Tuesday, 1 April 2014

Ahli Parlimen PAS bidas Ridhuan Tee

Selawat “berlebihan” ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad tidak akan menenggelamkan keagungan Allah, malah satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam, kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar).

Manurut Ahli Jawatankuasa PAS itu, selawat ke atas Nabi Muhammad bukan sahaja satu perbuatan yang dianjurkan kepada umat Islam, malah Allah dan para malaikat turut berselawat kepada penghulu segala nabi itu.


“Allah sendiri berselawat pada nabi. Semasa solat Jumaat dibacakan ayat Al-Quran, ‘sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas nabi’

“Itu bermakna selawat, bukan sahaja manusia, tetapi Allah dan malaikat sendiri (juga berselawat),” katanya kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen semalam.

Pensyarah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah menerusi kolumnya di Sinar Harian semalam tidak bersetuju dengan majlis selawat perdana yang terlalu “berlebihan” memuji Nabi Muhammad sehingga membawa kepada tahap pemujaan.

Pendakwah bebas itu berkata, penonjolan berlebihan ke atas Rasulullah semasa majlis Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul baru-baru ini di Putrajaya menenggelamkan penonjolan kepada Allah.

Katanya, lagu cinta Rasul seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan sehingga membawa kepada tahap “pemujaan” terhadap Nabi Muhammad.

"Adakah Rasulullah mahukan kita memuja baginda? Sudah tentu tidak.

"Kita memang dituntut mencontohi Nabi Muhammad dalam apa jua keadaan dan cara hidup baginda, tetapi janganlah terlalu berlebihan sehingga mengidolakan baginda," katanya.

Hanipa yang juga merupakan seorang peguam menyifatkan selawat ke atas Nabi Muhammad tidak perlu dipersoalkan sama ada ia melebihi daripada memuji Tuhan.

“Tak timbul apabila orang memuji Nabi Muhammad lebih daripada memuji Tuhan,” katanya.

Menerusi artikel sama, Ridhuan menggesa umat Islam memperkukuhkan akidah dan mengenali Allah terlebih dahulu sebagai tunjang kepada agama Islam.

"Bersolat dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia.

"Sebab itulah akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain. Kenalkan manusia kepada Allah sebelum kenalkan kepada pesuruh-Nya iaitu baginda Rasulullah," katanya.

Baru-baru ini, program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 diadakan di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta tetamu VIP lain.

Program itu bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid Putra dengan diimamkan Abdul Manaf Mat, disusuli solat hajat bagi memohon supaya dipermudah operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Selepas itu, majlis selawat dan qasidah dimulakan pada 9 malam diikuti pengisian lain seperti zikir terapi, bacaan Al-Quran serta tazkirah. – tmi


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

Haji Jamaludin Haji Ariffin 1 April 2014 at 08:41  

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim
Allah HU Akhbar
Betul lah kata arwah P.Ramlee ... Hello ane pasal taik pun lu orang mahu gaduh ka?
Allah...... tak tahu lah kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup pasti Baginda pun akan menangis, umatnya pasal selawat pun nak bergaduh ??
Islam sama Islam bergaduh .Macammana nak pergi lawan Israel???
Pandai tak boleh di ikut
Bodoh tak boleh nak di ajar

aidono 1 April 2014 at 09:55  

DrRT nampaknya lupa tentang pemujaanya terhadap melayu (sehingga lupa diri)dan amno juga terlalu berlebihan... apakah itu tidak melamapu dan salah juga berdosa?

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP