepartian dalam isu melibatkan nyawa dan juga isu keselamatan negara itu.


"Jangan kaitkan soal kepartian dengan MH370, kita masih lagi rasional. Ini soal nyawa dan keselamatan negara.

"Ketepikan politik mari sama-sama berdoa," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada laporan tabloid United Kingdom Daily Mailsemalam yang membuat spekulasi bahawa juruterbang tersebut, Zaharie Ahmad Shah seorang "fanatik politik" dan "aktivis sosial yang lantang".

Akhbar itu juga mendakwa Zaharie hadir ke keputusan kes liwat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum menerbangkan pesawat.

Selain itu, akhbar Berita Harian semalam turut menerbitkan satu kolum yang membangkitkan beberapa teori dengan kehilangan pesawat tersebut.

Antaranya adalah dakwaan bahawa sebahagian besar penyokong Pakatan Rakyat terdiri daripada juruterbang MAS.

PKR semalam mengesahkan bahawa Zaharie Ahmad Shah seorang anggota PKR.

Namun parti itu menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak harus membuat spekulasi mengaitkan keanggotaan Zaharie dengan kehilangan pesawat tersebut.

Polis telahpun menggeledah rumah juruterbang terbabit, Zaharie Ahmad Shah, dan merampas sistem simulasi penerbangan di kediaman itu di Shah Alam.

Polis dilaporkan turut berusaha mendapatkan petunjuk dengan menemubual anggota keluarga kesemua anak kapal dan penumpang.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP