Monday 7 April 2014

PANAS - Mahkamah Arahkan 2 Anak Beragama Islam Diserahkan Kepada Ibu Beragama Hindu



Mahkamah Tinggi Seremban memberikan hak penjagaan dua kanak-kanak kepada ibu mereka yang beragama Hindu selepas diislamkan bapa mereka tanpa persetujuan pasangannya.

Hakim Zabariah Mohd Yusof menyampaikan keputusan yang memihak kepada S Deepa, 30, dalam kamar.

Si ibu memfailkan perceraian dan hak penjagaan anak-anak beliau pada Disember lalu.

Bagaimanapun, Deepa (kanan) perlu meneruskan kes berasingan untuk membatalkan penukaran agama anak lelaki dan anak perempuannya, yang berumur enam dan sembilan tahun itu.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu sekali gus mengesampingkan keputusan Mahkamah Syariah sebelum ini yang memberikan hak penjagaan anak-anak kepada bapa mereka, N Viran @ Izwan Abdullah.

Hakim memutuskan perkara itu berdasarkan Seksyen 51 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Perkahwinan pada tahun 2004 antara Deepa dan IZwan berlangsung mengikut undang-undang sivil.

Peguam Izwan, Muhammad Faiz Fadzil berkata, mereka akan mengemukakan rayuan berhubung kes itu di Mahkamah Rayuan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP