Friday, 18 April 2014

Shiela Majid Pertahan Anak Beraksi Seksi



Penyanyi tersohor negara, Datuk Sheila Majid mempunyai seorang anak gadis iaitu Wan Nur Khaleda atau lebih mudah dikenali sebagai Kayda Aziz memiliki raut wajah sama seperti ibunya.

Gadis berusia 22 tahun itu sangat sosial orangnya dan sering tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Sheila Majid sedikit dikritik peminat di laman sosial.

Walaupun Datuk Sheila Majid dikritik dengan teruk, beliau menganggap apa yang sedang dilalui oleh Kayda Aziz adalah satu proses pendewasaan hidup untuk mematangkan diri.

“Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.

“Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.

“Saya pernah bagitahu wartawan sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.

“Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak peduli,” katanya dengan panjang lebar.

-utaranews-



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

Haji Jamaludin Haji Ariffin 18 April 2014 at 08:21  

Allah Hu Akhbar ... betul lah kata Dato' Sheila Majid , anak perempuannya baru umur 22 tahun bukan 45 atau 50 tahun .. Kata kata Dato sheila Majid bagaikan penuh keyakinan yang anaknya boleh hidup sampai 45 atau 50 tahun , kata kata Dato Sheila Majid mengalahkan ketentuan atau lebih ariff dari Allah SWT bab umur panjang . Suka hati kau lah Dato Sheila anak kau , kalau di tegur pun kau bantah , apa lagi nak cakap up to U lah , Don't worry lah Dato ,jika maut datang menjemput awal atau lambat kami yang hidup ini akan tetap memandikan , mengkafan ( Kafan yang Tutup aurat punya )dan menyolatkan jenazah U all , insyaALLAH

gengster melayu alaf baru. 18 April 2014 at 09:37  

Moga turun laknat Tuhan pada mnusia yg jahil agama dan sengaja mlawan ktentuan cara brpakaian Islam klu mreka blum mau bertaubat.

Ahmat Moha 18 April 2014 at 20:58  

Dah lah bodoh bab agama sombong pula tuuuu

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP