Friday, 29 April 2016

Adenan Mahu Wan Azizah Dan Nurul Izzah Tulis Surat Jika Mahu Masuk Sarawak



Tan Sri Adenan Satem menyarankan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar menulis kepadanya sekiranya dua anak beranak itu mahu memasuki Sarawak.

Adenan berkata beliau dengar Wan Azizah merancang datang ke Sarawak melalui Sabah untuk berkempen bagi calon-calon PKR dalam pilihan raya negeri itu.

Free Malaysia Today (FMT) memetik Adenan memberitahu satu sidang akhbar malam tadi bahawa tidak ada keperluan bagi Wan Azizah untuk berbuat demikian.

Katanya, apa yang Wan Azizah perlu lakukan adalah menulis kepadanya meminta kebenaran untuk masukke Sarawak.

"Dan saya akan mempertimbangkannya," kata Adenan.

FMT memetik Adenan sebagai berkata Wan Azizah adalah seorang yang baik, kecuali beliau bersama parti yang salah.

"Begitu juga dengan Nurul Izzah. Ya, dia dilarang (masuk Sarawak). Tetapi jika dia meminta dengan baik, dan mengakui hak kami, saya akan mempertimbangkan perkara itu," katanya.

Nurul Izzah dilarang memasuki Sarawak bersama dengan puluhan ahli politik yang lain.

Kerajaan negeri setakat ini hanya membenarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

7 comments:

lelaki dicermin 29 April 2016 at 14:10  

Agak2 kalau semua pemimpin PH keluar kenyataan majikan2 di semenanjung di harap jgn ambik anak2 negeri swak mcmana..?.

Hidup Najib! 29 April 2016 at 15:01  

Serawak ni satu republik dlm persekutuan malaysia ke?ok lah mulai suma warga swak disemdnanjung kena permit la

Hasra Raj 29 April 2016 at 17:51  

Kendatipun aku orang sarawak namun aku tetap tidak setuju dengan cara sekatan sedemikian buat menyusah aja...ini dikatakan pelarian dalam negara sendiri.

M.N.Hasnal Bakiyah 29 April 2016 at 18:45  

Nampak sangat sekatan bermotifkan politik. Kalau dah negara demokrasi nak takut apa...Siapa yg nafikan hak kamu Satem. Kamu yg takut bayang2.

Nampak sangat dungunya pemimpin ni

Unknown 29 April 2016 at 22:02  

Satem ingat dia masih KM Sarawak.....kakakaka
Pada masa skg....tiada KM la hoi denan!! Nampak sgt denan satem ni gila kuasa

Unknown 29 April 2016 at 22:02  

Satem ingat dia masih KM Sarawak.....kakakaka
Pada masa skg....tiada KM la hoi denan!! Nampak sgt denan satem ni gila kuasa

pendita muda 29 April 2016 at 23:45  

Pemimpin mabuk kuasa, Tak sedar diri,..Ingat Sarawak tu bapak dia punya ke??manusia yg tak bersyukur kepada Allah Swt, dengan apa yg di miliki selama ni,.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP