Monday 7 April 2014

PANAS - Karpal Larang SEMUA Ahli Parlimen DAP Sokong Hudud Yang Dibentangkan Pas



KUALA LUMPUR – Undang-undang hudud tidak sesuai dilaksanakan di sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama seperti Malaysia.

Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, hukum hudud bercanggah dengan Perlembagaan negara ini dan tidak sesuai lagi untuk zaman ini.

“Demi kepentingan negara, kesemua 38 Ahli Parlimen DAP tidak boleh menyokong usaha kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Karpal menempelak Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang bertegas mahu meneruskan usaha melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan tersebut.

Beliau turut mendakwa UMNO Kelantan mengambil kesempatan daripada isu itu apabila membuat pendirian mahu menyokong usaha kerajaan negeri tersebut atas sentimen agama.

Karpal mendakwa, PAS dan UMNO masing-masing sebenarnya mahu mendapatkan kepentingan politik daripada pelaksanaan hudud tersebut meskipun perkara itu bercanggah dengan Perlembagaan.

Media semalam melaporkan, UMNO Kelantan akan membangkitkan hasrat PAS melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed dipetik berkata, perkara itu perlu dibincangkan oleh UMNO sebelum kerajaan Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

“Tidak ada masalah…sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam,” kata Mustapa.

Ahmad sebelum ini mengumumkan kerajaan Kelantan akan menyiapkan satu rang undang-undang persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP