Thursday, 10 April 2014

Dr Mahathir mengaku berada di tanah air ketika tragedi Memali berlaku

Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamed mengaku beliau berada di tanah air ketika kejadian Memali yang mengorban 18 rakyat pada 19 November 1985.

Namun, beliau berkata dia tidak ingat Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, datang memujuknya agar tidak pergi ke Beijing.


"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China.

“Waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negara," kata Dr Mahathir dalam blognya hari ini.

Dr Mahathir juga cuba meletakkan kesalahan ini kepada Musa dengan berkata, "Tun Musa akui beliau bertanggungjawab”.

"Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab," kata Dr Mahathir dalam blognya.

Baru-baru ini, Musa mendedahkan di Kota Baru, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika peristiwa Memali berlaku.

Selepas itu, Musa juga membuat kenyataan bertulis mempertahankan kenyataan itu dengan berkata, dia bersama Pemangku Ketua Polis Negara ketika itu memberi taklimat kepada Dr Mahathir pada hari kejadian.

Musa menegaskan dalam kenyataan itu, dia bukan pemangku perdana menteri ketika itu kerana Dr Mahathir masih berada dalam negara.

Ia bertentangan sekali dengan catatan sejarah yang dibuat pelbagai pihak termasuk ensiklopedia bebas, Wikipedia, yang merekodkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

Dalam hal ini, Dr Mahathir dalam tulisannya hari ini berkata, beliau tidak pernah menyatakan beliau tidak berada di Kuala Lumpur ketika itu.

"Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini," kata Dr Mahathir.

Pakar propaganda Umno dan bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia yang juga bekas Menteri Penerangan Datuk Zainudin Maidin bertegas bahawa Dr Mahathir berada di China selepas kenyataan Musa bahawa Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika itu.

Namun Zainudin menegaskan, ia berdasarkan ingatan beliau.

Dr Mahathir mengaku, pada 20 November 1985, sehari selepas kejadian Memali, beliau mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar ke China dan Musa antara yang berada di lapangan terbang.

Dr Mahathir berkata, beliau begitu yakin yang Musa dapat menangani keadaan "sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri", iaitu selepas kejadian itu.

Yang diketahui umum, kata Dr Mahathir, Datuk Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, di samping memikul jawatan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

"Sebagai Menteri Dalam Negeri, rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjawab dibuat, tentulah ini kurang manis," tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas.

"Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan," tulis beliau.

"Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baru kita ambil tindakan.

“Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan," tulis Dr Mahathir.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.

Musa dipersalahkan atas peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di China.

Pendedahan Musa memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.

Ekoran pendedahan Musa, PAS dan DAP mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat semula kejadian ini.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

sizzly7761 10 April 2014 at 21:34  

Soalnya apa alasan nak tangkap almarhum ustaz ibrahim? Ajaran sesat? Oooo... masa dia kerja dengan jakim@jabatan perdana menteri tak sesat.... bila resign dan jadi ahli PAS, jam jam tu ajaran dan ilmunya jadi sesat? Pppuuuuiiii! Madey auta keling!

MAEL... 10 April 2014 at 21:59  

memang la mamak madet ni kaki putaq alam nooo.....!!!

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP