Wednesday 23 April 2014

Malaysia gagal kesan isyarat kecemasan kapal Jepun?

KUALA LUMPUR 23 APR: Ahli parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid mempersoalkan mengapa penguatkuasa maritim Malaysia gagal mengesan isyarat kecemasan dari kapal Jepun yang disamun dekat Pulau Ketam awal pagi Selasa lalu.

Beliau yang juga bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempersoalkan apakah pengawasan agensi penguatkuasaan maritim negara begitu longgar sehingga tidak peka terhadap kapal bermasalah di perairan Selat Melaka.


"Kapal Jepun ada alat kecemasan, kenapa Malaysia tak kesan?

"Takkan mereka tak boleh kesan. Sebab kapal Jepun itu ada radio signal untuk kecemasan, kapal-kapal lain boleh kesan. Takkan APMM tak boleh," kata Imran kepada Keadilandaily.

Ia kerana proses pemindahan diesel tersebut mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan selepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan.

Kawasan perairan dan pantai di Malaysia dikawal empat agensi maritim iaitu Agensi Penguakuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malysia (TLDM) Polis Marin dan Pasukan Gerakan Marin (PGM).

"Kita persoalkan dimana mereka sewaktu kejadian ini berlaku. Kalau mereka buat rondaan dan lakukan kerja pasti kapal tersebut boleh dikesan," kata Imran.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, 18 kru termasuk kapten kapal berhadapan detik cemas apabila kapal yang membawa lima juta liter diesel dilaporkan disamun kira-kira 16 batu nautika dari Pulau Ketam berhampiran Klang.

lima lelaki dengan dua bersenjatakan pistol dan parang mengikat kapten dan anak kapal menyamun kapal Jepun yang tidak dinamakan itu dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker.

Bernama melaporkan tiga kru dipercayai diculik ketika kapal tersebut yang dalam perjalanan ke Myanmar selepas berlepas dari Singapura 21 April lalu.

Tambah Imran, kerajaan bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

"Belum selesai isu penculikan di Sabah, kapal Jepun pula disamun.

"Ini membuktikan kerajaan tidak mampu untuk menyelesaikan banyak masalah yang melibatkan negara termasuk isu kehilangan peswat MH370," kata Imran.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP