Monday 7 April 2014

Mayat ditemui dengan kesan kelar di leher

Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan kelar di leher dan beberapa tikaman serta luka di badan berhampiran kawasan perkuburan Islam di Jalan Permatang Nibong, di sini, malam tadi. 

Mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan terbaring oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira jam 8 malam. 


"Lelaki itu memakai seluar jeans dan kemeja hitam. Selain kesan tikaman, perut lelaki itu juga hampir terburai akibat ditikam," kata jurucakap polis. 

Beliau berkata tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan polis percaya lelaki itu adalah rakyat asing kerana tiada tanda suntikan BCG pada lengannya. 
Polis percaya lelaki itu dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang di kawasan itu. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata lelaki itu mempunyai tatu di bahagian dada. 

Mayatnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat. 
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu atau kehilangan anggota keluarga atau rakan supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. - BERNAMA 

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP