Monday 31 March 2014

Myanmar laksanakan pembunuhan besar-besaran Etnik Islam Rohingya



Sumber dedahkan pembunuhan besar-besaran etnik Islam bakal dilaksanakan. Kerajaan Myanmar didakwa melakukan persediaan bagi menghapuskan penduduk Rohingya Islam di negara ini, sebelum bancian penduduk Myanmar 2014 dijalankan pada 30 Mac hingga 10 April depan.

Menurut laporan Burma Times yang memetik sumber dalaman Myanmar, pasukan tentera diketuai Presiden, Thein Sein sedang bersiap sedia untuk melakukan penghapusan etnik di negeri Rakhine, barat Myanmar tersebut.

Jelas sumber itu, pentadbiran kerajaan pusat di Naypyidaw turut didakwa mengeluarkan arahan penahanan terhadap semua lelaki dewasa dan kanak-kanak Rohingya Islam yang berusia 10 tahun ke bawah.


Sekiranya dilaksanakan, rancangan pihak berkuasa Myanmar itu bakal menyerupai penghapusan kaum yang dijalankan tentera Bosnia Serbia di Srebrenica dan Zepa ketika Perang Bosnia 1992-1995.

Kira-kira 800,000 penduduk Rohingya Islam kini dilaporkan tinggal di Myanmar, dengan 90 peratus daripadanya kini berada di barat negara tersebut.

Myanmar tidak menganggap etnik itu sebagai warganegara, malah penduduk Rohingya sering berhadapan dengan kekejaman yang disokong oleh kerajaan sejak tahun 1978 lagi.

Dalam kejadian pada 18 Januari lalu, pasukan keselamatan yang dikenali sebagai Lun Htein memusnahkan sebuah perkampungan yang dihuni oleh 4,000 orang penduduk Rohingya Islam di Maungdaw, Rakhine.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pernah memberi amaran kepada Myanmar supaya menghentikan serangan ke atas penduduk minoriti Islam itu jika mahu dilihat sebagai sebuah negara yang berwibawa.

Keganasan etnik ke atas penduduk Rohingya biasanya dilakukan oleh penganut agama Buddha.

Pada tahun 2012, perbalahan agama yang berlaku di negeri Rakhine mengakibatkan lebih 200 orang terkorban, kebanyakannya adalah penduduk Islam Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan, manakala 140,000 orang lagi hidup melarat tanpa tempat perlindungan.

Kerajaan Myanmar turut menolak perbincangan berkaitan isu etnik Rohingya pada persidangan pertama menteri-menteri luar ASEAN yang akan diadakan di negara ini pada 28 Mac depan. 




Read More...

Saintis dunia ramal pencarian MH370 akan gagal

Saintis David Mearns meramalkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal yang hilang sejak 8 Mac akan menemui kegagalan, berdasarkan kepada petunjuk sedia ada.

"Saya terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 berdepan kesukaran untuk menemukan rangka pesawat itu di dasar laut di selatan Lautan Hindi berdasarkan petunjuk yang ada," katanya dipetik daripada temuramahnya dengan China Central Television, Sabtu lalu.


Beliau berkata, tempoh pencarian yang kini sudah melebihi 20 hari akan menyebabkan rangka pesawat itu sudah pun dibawa arus lautan ke pelbagai arah yang tidak diketahui.

"Biarpun jika ada serpihan M370 yang dapat dibawa naik, mustahil untuk menjejak kapal tersebut," katanya.

Mearns, yang juga pakar pencari kapal karam dari United Kingdom, berkata beliau turut berpendapat kotak hitam MH370 tidak mungkin dapat dijumpai walaupun pelbagai peralatan dan teknik sedia ada digunakan.

Katanya, semua peralatan dan kemahiran itu masih tidak berupaya untuk mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

"Satu-satunya cara untuk mendapatkan kotak hitam itu adalah dengan mencari dan menapis bangkai atau serpihan pesawat yang ditemui," katanya.

Selain itu, beliau menjangkakan kos pencarian pesawat MH370 lebih tinggi dengan angka mencecah US$45 juta (RM147 juta), mengatasi kos pencarian Air France di Lautan Atlantik pada 2009.

"Pencarian MH370 memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan beratus juta dolar, memandangkan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pesawat MH370 disahkan berakhir di selatan Lautan Hindi selepas 17 hari hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing dari KLIA pada jam 12.40 pagi.

Bagaimanapun, sehingga kini pasukan mencari dan menyelamat belum menemui rangka atau serpihan pesawat MH370 di kawasan yang dikatakan itu iaitu di kawasan barat Perth, Australia di Lautan Hindi, berdasarkan kepada maklumat diperolehi daripada data satelit. – tmi

Read More...

Tak Tahan Dikutuk, Ustaz Darul Manzil (Ustaz Mimpi) Tutup Akaun FB



Susulan penyebaran secara meluas artikel tulisan Ustaz Darul Manzil berhubung dua mimpinya mengenai pesawat MH370 dalam akaun Facebook, beliau bertindak menutup akaun tersebut.

Tindakan itu dibuat disebabkan ramai penggiat laman sosial menyelar dan mengutuk cerita mimpi yang dikongsikannya. Mereka mendakwa mimpi tersebut sepatutnya tidak disiarkan kerana mereka yakin cerita mimpi Ustaz Darul hanya rekaan semata-mata.

Berikut ialah kenyataan panjang lebar Ustaz Darul Manzil yang ditinggalkan dalam akaun Facebooknya bagi menjawab dakwaan dirinya sengaja mencari publisiti.



Read More...

Pengasas PKR Irene Fernandez meninggal dunia



Aktivis hak asasi Irene Fernandez meninggal dunia hari ini meninggal dunia hari ini selepas menjalani rawatan akibat komplikasi jantung.

Menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Fernandez meninggal dunia pada jam 10.15 pagi.

Pengasas NGO hak asasi pendatang asing Tenaganita itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Serdang.

Read More...

Suspek buang surah Yasin sudah dikenal pasti



KUALA TERENGGANU - Suspek yang dipercayai membuang beberapa naskhah surah Yasin di Dungun dan Kemaman sewaktu dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu, dipercayai mempunyai masalah emosi yang tidak stabil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek yang juga penganggur, berusia lingkungan 20-an dan berasal dari Pahang.

Menurut beliau, hasil siasatan awal pihaknya, kereta tersebut masih digunakan suspek dan keluarganya memberitahu, suspek mempunyai masalah kecelaruan mental dan emosi yang tidak stabil.

“Bagaimanapun, kita masih lagi sedang mengesan suspek dan akan menyiasat sama ada dia atau orang lain yang melakukan perbuatan berkenaan, sebelum tindakan selanjutnya akan diambil,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini, semalam.

Sinar Harian 29 Mac lalu menyiarkan mengenai seorang pemandu kereta yang dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu, telah bertindak biadab kerana dipercayai membuang beberapa naskhah surah Yasin di sepanjang jalan yang dilaluinya.

Bagaimanapun, perbuatan pemandu yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vios berwarna merah jambu itu dilihat oleh seorang jurutera dari sebuah syarikat di Kerteh yang juga dalam perjalanan ke arah Kuala Terengganu bersama keluarganya.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Read More...

Daily Mail Sebar Fitnah Terhadap Keluarga Kapten Zaharie

‘CANTIK FITNAH KAMU’




“Fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Saya tidak akan memaafkan anda,” kata Aishah, 28, anak sulung kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam facebooknya (FB) semalam.

Kata-kata itu jelas menunjukkan kemarahan dan kekecewaan selepas portal berita luar negara, Daily Mail menyiarkan kenyataan 35 perenggan penjelasan Aishah dan ibunya, Faizah Khanum Mustafa Khan ketika disoal pegawai penyiasat berikutan kehilangan penerbangan MH370.

Aishah juga menulis dalam FBnya: “Anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip.

Semoga Tuhan merahmati kamu.” Ini adalah kali pertama Aishah yang belajar di Australia itu membuat kenyataan terbuka selepas 23 hari pesawat berkenaan hilang.

Selain itu, laman Facebook ‘Friends Of Captain Zaharie MH370’ turut menyelar laporan Daily Mail itu.
Laman berkenaan mendakwa anak lelaki juruterbang berkenaan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan laporan yang dianggap tidak bertanggungjawab itu.

Laman itu juga mendakwa laporan terbabit adalah bohong dan mempertikaikan sumber kenyataan itu diperoleh.
Mereka juga menyarankan Aishah mengheret portal berita Britain itu di mahkamah.


Portal itu kelmarin menyebut Aishah dalam soal siasat itu sebagai berkata, ayahnya seolah-olah terganggu dan mudah marah serta bukan ayah yang dia kenali sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Aishah juga dilaporkan berkata, ayahnya juga ada bercakap mengenai masalah hubungan dengan ibunya.

Bagaimanapun, Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang tua yang arif mengenai agama.

Laporan itu juga berkata, Aishah menjelaskan kepada pegawai penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain namun menolak kemungkinan ayahnya sengaja membahayakan nyawa anak kapal dan penumpang.

Portal itu juga menyebut Zaharie dalam proses menceraikan isterinya dan banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.

Portal itu juga memetik isteri Zaharie, Faizah sebagai berkata, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui dan pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.

Dalam laporan itu juga, Faizah mendakwa Zaharie sudah berhenti bercakap dengannya pada minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.
Portal itu berkata, Faizah menganggap adalah tidak adil menyalahkan suaminya.

Bagaimanapun, sepanjang soal siasat, dia memberitahu polis suaminya menjadi semakin terganggu beberapa bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

Sebelum ini media barat menyiarkan secara besar-besaran mengenai simulator milik juruterbang itu yang ada di sebuah bilik di rumahnya.

Bagaimanapun, selepas diperiksa Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendapati tiada data meragukan dan simulator Zaharie hanya sebagai hobi.

Malah kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada bukti atau data mencurigakan yang boleh mengaitkan Zaharie sebagai bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu.


Read More...

Apa Motif Israel Beli Pesawat Terpakai MAS?



Apa Motif Israel Ada Pesawat Menyerupai MH370 Ini ? | Berikut seorang wartawan dan juga penulis buku dari Amerika Syarikat yang di kenali sebagai Christopher Bollyn mendedahkan bahawa kenapa pesawat yang menyerupai MH370 ada di Israel ?

Apa Motif Israel Ada Pesawat Menyerupai MH370 Ini ?

Selain teori konspirasi yang telah melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang sangat hangat diperkatakan sebagai ‘dalang sebenar’ di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau yang lebih dikenali dengan sebuah negara ISRAEL LAKNAT ini,


Teori ini juga telah dibawakan oleh seorang wartawan dari Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn.

Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah ‘mendapat susah’ termasuk diserang dan dipenjara.

Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.

Selain Kedutaan Israel didakwa ‘cuti tanpa sebab kukuh’ pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.

Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Pesawat ‘kembar’  MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 Oktobe 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.



Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.

Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?

Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang ‘pakar keselamatan’ negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.

Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:

“What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it.” (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).

Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:

Obama should call Chinese President following today’s incident and say “we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?”
3:50 AM – 8 Mac 2014

777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.
4:15 PM – 9 Mac 2014

World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.
2:23 AM – 15 Mac 2014

777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat.
2:26 AM – 15 Mac 2014

Sejak dahulu lagi, Israel sering ‘digosipkan’ sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.

Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.

Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.

Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel.

Pada masa yang sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu jadikan Iran sebagai kambing hitam dengan  misi utama negara mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan mungkin ala 9-11 menggunakan pesawat MAS yang mungkin berlaku tidak lama lagi? Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. 


Read More...

Sunday 30 March 2014

Pesawat MH370 - Pendedahan Mengejutkan Dari Isteri Dan Anak Kapten Zahari

Menurut Daily Mail, Juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sebelum ini mengalami masalah rumah tangga, seperti yang didedahkan oleh keluarganya.

Bercakap kepada media buat kali pertamanya semenjak insiden 8 Mac itu, isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie berkata, juruterbang yang berusia 53 tahun itu terganggu sebelum kehilangan pesawat berkenaan.


Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam proses ingin menceraikan isterinya. Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling perkahwinan. Beliau banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.

Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.

Isterinya Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.

Sementara itu, Aishah Zaharie, 28, anak perempuan juruterbang berkata, dalam perbualan terakhir dengan ayahnya,

“dia bukan ayah yang saya kenali, dia seolah-olah terganggu”

Minggu yang lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga yang lain telah disoalsiasat oleh polis.

Walaupun tingkah laku Kapten Zaharie itu tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal pergolakan rumah tangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.

“Ini tidak adil untuk menyalahkan suami saya!”

Walau bagaimanapun, sepanjang soalsiasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu di bulan-bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

“Saya dapati dia menjadi jauh dan sukar untuk difahami,” katanya.

Walaupun mereka tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa bersendirian berbanding dengan keluarga.

Apabila dia tidak bertugas, Zaharie banyak meluangkan masa dengan rakan-rakannya daripada bersama dengan keluarga.

Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati dia mudah marah.

Aishah mengakui, ayahnya ada bercakap mengenai masalah hubungan dia dengan ibunya dan dia merasakan tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan. Dan ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai?

Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang-orang tua yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut.

Aishah menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya.

Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau. - DAILY MAIL

Read More...

MH370: Proses mengesan kotak hitam bermula esok

Dengan jangka hayat hanya tinggal tujuh hari operasi mengesan kotak hitam pesawat MH370 merupakan keutamaan ketika ini.

Kapal ADV Ocean Shield milik Tentera Laut Diraja Australia hari ini sedang dipasang dengan pengesan kotak hitam dari tentera laut Amerika Syarikat.


Ia terdiri daripada satu Towed Pinger Locator 25 (TPL-25) dan satu kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21.

Proses mengesan kotak hitam di kawasan  pencarian di Lautan Hindi mempunyai pelbagai cabaran termasuk faktor masa berikutan bateri penyiar akan mati selain kawasan pencarian yang terlalu luas.

ADV Ocean Shield akan berlepas dari pangkalan Tentera Laut Diraja Australia, HMAS Stirling pada Isnin bersama krew seramai sebelas orang dan akan mengambil masa tiga hari untuk tiba di kawasan pencarian.


Read More...

Belon udara panas buat pendaratan cemas

Sebuah belon udara panas melakukan pendaratan kecemasan berikutan satu kemalangan kecil yang berlaku di tapak pelancarannya di Presint 2 di Putrajaya hari ini.

Dalam kenyataannya, AKA Balloon Sdn Bhd, penganjur Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke-6, berkata belon dari Korea itu, yang dikendalikan Steve Kim, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan untuk memadam satu kebakaran kecil yang berlaku apabila ia tersangkut pada sebatang pokok pada pukul 7.45 pagi ini.


“Kebakaran itu dapat dipadamkan dalam masa seminit. Tiada kecederaan berlaku kerana belon berkenaan tidak membawa penumpang, selain krunya," kata kenyataan itu.

AKA Balloon Sdn Bhd berkata semua langkah diambil untuk menjamin keselamatan belonnya seperti yang disyaratkan pihak berkuasa kawal selia, Jabatan Penerbangan Awam dan Perbadanan Putrajaya.

“Ini akan terus menjadi amalan kami dalam acara pada masa akan datang," katanya.

Pesta itu disertai 18 belon udara panas dari seluruh dunia.

- Bernama


Read More...

PANAS - RTM SAHKAN PESAWAT MH370 DIRAMPAS

Semalam kecoh bila RTM tiba2 highlightkan isu MH370 di paparan skrin dan mengatakan pesawat MH370 disahkan telah dirampas.

Lihat ;



Menerusi saluran tv2. Ketika itu RTM TV2 sedang menyiarkan rancangan telemovie. Then kemudian berita flash terpapar di skrin tv memberitahu bahawa pesawat MH370 disahkan telah dirampas. RTM kini sedang menyiasat siapakah dalang kepada kejadian tersebut. Yang juga telah mengemparkan unit berita mereka.

Fikir.

Betul kah ini sabotaj?

Ataupun ini sebenarnya nak maklumkan kepada orang ramai apa sebenarnya yang telah berlaku? MH370 benar2 telah dirampas?

Respon TV2 ;



Fikir lagi.

1. Ini kan unit berita beb.

2. Bukan boleh suka2 siarkan berita melulu.

3. Mestilah orang2 dalam RTM juga yang punya kerja.

4. Persoalannya kalau berita ini tidak disahkan kenapa ia boleh dilepaskan untuk siaran?

5. Kalau berita ini kerja seorang individu apa pula niat tersembunyik dia?

6. Betul kah ini sekadar sabotaj untuk burukkan imej RTM?

7. Ataupun ini adalah kebenaran yang cuba disembunyikan oleh pihak kerajaan Malaysia?

8. Oleh kerana RTM pun memang secara langsung ada kaitan dengan kementerian2 kita sebab salah satu agensi kerajaan maka apakah tiada kemungkinan orang2 kerajaan mendapat maklumat2 sulit yang diarahkan untuk dirahsiakan dari pengetahuan umum?

9. Mungkin RTM ada dapat tahu apa2 perkembangan berkaitan MH370 tetapi bukan semua perkara mereka boleh siarkan?

Lue fikirlah sendiri.

Aku semacam pelik. Takan la boleh slumber aje siarkan flash berita sebarangan kan. Sapa masuk bilik mana, siapa akses komputer dan sebagainya semua orang boleh alert dan tahu memandangkan station tv sentiasa ada orang siang malam..

HAHAHA..

Rujukan facebook tv2 : https://www.facebook.com/tv2.rtm?filter=1


SUMBER : RTM Sahkah Pesawat #MH370 Dirampas


Read More...

Nama Pak Lah teratas, diawasi ejen keselamatan Amerika, lapor akhbar Jerman

Dokumen rahsia yang didedahkan oleh media Jerman, Der Spiegel menunjukkan nama bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada di atas sekali dalam senarai yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Amerika Syarikat.

Senarai itu dikumpulkan pada 2009 dan mengandungi 122 nama pemimpin dunia, bermula dengan Abdullah dan berakhir dengan bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko kerana ia disusun mengikut abjad.


Pemimpin lain termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.

Menurut akhbar itu, dokumen itu tidak memberikan maklumat yang cukup untuk menentukan bentuk pengawasan, manakala NSA pula tidak memberikan sebarang komen mengenainya.

Laporan Spiegel yang disiarkan pada Sabtu menyatakan bekas ejen CIA, Edward Snowden adalah sumber kepada dokumen rahsia tersebut.

Menurut Snowden, hanya 12 nama yang dikongsikan dengan Spiegel, termasuk Merkel, dan pada tahun lalu, telefon bimbit pemimpin Jerman itu turut dirakam oleh NSA.

Akhbar itu juga melaporkan, agensi keselamatan British, Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ)  menceroboh masuk firma internet Jerman dan arahan mahkamah diperolehi oleh NSA untuk mengintip Jerman.

Pendedahan baharu ini dibuat selepas kira-kira sebulan Putrajaya memanggil diplomat Amerika dan Australia di Kuala Lumpur atas dakwaan  terlibat dengan rangkaian perisikan yang diketuai Amerika di Asia, termasuk China dan Indonesia.

Berdasarkan pendedahan Snowden, laporan meluas dibuat menyatakan Kedutaan Australia di Asia  digunakan untuk merakam panggilan telefon dan data.

Sebelum ini, Der Spiegel menyiarkan peta bertarikh Ogos 2010, yang menunjukkan kehadiran 90 kemudahan perisikan elektronik di seluruh dunia, termasuk di Kedutaan Amerika di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Snowden mendakwa, Singapura membantu aktiviti perisikan ini, dengan menggambarkan negeri itu sebagai pihak ketiga yang utama memberikan laluan kepada sistem komunikasi Malaysia.

Snowden adalah pusat kepada pendedahan 200,000 dokumen yang menunjukkan pencerobohan Amerika ke seluruh dunia, antaranya menunjukkan Washington menjalankan stesen pengawasan di kedutaannya di Kuala Lumpur bagi merakam dan mengawasi telefon dan rangkaian komunikasi.

Ketika Pak Lah menjadi perdana menteri, keluarganya dikaitkan dengan skandal minyak untuk makanan di Iran di samping syarikat Scomi yang dipimpin oleh anaknya dikaitkan dengan pakar nuklear Pakistan.

Kerajaan beliau juga tidak stabil ekoran serangan bertalu-talu daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – tmi


Read More...

Kenapa Musa Ingat Tapi Mahathir Tak Ingat?

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab dakwaan bekas timbalannya, Musa Hitam bahawa beliau berada di dalam negara dan bukannya di China ketika peristiwa Memali yang mengorbankan 14 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain pada tahun 1985 itu berlaku.

Bagaimanapun jawapan Mahathir ialah, "pasal perkara ini sudah berlaku begitu lama, saya kena semak baliklah apa yang dia kata betul atau tidak".


Memandangkan perkara itu sudah berlaku hampir 30 tahun lalu, maka Mahathir sudah tidak ingat lagi di mana beliau berada ketika itu dan memerlukan sedikit masa, barangkali untuk menyemak kembali diari lamanya.

Jawapan Mahathir ini bermakna kebenaran masih tergantung sehingga beliau menyemak dan memastikan di mana beliau berada ketika peristiwa Memali itu terjadi.

Bagaimanapun haruslah diakui bahawa peristiwa Memali adalah peristiwa besar yang sukar dilupakan oleh rakyat negara ini dan tentunya juga menjadi topik perbincangan di dalam mesyuarat kabinet atau di kalangan jemaah menteri ketika itu. Sekaligus jawapan Mahathir yang tidak dapat mengingati di mana beliau berada agak sedikit mengecewakan bagi sesetengah orang.

Bagaimanakah Musa Hitam masih mengingati bahawa ketika itu Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini?

Malah Musa Hitam juga mengingati bahawa dua tiga hari selepas kejadian Memali pun Mahathir masih berada di dalam negara?

Ada pula yang berkata, Musa Hitam tidak mungkin berkata sesuatu yang beliau tidak pasti kerana dakwaannya bahawa Mahathir berada di dalam negara jika didapati tidak benar, akan membunuh reputasinya sendiri?

Betulkah Mahathir tidak ingat di mana beliau berada ketika itu? Jika benar beliau berada di China ketika peritiwa Memali yang menggemparkan negara itu, logikkah beliau sudah lupa mengenainya?

Jika benar Mahathir berada di dalam negara pula, benarkah juga beliau sudah lupa tentangnya?

Sementara kebenaran yang sebenarnya diharap akan diketahui tidak lama lagi, rakyat mula berteka-teki - siapakah yang sebenarnya berbohong antara dua Tun ini? (SH 29/03/2014)

Shahbudin Husin



Read More...

Saturday 29 March 2014

Muhyiddin Bangga BN Menang Di Balingan

MUKAH - Kemenangan besar Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Balingian merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan itu juga menunjukkan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Balingian mahukan Barisan Nasional untuk terus membela nasib mereka.


"(Kemenangan) ini merupakan petanda cukup positif tentang pengharapan rakyat di Balingian dan tanda sokongan rakyat Sarawak kepada Barisan Nasional," katanya selepas pengumuman keputusan PRK Balingian di Dewan Suarah Mesra Mukah di sini malam ini.

Dalam PRK itu, calon Barisan Nasional, Yussibnosh Balo, menewaskan calon PKR Abdul Jalil Bujang dengan majoriti 6,911 undi.

Yussibnosh, 48 memperoleh 8,194 undi sementara Abdul Jalil, 55, hanya mendapat 1,283 undi.

Muhyiddin berkata kemenangan ini juga begitu signifikan kerana BN berjaya mencatat majoriti terbesar di kawasan itu berbanding dengan pencapaian dalam pilihan raya-pilihan raya sebelum ini.

Dalam pilihan raya negeri lepas, BN menang menerusi bekas Ketua Menteri Sarawak dan kini Yang Dipertua Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan memperoleh majoriti 5,154 undi.

Menurutnya kemenangan ini juga merupakan satu amanah besar kepada kerajaan Barisan Nasional dan beliau memberi jaminan segala yang telah dijanjikan semasa PRK Balingian ini akan dilaksanakan.

Sementara itu, Adenan berkata kejayaan BN menang di semua 21 daerah mengundidi Balingian termasuk dalam kawasan majoriti Cina menunjukkan penerimaan lebih baik rakyat.

"Masyarakat Cina telah bersuara. Kita pernah kalah di (kawasan) bandar Mukah dan kali ini berubah haluan pula.

"Kita bukan sahaja meningkatkan jumlahmajoriti undi tetapi kita menang buat kali pertama di kawasan bandar," katanya. - Bernama

Read More...

Misteri Lautan Hindi Yang Jarang Diketahui

PUTRAJAYA – Operasi mencari badan dan kotak hitam pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi lebih kompleks kerana kawasan itu amat jarang dikaji dari segi topografinya.

Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, ini kerana, kawasan itu tidak mempunyai kepentingan ekonomi dan komersil.“Di selatan Lautan Hindi, tidak ada kepentingan ekonomi seperti hasil minyak atau laluan kapal dagang.


“Jika ada laluan kapal dagang di situ, sudah tentu lokasi itu diketahui. Maklumat sedia ada ini adalah hasil kajian oseanografi secara meluas yang menyatakan kedalaman laut sekitar 2,000 hingga 3,000 meter. Itu hanya maklumat asas saja,” katanya ketika ditemui di Program Dialog MPN bersama Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai kesukaran mencari badan dan kotak hitam pesawat MAS, yang hilang 8 Mac lalu.

Ibrahim berkata, topografi laut seperti Lautan Hindi adalah sama dengan topografi di darat yang mempunyai banjaran gunung dan lurah kedalaman tinggi.“Kita tidak boleh bayangkan apa ada di sana kerana tiada data mengenainya,” katanya.

Ditanya mengenai peralatan sesuai untuk mencari kotak hitam pesawat sekiranya ia tertimbus di dasar laut Lautan Hindi, Ibrahim berkata, pencarian akan jadi lebih sukar melainkan lokasi sebenar diketahui.

Menurutnya, kapal selam dikendalikan manusia atau kapal selam robotik boleh digunakan untuk mencari kotak hitam itu di dasar laut dengan menggunakan teknologi tertentu untuk mengesannya sedalam 2,000 hingga 3,000 meter.“Kalau lokasinya tidak diketahui, susah hendak cari sebab dalam laut gelap dan topografinya tidak rata.

Mengulas mengenai 122 objek dikesan satelit dirakam Airbus Defence and Space pada 23 Mac lalu, Ibrahim berkata, petunjuk baharu itu kemungkinan adalah badan sebuah pesawat seperti MH370 sekiranya tiada sebarang kemalangan di sekitar kawasan tersebut.

“Bagaimanapun, ia tak dapat dipastikan selagi tiada bukti sahih diperoleh,” katanya



Read More...

Cari pemilik Toyota Vios biadab buang Yasin

KEMAMAN – Seorang pemandu kereta yang dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu bertindak biadab kerana dipercayai membuang beberapa naskhah surah Yasin, kelmarin.

Perbuatan pemandu yang menaiki kereta jenis Toyota Vios berwarna merah jambu itu dilihat seorang jurutera dari sebuah syarikat di Kerteh yang juga dalam perjalanan ke arah Kuala Terengganu bersama keluarganya.


Ketika dalam perjalanan, jurutera berusia 29 tahun itu terkejut apabila ternampak senaskhah surah Yassin di tepi jalan di Kilometer 114 Jalan Kuala Terengganu-Kerteh pada jam 6.15 petang sebelum bertindak memberhentikan kenderaan dan mengambil surah Yasin itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, pengadu tersebut kemudian meneruskan perjalanan dan setibanya di stesen minyak Petronas Paka di Dungun, dia ternampak sebuah Toyota Vios membuang sesuatu di tepi jalan dalam jarak tiga kenderaan dari keretanya.

Menurutnya, pengadu memperlahankan keretanya dan mendapati barang yang dibuang itu adalah surah Yasin, namun pengadu tidak dapat memberhentikan keretanya berikutan jalan sesak.

“Ketika tiba di Kampung Nyior, Paka, sekali lagi pengadu lihat pemandu kereta Vios itu membuang sesuatu dari keretanya, jadi pengadu memberhentikan keretanya di tepi jalan dan mendapati barang itu adalah tiga surah Yasin.

“Pengadu kemudian membuat laporan di Balai Polis Dungun,” katanya.

Selain pengadu, polis juga menerima aduan pada jam 7.30 petang daripada orang awam di Kuala Dungun yang turut melihat kereta sama membuang surah Yasin di tepi jalan.

Beliau berkata, hasil semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta tersebut didaftarkan atas nama seorang bekas tentera yang beralamat di Jasin, Melaka.

“Selepas dihubungi, penama berkenaan mengaku kereta itu miliknya, namun ditarik bank Kuala Lumpur dua tahun lalu dan rakannya telah membayar tunggakan bank.

“Jadi kereta itu dijual atau diserah kepada rakannya secara sambung bayar ansuran sehingga sekarang tanpa tukar hak milik,” katanya.

Sehubungan itu, Che Suza berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemilik semasa kereta terbabit untuk membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.


Read More...

PANAS - Interpol Sanggah Kenyataan Zahid Hamidi Tentang Pasport Curi

Pemeriksaan pasport tidak 'terlalu rumit'

5.30 pagi: Reuters - Agensi polis antarabangsa, Interpol, semalam menolak tanggapan Malaysia bahawa pangkalan datanya untuk menyemak pasport adalah terlalu rumit.

Interpol berkata walaupun beberapa negara lain menggunakan pangkalan data itu berjuta kali setiap tahun, tetapi Jabatan Imigresen Malaysia tidak memeriksa pasport penumpang pesawat dengan pangkalan data agensi itu sepanjang tahun ini sebelum kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac.


Kenyataan agensi itu dibuat ekoran komen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi di Parlimen Rabu lalu bahawa bebanan pangkalan data Interpol memperlahan pemeriksaan imigresen.

Zahid berkata pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

Akhbar Malay Mail Online memetik Zahid sebagai berkata tambahan pula, maklumat Interpol mengenai pasport yang hilang, boleh melambatkan proses pemeriksaan imigresen di kaunter.

Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis berkata, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu proses itu terlalu perlahan, katanya.

"Keputusan Malaysia tidak merujuk kepada pangkalan data Dokumen Perjalanan Hilang (SLTD) Interpol sebelum membenarkan pelancong memasuki negara atau menaiki pesawat, tidak boleh dipertahankan dengan menyalahkan teknologi atau Interpol. Jika ada sebarang tanggungjawab atau untuk dipersalahkan atas kegagalan ini, ianya adalah Jabatan Imigresen Malaysia," katanya.

Dua penumpang yang menggunakan pasport Austria dan Itali yang dicuri dapat menaiki pesawat tersebut yang hilang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac. - mkini


Read More...

FBI - Tiada Bukti Kaitkan Kehilangan Pesawat Dengan Pilot


MH370 – Tiada bukti kaitkan juruterbang – FBI


Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) tidak menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan juruterbang MH370 dengan kehilangan pesawat itu, lapor New York Times.

Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasatnya selepas FBI menyiasat cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia.

Menurut jurucakap FBI Michael Kortan, buat masa ini biro berkenaan tidak akan berkongsi maklumat kerana siasatan lanjut masih dijalankan.

Walaupun pasukan penyiasat tertumpu kepada juruterbang pesawat MH370, namun tiada bukti menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370.

Seorang bekas pegawai penguatkuasa undang-undang kanan berkata, sekalipun maklumat dari cakera keras milik juruterbang MH370 yang diperolehi FBI mungkin sedikit, namun informasi sedemikian mungkin dapat membantu kerajaan Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan MH370. – MyNewsHub

Read More...

Friday 28 March 2014

Dera Anak - Pasangan Malaysia Di Penjara Antara 10 Hingga 14 Bulan Di Sweden



KUALA LUMPUR - Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal kerana mendera anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwarm Rahmat, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil Sukaguam yang hadir di mahkamah ketika prosiding jatuh hukum terhadap pasangan berkenaan pada kira-kira 6 petang (waktu di Stockholm 11 pagi).

Khairul berkata pasangan itu berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun dan berdasarkan perkembangan terkini, mereka dijangka bebas hujung tahun ini.

Kedua-duanya ditahan reman sejak 18 Disember lepas.

Beliau berkata Sukaguam akan menasihati anggota keluarga serta kerajaan Malaysia untuk mengemukakan rayuan.

Khairul berkata di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati mempunyai tempoh tiga minggu untuk memfailkan rayuan.

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di Spånga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dan suaminya ditahan reman selepas memukul tangan seorang anak mereka kerana tidak bersolat.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden kerana kes itu, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm pada 30 Januari lepas.

Kesemua anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh bapa dan emak saudara mereka di Kelantan.

Sementara itu, mengikut kenyataan akhbar yang dimuat naik ke laman sesawang Mahkamah Daerah, Hakim Mattias Moller dipetik sebagai berkata Shalwati didapati bersalah mencabuli integriti anak perempuan dan anak lelaki sulungnya selain mendera dua lagi adik lelaki mereka.

Azizul pula didapati bersalah mencabuli integriti anak lelaki sulungnya dan mendera anak perempuan serta anak lelaki kedua.

Bagaimanapun, dia dibebaskan daripada sebarang pertuduhan berkaitan anak bongsunya.

Pasangan itu juga diarah membayar ganti rugi kepada anak-anak mereka berdasarkan sabitan mahkamah.

Menurut kenyataan itu lagi, Moller berkata keganasan yang dilakukan pasangan itu secara relatif adalah kecil namun pertuduhan terhadap mereka membaitkan perlakuan keganasan yang sistematik dan berulang.

"Kebanyakan keganasan itu dilakukan dengan tangan namun sebatang rotan dan penyangkut baju turut digunakan," katanya.

Mahkamah itu turut memutuskan bahawa keterangan anak-anak pasangan itu boleh dipercayai dan tiada bukti yang menunjukkan mereka ingin mendatangkan mudarat kepada ibu bapa mereka dengan mereka maklumat tidak benar serta menyerahkannya kepada polis.

Moller juga berkata meskipun tiada sokongan dalam bentuk pemerhatian perubatan, butiran yang diberikan kanak-kanak berkenaan disahkan oleh keterangan saksi pendakwaan berdasarkan apa yang diberitahu anak-anak pasangan itu kepada mereka. - Bernama


Read More...

Umno Kata Lynas Tak Bahaya.. Tapi Kenapa Tutup Jalan Siap Pakai Pakaian Khas Lagi?

LORI BAWA SISA NADIR BUMI LYNAS TERBALIK DI PAHANG

Kalau sisa nadir bumi tak bahaya kepada alam sekitar dan manusia, kenapa perlu ditutup jalan dan kakitangan bertugas berpakaian macam allien lagi?? Kahkahkah..




PETALING JAYA 22 Mac - Kerajaan tidak akan membenarkan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang beroperasi sekiranya bukti saintifik menunjukkan ia boleh membahayakan kesihatan manusia serta alam sekitar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana dalam apa jua keadaan, isu berkaitan keselamatan serta kesihatan rakyat tidak boleh dikompromi dan sentiasa berada pada kedudukan paling utama.

Atas asas itu juga katanya, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) bagi membolehkan sesi dialog dijalankan dengan pihak berkepentingan termasuk mendapatkan apa-apa bukti saintifik dan teknikal berkaitan dengan projek tersebut.

"Kita perlu berdialog dengan semua pihak terlibat sama ada di kalangan penduduk mahupun pihak-pihak yang menentang projek ini. Kita juga perlu mengetahui apa bukti saintifik dan teknikal yang menentang Lynas.

"Walau apa pun saya memberi jaminan kepada semua pihak, kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia," katanya ketika ditemu bual di stesen radio 988 FM dalam segmen 988 Street VIP di sini hari ini.

Isu Lynas kembali menjadi perhatian masyarakat apabila kerajaan bersetuju menubuhkan PSC dan kemudian diluluskan penubuhannya di Dewan Rakyat, kelmarin.

Tugas utama PSC adalah untuk meneliti isu-isu yang menjadi perhatian awam serta standard keselamatan bagi projek kilang nadir bumi tersebut.

Isu mengenai Lynas mula tercetus apabila pihak pembangkang mendakwa operasi kilang tersebut boleh mengancam kesihatan penduduk serta alam sekitar.

Najib berkata, seperti dinyatakan sebelum ini sekiranya terdapat bukti kukuh bahawa operasi kilang Lynas boleh membahayakan kesihatan rakyat dan alam sekitar, kilang nadir bumi itu tidak akan dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun tegas beliau, apa jua isu berkaitan Lynas tidak harus dibincangkan secara emosi apatah lagi jika ia menjadi bahan politik.

"Isu Lynas ini sememangnya mempunyai kecenderungan untuk digunakan sebagai objektif politik dan inilah yang berlaku sekarang. Sebab itu kita memerlukan satu dialog dengan pelbagai pihak sebelum kerajaan membuat keputusan akhir. Kita tidak mahu soal alam sekitar seperti ini menjadi bahan politik," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Najib berkata, selain untuk mengetahui bukti saintifik dan teknikal, penubuhan PSC juga membolehkan kerajaan mengetahui pelbagai cadangan serta pandangan daripada rakyat.

Sumber - Arkib Utusan Malaysia




Read More...

Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali

Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.


Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.

Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.

Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."

Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.

"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.

Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.

Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.

Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.

"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.

Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.

Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.

Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.

Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.

PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – tmi

Read More...

PANAS - Penumpang MH370 Hantar Mesej Minta Tolong Dari Diego Garcia?


Saya terbaca satu artikel berkenaan dengan masej oleh Philip Wood seorang warga US yang dalam perjalanan ke Beijing menggunakan MH370. Saya tak pasti kesahihan maklumat dan artikel ini, tetapi rasa dalam keadaan kita misteri dengan kehilangan MH370 dengan pelbagai teori ada baiknya artikel ini dikongsikan bersama.

Antaranya masej berbunyi

"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly."

Baca seterusnya SINI

Read More...

Satelit Jepun Jumpa Pesawat MH370?



SHAH ALAM - Satelit Jepun dilaporkan mengesan imej hampir 10 objek terapung di 2,500km di barat daya perairan Perth, semalam.

Memetik laporan sebuah media tempatan, imej satelit tersebut mungkin berkaitan dengan MH370.

Pejabat Penyelidikan dan Risikan Kabinet Jepun berkata, 10 objek dikesan daripada imej satelit yang dirakam semalam.

Objek itu terapung di kawasan berhampiran lokasi objek lain yang dikesan Australia, Perancis, China dan Thailand sebelum ini.

Berdasarkan imej satelit yang dirakam awal pagi semalam, objek terbesar bersaiz empat meter lebar dan lapan meter panjang.

Bagaimanapun, pengesahan kaitan antara objek itu dan MH370 masih belum diumum.

Sebelum ini, rakaman daripada imej satelit Thailand Isnin lalu mengesan 300 objek kira-kira 2,700 kilometer di barat daya Perth, menurut Agensi Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik.

Sementara itu, 122 objek dikenal pasti Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) berdasarkan imej satelit daripada Airbus Defence and Space yang dirakam pada 23 Mac.

Namun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum dapat menemui sebarang serpihan tersebut di selatan Lautan Hindi, setakat ini.

Read More...

Rusia Tutup Ruang Udara - Dunia Kini Diambang Perang Dunia Ke-3

BERLIN - JERMAN. Pesawat Air France membawa 495 penumpang dan 22 anak kapal dari Shanghai ke Paris terpaksa membuat pusingan balik selepas Rusia menutup ruang udara untuk latihan ketenteraan.

Menurut laporan ABC, kelmarin, Penerbangan AF111 terpaksa mendarat di Hamburg, Jerman untuk mengisi minyak kerana bahan api pesawat tidak mencukupi bagi menamatkan penerbangan selepas melakukan pusingan balik secara tiba-tiba.


"Penutupan ruang udara tidak dimaklumkan terlebih dahulu hingga menyebabkan puluhan penerbangan terpaksa berpatah balik," menurut jurucakap syarikat, Ulli Gendrot.

Ada juga mendakwa, perkara itu mempunyai kaitan dengan peningkatan aktiviti ketenteraan Rusia di barat Ukraine.

Sementara itu, Amerika Syarikat kini juga mula meningkatkan latihan ketenteraan dengan lebih 10,000 tentera menyertai latihan pendaratan amfibia terbesar di Korea Selatan dengan kod nama Ssang Yong selepas Korea Utara melepaskan beberapa ujian peluru berpandu balistik baru-baru ini.


Read More...

Derita Isteri Seorang VIP Gila

AYER KEROH - Menjadi isteri orang kenamaan atau VIP tidak menjanjikan kebahagiaan. Itu dihadapi seorang wanita di sini apabila kini berdepan trauma selepas didera secara mental oleh lelaki yang dikahwini sejak 14 tahun lalu.

Malah, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 37, turut memberitahu, dia sering dimaki hamun oleh suaminya yang berstatus Datuk  berusia 63 tahun itu.


Menurutnya, keadaan itu sudah berlarutan hampir 10 tahun dan merasakan hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman, sekali gus menuntut agar suami menceraikannya secara baik menerusi proses mahkamah.

Lisa berkata, suaminya sering melontarkan kata-kata kesat terhadapnya serta sanggup mengatakan dirinya sebagai 'perempuan sial', 'bodoh' dan pernah mengugut untuk menghantarnya ke hospital mental gara-gara dirinya cuba membunuh diri.

“Saya tidak tahan lagi dan pernah suatu hari dia menggunting rambut saya secara paksa hanya kerana marah saya berkawan dengan orang luar kerana kebetulan saya memang aktif berpuisi di radio.

“Dia juga turut menyekat saya untuk berhubung dengan keluarga termasuk ibu bapa saya sendiri, malah pernah menghalau saya dari rumah.

"Paling tidak tahan, dia pernah mencabul pembantu rumah saya,” katanya yang mengadukan masalah itu di Pejabat Pembela BN Melaka, dekat sini, semalam.

Lisa berkata, hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima anak berusia dari 14 hingga tujuh tahun.

“Saya kesal berkahwin dengannya sebab dia tidak meletakkan kedudukan seorang isteri di tempat yang betul dan sekarang saya serta anak-anak sudah enam bulan tidak tinggal bersamanya.

“Setakat ini sudah 29 kali saya menuntut cerai dengannya dan masuk kali ini barulah saya memfailkan tuntutan fasakh,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Guaman Pembela BN, Mohd Adly Ithnin berkata, di dalam kes terbabit, masing-masing tidak lagi boleh meneruskan perkahwinan dan membuatkan penangguhan tuntutan berkaitan seperti tuntutan harta serta nafkah anak-anak.

“Kes ini boleh diselesaikan secara baik sekiranya si suami bersetuju perkara berkaitan harta diselesaikan dengan mahkamah yang lain, bukannya di dalam bab fasakh.

“Isu menjadi rumit sebab pihak suami cuba memasukkan semua perkara ke dalam satu,” katanya.


Read More...

Thursday 27 March 2014

Lawak Komedi Dari Zahid Komidi..



Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak permohonan permit akhbar Malaysiakini dan FZ Daily atas alasan mahu mengawal jumlah akhbar.

Ia juga, menurut KDN, agar orang ramai tidak dikelirukan dengan berita yang terlalu banyak.

"Penolakan permohonan surat khabar umum bertajuk FZ Daily dan Malaysiakini merupakan langkah awal dalam mengawal lambakan penerbitan surat khabar umum yang berkemungkinan boleh mengelirukan orang ramai sekiranya terlalu banyak berita disiarkan oleh pelbagai surat khabar," menurut KDN.

Kementerian memberi jawapan itu ketika menjawab soalan bertulis MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul di Parlimen.

"Ia dilihat cenderung untuk menerbitkan berita-berita sensasi dan kontroversi untuk menarik perhatian pembaca," jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu dipetik.

Dalam jawapan sama, KDN turut menjelaskan yang permit lidah rasmi PKR, Suara Keadilan pula ditolak kerana kandungannya melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984".

Pada 1 Oktober 2012, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan menteri yang menolak permohonan permit Malaysiakini.

Keputusan itu kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober 2013.


Read More...

TERKINI - Papagomo Diperintah Bayar Saman Fitnah RM300,000



PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM500,000 kepada RM300,000 untuk dibayar Wan Muhammad Azri Wan Deris kepada seorang ahli perniagaan berhubung artikel berunsur fitnah yang dimuatkan dalam blognya dikenali sebagai Papagomo.

Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan panel tiga hakim membenarkan sebahagian daripada rayuan Wan Muhammad Azri mengenai jumlah ganti rugi tetapi menolak rayuannya tentang liabiliti.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dengan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Wan Muhammad Azri disabitkan memfitnah Abdul Razak Mohd Noor.

Pada 13 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur mengenal pasti   Wan Muhammad Azri sebagai blogger Papagomo dan memerintahkan dia (Papagomo) membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am dan RM300,000 sebagai ganti rugi teladan kepada Abdul Razak.

Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 sebagai ganti rugi am kepada Abdul Razak tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi teladan kepada RM100,000.

Hakim Ariff juga memerintahkan Wan Muhammad Azri, 31, membayar RM15,000 sebagai kos perundangan kepada Abdul Razak.

Abdul Razak, 60, menyaman Wan Muhammad Azri, menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi berhubung artikel berunsur fitnah dimuatkan dalam blognya pada 11 Disember, yang secara tersirat membawa maksud beliau (Abdul Razak) seorang penipu yang memperoleh jutaan ringgit melalui kontrak pada Sukan Komanwel.

Wan Muhammad Azri diwakili oleh peguam Mohd Arief Emran Arifin dan Wan Muhammad Amin Wan Yahya sementara Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto. – Bernama


Read More...

Objek DiPercayai Dari Sebuah Pesawat Hanyut Di Pantai Maldives !



Di atas saya prinskrin tajuk artikel terbaru di portal HaveeruOnline( ingat lagi berita penduduk Maldives yang mendakwa melihat kelibat sebuah jumbo jet berwarna putih dengan garisan merah yang terbang rendah dan mengeluarkan bunyi bising minggu lepas ? )

Dilaporkan satu objek yang dipercayai sebuah 'fire suppression bottle' dari sebuah pesawat telah dihanyutkan ombak ke pantai berdekatan Baarah di Haa Alif Atoll, Maldives.

Saya cek dalam google dan dapat imej ini bagi apa yang dirujuk sebagai - There is a wheel-well fire detection system but although the engine fire bottles are located in the wheel-well, there is no extinguishing system for a wheel-well fire  bagi pesawat Boeing 737.





Lebihkurang sama jer dengan objek yang hanyut tu .....

TAPI ini tidak membuktikan apa-apa, ok. Walaupun tidak ada laporan mengenai 'probe' pihak Polis Maldives keatas dakwaan penduduk tempohari, pihak tentera Maldives sudahpun keluarkan kenyataan resmi yang MH370 tidak dikesan pada radar mereka.

DAN kerajaan Malaysia juga sudah mengakhirkan penerbangan MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi ...... DAN besar kemungkinan objek di atas datang dari pesawat Boeing ( mungkin ) lain. Banyak pesawat terbang di Maldives !

Sekadar berkongsi maklumat dunia jer ...



- dinturtle

Read More...

Mayat tanpa kepala dipercayai remaja hilang



KUANTAN - Mayat tanpa kepala yang ditemui di Pantai Batu 6 Janglau dekat Rompin semalam dipercayai remaja yang dilaporkan hilang semasa memancing bersama bapanya pada 16 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Johari Yahaya berkata mangsa, Muhd Ikhmal Danial Mohamad, 17, beralamat di Taman Inderapura di sini, dan tidak lagi bersekolah.

Katanya mengikut laporan polis yang dibuat bapanya, Mohamad Isa, 40-an, pada hari kejadian, dia dan mangsa keluar memukat ikan dengan sebuah bot bersama tiga lagi rakannya di perairan Chukai, Kemaman.

Johari berkata ketika sedang memukat ikan di kawasan perairan itu, mangsa yang berada di dalam bot tiba-tiba terjatuh ke dalam laut.

"Mohamad bersama tiga rakannya itu cuba mencari dan menyelamatkan mangsa namun gagal lalu bergegas membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pengecaman setakat ini berdasarkan pada baju yang dipakai mangsa dan tulisan namanya pada belakang baju dengan pen marker.

"Polis juga sudah memaklumkan kepada keluarganya dan mayat akan dituntut pada hari ini bagi urusan pengebumian," katanya.

Mayat tanpa kepala itu ditemui terdampar di tepi pantai terbabit oleh dua nelayan yang sedang mengutip botol kira-kira 8 pagi semalam. - Bernama



Read More...

Pas Yakin Pesawat MH370 Dirampas

YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.


“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.

“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.

“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya.

Read More...

Juruterbang Air Asia X Digantung Tugas Selepas Komen MH370 Di Facebook


PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan Air Asia X telah digantung tugas selepas menghantar satu mesej awam di Facebook yang menafikan pesawat MH370 telah terhempas dan menunjukkan bahawa kerajaan telah menyembunyikan maklumat mengenai pesawat itu.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengesahkan penggantungan itu lewat malam Selasa melalui Twitter, menyatakan bahawa penggantungan itu dibuat sementara menunggu siasatan terhadap pegawai berkenaan telah melanggar dasar syarikat.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Azran Osman Rani memberi jawapan penjelasan kepada Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan yang memberi komen terhadap 'post' Fernandes bahawa penggantungan itu diberikan bukan kerana dasar syarikat tetapi sebagai 'arahan khusus' berdasarkan sensitiviti persekitaran mengenai penerbangan MH370


Read More...

Kassim Ahmad didakwa di mahkamah pagi ini


Read More...

Sentimen Anti-Malaysia Memuncak Di China

Sentimen anti-Malaysia semakin membara di China apabila selebriti China secara terbuka menyeru rakyat China memboikot khidmat Malaysia Airlines dan barangan buatan Malaysia. 

Kebencian rakyat China terutama dari ahli keluarga penumpang nahas tersebut semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi oleh PM Najib Tun Razak pada malam Isnin lalu.


Chen Kun, salah seorang pelakon yang paling popular di China dengan mempunyai 72 juta pengikut, mengecam kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines kerana menjadi "badut yang berbohong dan berdusta." Seruannya untuk pemboikotan disalin-hantar lebih daripada 65,000 kali di Weibo, sebuah platform microblogging ala-Twitter di China. 

"Saya tidak pernah ke Malaysia, dan saya tidak akan merancang untuk pergi ke sana lagi," Meng Fei, kata seorang pengacara di dalam satu rancangan TV yang paling popular di China, yang telah menulis di Weibo, menyeru orang lain untuk memberi komen jika mereka merasakan hal yang sama. Lebih 120,000 pengguna menyahut seruannya.

Sementara itu beberapa pengguna media sosial yang lain, sekalipun dengan pengikut yang tak seramai selebriti terkenal tadi, telah membuat seruan yang serupa supaya menghukum Malaysia berhubung perkara itu. 

Susulan seruan pemboikotan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara China telah dipandang serong dan dimaki hamun dnegan dasyat, lapor Mymediahub.

Apapun, rakyat China tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka. 

Dato Lee Chong Wei, Tan Sri Michelle Yeoh, Sheila Amzah dan beberapa lagi selebriti Malaysia yang lain telah dihina dan diminta keluar dari negara China.

Shila Amzah yang kini sedang bertanding dalam program I Am A Singer tidak terlepas untuk menerima kecaman hebat dari mereka. 

Buktinya, di Weibo.com juga, telah dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Shila Amzah dari bertanding di dalam program tersebut. 

Di sebalik komen-komen negatif yang diterima Shila, ada juga peminat china yang menyokongnya dan meminta peminat lain berfikir secara rasional dan tidak mengaitkan nama penyanyi itu dengan tragedi pesawat MH370. 

Sementara itu di Kuala Lumpur, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi media cetak bahasa Cina yang didakwa cuba bermain sentimen hingga membangkitkan kemarahan kepada saudara-mara mangsa bangsa tersebut berhubung isu tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. 

Beliau berkata akhbar berbahasa Cina di negara ini dilihat terlalu memanipulasikan insiden MH370 sehingga menyebabkan ahli keluarga mangsa terutama di Beijing menjadi berang dengan kerajaan Malaysia. 

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menggesa kerajaan meminta maaf kepada keluarga penumpang warga China yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan semakin marah dengan tindakan pasukan penyiasat diketuai Malaysia dan Malaysia Airlines. 

Menurut Khalid, kerajaan dan pemangky Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mencontohi kerajaan China yang telahpun meminta maaf atas kegagalan mencari pesawat tersebut. 

Seramai dua pertiga daripada 239 orang dalam pesawat dalam perjalanan Kuala Lumpur – Beijing itu merupakan penumpang warga Cina, katanya. 

"China juga dah akui kegagalan mereka dan meminta maaf. Malaysia juga harus meminta maaf," kata Khalid pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini. 

Kumpulan anggota keluarga penumpang itu kelmarin telah berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia untuk menyatakan bantahan ke atas tindakan Malaysia dan Malaysia Airlines. 


Read More...

Dan kenapa perlu PM umumkan kesedihan itu terlalu awal? Luahan adik mangsa MH370

Tulisan luahan hati Muhammad Fairuz Hamid, adik pasangan mangsa pesawat ‪MH370‬, Razahan Raz dan Norli Akmar Hamid.

Minta maaf pd semua. Doa dan prhatian dri anda smua amat kami hrgai..bagi kami ini masih blum penamatnya. Kami tak terus terima bulat2 dengan berita terbaru ini. Ya, mungkin jejak terakhir pesawat MH370 adalah di “situ”..di “sini”..Namun, kami belum menerima berita mengatakan semua penumpang dan krew telah terkorban.

Sekarang ini, ia terus menjadi andaian bahawa “semua krew dah penumpang terkorban”. Pencarian masih belum berakhir dan bagi kami kenyataan ini sangat melukakan hati kami semua yg terlibat.


Kami menerima ucapan takziah daripada semua pihak, tapi kami masih tidak putus asa hingga sekarang. Kami hanya tunggu jawapan yg betul2 muktamad, dan bagi kami hanya Allah S.W.T yg mampu memberikan jawapan tersebut. Dan setelah jawapan muktamad tersebut diperolehi, baru kami akan terima dengan pasrah. Kami redha dengan ketentuanNya.

Sekarang, kami akan terus berdoa dan tidak akan berputus asa. Masih ada perkara yg perlu kami tekankan disini :

1) Kotak Hitam (black box) – Tidak dijumpai
2) Bangkai pesawat – Tidak dijumpai
3) Perkara yg disahkan banyak kali “Pesawat dikesan di Lautan Hindi” “Pesawat dikesan di LCS” “Pesawat di Lautan Andaman” dll..
4) Perkara yg menjadi spekulasi byk kali – “pesawat ditembak jatuh” “pesawat terhempas” “pesawat meletup diudara” “pesawat dihijack dan disorok”
5) Negara itu kata jumpa di sini, negara itu jumpa disana. Last sekali berita ini yg keluar.

Persoalannya sekarang, apa sebenarnya yg dah jadi? Dan kenapa perlu PM umumkan kesedihan itu terlalu awal? Beliau sudah ditekan oleh pihak negara yg mmpunyai kuasa lebih besar? Barangkali untuk tutup rahsia sebelum ia mula terbongkar? Mereka mungkin dah lama tahu dari hari pertama tentang rahsia ini, tetapi kita sebagai org biasa terus disajikan dengan “drama” dan “sendiwara”. Dan akhirnya “emosi” kami terus menjadi santapan mereka.

Saya menulis ini bagi pihak keluarga saya, kerana ini yg terbuku dalam hati mereka ketika semua sedang bersedih dan cuba menerima Qada’ dan Qadar Ilahi. Hanya satu jawapan saja yg boleh diterima, tetapi jawapan itu sedang dinafikan ketika ini. Ini sebenarnya yg kami tidak boleh terima. Sekian. – Muhammad Fairuz Hamid

https://m.facebook.com/iz.coolje?id=100000908293168&_rdr


Read More...

Wednesday 26 March 2014

Nelayan Jumpa Dua Mayat Tanpa Kepala Di Pantai


Gambar hiasan kes penemuan mayat dalam keadaan ngeri di pantai Kelantan juga baru baru ini.


Dua nelayan yang asyik mengutip botol di Pantai Batu 6 Janglau dekat sini terkejut apabila menemui mayat lelaki tanpa kepala terdampar di tepi pantai.

Mohd Sharif Kupa dan rakannya ternampak sekujur tubuh terbaring di kawasan itu tetapi apabila mendekatinya mereka terkejut apabila mendapati mayat itu tidak berkepala.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata, mayat lelaki tanpa kepala yang berusia lingkungan 20an itu masih lengkap berbaju t dan berseluar pendek.

Katanya, pemeriksan awal mendapati terdapat satu lubang di bahagian dada mayat yang tidak dapat dipastikan sama ada dicederakan, tercucuk objek tajam atau kemungkinan dimakan ikan semasa hanyut. Identiti mangsa belum dapat dipastikan selain mayat itu sudah mereput.

Punca kematian belum dapat dipastikan.

Kata Johari, mayat itu di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan sesiapa yang kehilangan ahli keluarga lelaki agar menghubungi Balai Polis Kuala Rompin di talian 094145222. – Bernama


Read More...

Tapis Internet - Meroyan mahathir makin menjadi-jadi

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji akan menapis internet jika dilantik semula untuk memerintah Malaysia.

Dr Mahathir mengakui menyesal apabila pernah berjanji tidak akan menapis internet semasa memegang tampuk kuasa suatu ketika dahulu.


"Kalau saya jadi perdana menteri semula, perkara pertama saya lakukan ialah menapis internet.

"Sudah sampai masa kita menapisnya," kata Dr Mahathir semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.

Kenyataan Dr Mahathir berkemungkinan susulan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Barisan Nasional (BN) beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya menerusi pelbagai platform media alternatif di internet.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dilihat lebih ke depan berbanding kerajaan BN, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan majoriti kepada BN merudum juga disumbangkan penguasaan pembangkang di dalam internet.

Internet juga menjadi alternatif kepada media arus perdana yang sekian lama dikuasai oleh Umno dan BN.

Dr Mahathir mengakui menyesal kerana membuat perjanjian sebelum ini supaya internet tidak akan ditapis.

Menurutnya internet menyumbangkan kepada masalah sosial dan kadar jenayah yang meningkat kebelakangan ini.

"Walaupun saya bagi pengakuan kepada penasihat Koridor Raya Multimedia (MSC) semasa saya masih jadi perdana menteri, di mana saya bagi pengakuan kita tidak akan tapis internet.

"Pada masa itu saya tidak tahu apa yang boleh datang daripada internet," kata beliau.

Dr Mahathir berkata, kerajaan mampu dan mempunyai kepakaran untuk menapis internet, menyifatkan ia penting supaya rakyat tidak terdedah dengan pengaruh buruk yang boleh didapati dalam internet.

"Kita boleh tapis. Sebenarnya di Jerman mereka awal-awal lagi menapis internet. Kita boleh lakukannya, kita ada teknologi itu.

"Belanjalah sikit tapi hasilnya lebih baik kerana orang kita tidak akan terdedah dengan pengaruh yang buruk seperti ini termasuklah keganasan dalam wayang dan televisyen," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir tidak menolak penapisan internet akan mengundang kritikan pelbagai pihak, malah Malaysia akan dikecam sebagai sebuah negara tidak demokratik tetapi langkah itu perlu demi memastikan keselamatan negara terpelihara.

"Kalau dunia kata kita tidak moden, tidak demokratik, itu mereka nak kata, mereka katalah.

"Ini bukan negara mereka.  Ini negara kita dan kita berhak untuk menjaga keselamatan dalam negara," kata beliau.

Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun hingga 2003, pernah berjanji Malaysia tidak akan menapis Internet untuk menarik pelabur membangunkan MSC. – 26 Mac, 2014.

Dalam majlis sama, Dr Mahathir juga menegaskan kebebasan perlu dikawal kerana rakyat masih tidak berdisiplin dan masih terlalu muda dalam mengamalkan demokrasi.

"Kita sudah lima demokrasi dan demokrasi kita masih muda, rakyat belum tahu bagaimana mengawal diri, tak tahu mendisiplinkan diri.

"Mereka hanya ingin menggunakan kebebasan demokrasi tanpa perasaan bertanggungjawab," kata Dr Mahathir. – tmi 


Read More...

TERKINI - Rupa-rupanya TUDM sangka MH370 diarah patah balik



Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, Tentera Udara Dirajay Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Read More...

Misteri Pesawat Terbang Ke Lautan Hindi Dirungkai

Dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 dikatakan terhempas di selatan Lautan Hindi, penyiasat kini memperhalusi data satelit untuk mengenal pasti apa yang membawa Boeing 777-200ER itu ke kawasan terpencil – adakah ia sengaja dihempaskan atau adakah ia terbang menggunakan mod pandu auto hingga kehabisan minyak, kata seseorang yang rapat dengan penyiasatan Malaysia kepada Wall Street Journal (WSJ).

“Jika dan bila kami dapat lokasi yang lebih tepat, barulah kami mungkin dapat memastikan sama ada ia dilencongkan oleh mod pandu auto atau adakah ia diterbangkan ke sana.


“Dengan jumlah minyak dalam pesawat, adakah ia pergi ke lokasi paling terpencil? Adakah ia mengambil jalan yang berpusing-pusing?” katanya.

Analisis data satelit terbaharu mengecilkan kawasan pencarian di lautan itu kepada suku daripada zon sasaran terdahulu.

Analisis yang sama digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berkata pada Isnin pesawat itu terhempas di selatan Lautan Hindi.

Malaysia Airlines berkata, mereka terpaksa mengandaikan tiada yang terselamat, menyebabkan kemarahan di kalangan sesetengah ahli keluarga penumpang, terutama waris dari China.

Dengan pelbagai spekulasi mengenai bagaimana dan mengapa pesawat itu berada di Lautan Hindi, penyiasat juga memeriksa latar belakang juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid kerana dipercayai sistem komunikasi pesawat sengaja dipadamkan.

Bagaimanapun, tiada perkembangan mengenai motif atau bukti berlakunya sabotaj terhadap pesawat itu.

“Jika anda mahu meninggalkannya di kawasan paling terpencil, jika betul pun itu apa yang berlaku, anda perlu jadi gila untuk melakukannya,” kata sumber itu kepada WSJ. “Pada peringkat ini, siapa yang tahu sebabnya?”

Beliau berkata, Malaysia melihat kepada semua kemungkinan.

“Ada yang berpegang kepada teori tindakan yang disengajakan. Kami tidak mengenepikannya.”

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan membincangkan siasatan itu dan berkata, maklumat pra matang yang diberikan akan menyukarkan lagi pencarian jawapan.

Beberapa pakar berkata, ada kegagalan bencana dalam pesawat menyebabkan kapal terbang berpusing balik dan kemudiannya terbang.

Laporan WSJ berkata, penyiasat meletakkan harapan untuk menemui kotak hitam walaupun peluang mencarinya terhakis hari demi hari.

Kotak hitam itu menghantar ping secara berkala untuk membantu pencari menemuinya. Tetapi ia akan senyap dalam tempoh kira-kira 12 hari selepas baterinya habis.

Pencarian MH370 kini difokuskan di bahagian selatan Lautan Hindi, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam.

Hishammuddin berkata, operasi di koridor utara dihentikan susulan daripada maklumat yang diperoleh daripada analisis satelit terbaharu.

Beliau berkata, pencarian baru di selatan Lautan Hindi akan meliputi radius 469,467 batu nautika persegi.

Penyiasat pada masa ini berusaha untuk mengecilkan lagi kawasan pencarian dengan menggunakan maklumat daripada pengawasan satelit, analisis daripada data radar pengawasan, peningkatan udara dan aset permukaan dan peningkatan jumlah pakar teknikal dan subjek, kata Hishammuddin.

Pencarian pesawat MH370 adalah yang paling lama dalam sejarah moden pesawat penerbangan. Rekod terdahulu ialah misi 10 hari mencari Boeing 737-400 yang dikendalikan oleh syarikat Indonesia, PT Adam Skyconnection Airlines, yang hilang di perairan pulau Sulawesi pada 1 Januari, 2007.



Read More...

Panas - Artis Terkenal Jual Anak Melalui Facebook



Pelakon drama Sharisa Haris Chong meminta bekas pembantu jurusolek dan penjaga pakaian sebuah syarikat produksi yang telah menyalahgunakan gambar dan maklumat peribadinya melalui laman sosial Facebook palsu agar berhenti daripada menjalankan kegiatan bagi tujuan menipu pengikut laman sosial itu.

Sharisa, 25, berkata, kegiatan jual beli dalam talian yang dilakukan oleh wanita itu bukan sahaja membabitkan penjualan barangan tertentu malah dia turut menawarkan perkhidmatan menjual bayi.

"Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.

"Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar.

"Apabila saya siasat melalui nombor akaun bank yang diberikan kepada mangsa dan mendapati wanita tersebut merupakan seorang yang penah bekerja dengan saya dua tahun lalu," katanya pada sidang media bersama Persatuan Karyawan Malaysia, di Plaza Damansara, di sini, Selasa.

Tambah Sharisa, selepas mendapat tahu perkara tersebut, dia cuba menghubungi wanita berkenaan, namun gagal.

Lebih dahsyat lagi, wanita itu telah menyamar kononnya anak Sharisa Haris meninggal dunia untuk meraih simpati orang ramai dengan niat jahat.

"Dia ambil gambar saya bersama seorang anak saudara saya dan memberitahu bahawa kanak-kanak itu adalah anak saya dan baru sahaja meninggal dunia.

"Oleh itu dia minta sesiapa yang simpati agar memberi sumbangan atau sudi untuk mengambil anak-anak saya yang lain sebagai anak angkat dengan bayaran tertentu," katanya.

Dalam pada itu, Sharisa Haris juga telah membuat satu laporan di Balai Polis Petaling pada 17 Mac lalu.

Sementara itu, pelakon yang membintangi drama Ariana Rose dan Teduhan Kasih ini juga mengakui, perkara tersebut turut menjejaskan reputasinya sebagai pelakon baharu.

"Di sebabkan perkara ini ramai yang memboikot dan tidak mahu menonton lakonan saya dalam drama Ariana Rose baru-baru ini.

"Ada juga yang marah dan maki saya di laman sosial dengan melemparkan kata-kata kesat," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya akan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tindakan segera dapat diambil.


Read More...

MH370 - 'Mama, adik nak pergi dah...'

BERA - Kata-kata terakhir Khairul Amri Selamat, 29, yang dilafazkan kepada ibunya, Normah Jaafar, 56, sebelum berlepas ke Beijing, China dengan menaiki pesawat MAS MH370, 8 Mac lalu atas urusan kerja masih lagi terngiang-ngiang di telinga.

"Mama, adik nak pergi dah..." Itulah kalimah terakhir yang diucapkan Khairul Amri.


Normah berkata, setiap kali ke luar negara, anak bongsunya itu akan menghubunginya  dan sering berbual panjang.

Namun sebelum kejadian, hanya itu sahaja kata-kata yang diucapkan oleh Khairul Amri, dan sebaliknya dia yang banyak bercakap.

“Itulah yang saya ralat sangat. Dia cakap itu sahaja, memang tak cakap apa-apa dah.

“Tapi saya sudah bersedia untuk terima segala kemungkinan. Saya reda dan pasrah jika itu ketentuan-Nya,” katanya.

Menurut Normah yang juga Guru Tabika Kemas Kerayong Makmur, selepas mendengar pengumuman oleh Perdana Menteri malam kelmarin menerusi televisyen, dia agak terkejut dengan berita itu, malah tidak menjangka penantian selama 17 hari bernoktah tidak seperti diharapkan.

Katanya, pihak MAS ada memaklumkan kepadanya untuk bersiap sedia segala kelengkapan atau keperluan untuk di bawa ke Perth, Australia pada bila-bila masa sahaja.

“Saya nak pergi ke sana. Kalau tak dapat melihatnya (Mohd Khairul Amri), dapat tengak lokasi pun cukuplah.

“Bohonglah kalau kata saya tak sedih. Tapi saya kena kuatkan semangat hadapi semua ini dan saya memang sudah bersedia untuk ke sana (Australia),” katanya ketika ditemui di kediamannya di  Taman Kerayong Makmur, dekat sini.

Normah turut ditemani adik kandungnya, Mohd Sabri, 45, serta isteri, Mastura Jantan, 45, berikutan beliau tidak boleh ditinggalkan bersendirian kerana masih mengalami gangguan emosi.

Turut menemani Normah ketika itu, Penyelia Kemas Daerah, Manila Abd Latif serta rakan sekerja termasuk jiran tetangga dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Bera yang turut membacakan Surah Yassin yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kamping (JKKK) Felda Bukit Puchong, Muhammad Amin Sardi.


Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP