Saturday, 30 April 2016

Adenan Satem Sombong Dan Bongkak

Azmin: Adenan tak hormat jawatan MB, ketua menteri



Datuk Seri Azmin Ali berkata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak menghormati kedudukannya sebagai menteri besar Selangor dan Lim Guan Eng selaku ketua menteri Pulau Pinang.

Ia berikutan kenyataan Adenan bahawa beliau bersedia mempertimbang untuk melanjutkan tempoh kehadiran Azmin dan Lim di Sarawak hanya jika menerima permohonan rasmi.

"Kenyataan ini amat dikesali dan menunjukkan sikap tidak hormat terang-terangan Tan Sri Adenan Satem terhadap kedudukan menteri besar dan ketua menteri.

"Saya maklum yang sekarang ini merupakan musim pilihan raya. Maka dalam politik, seorang ketua perlu melakukan apa-apa jua tindakan yang dibenarkan undang-undang bagi memastikan kemenangan partinya.

"Namun, pendirian bongkak lagi angkuh Tan Sri Adnan Satem ini melangkaui batas dan menzahirkan wajah sebenarnya sebagai pemimpin yang menggunakan kuasa eksekutifnya secara melulu," kata Azmin dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Adenan dalam kenyataannya hari ini sedia menimbangkan permintaan untuk melanjutkan tempoh tinggal mereka di negeri ini sehingga berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

Pejabat ketua menteri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan kesediaan Adenan mempertimbangkan perkara itu sekiranya ada permohonan rasmi dibuat kedua-dua pemimpin pembangkang itu.

Namun Azmin berkata tindakan menghalang atau memendekkan tempoh kemasukan beliau dan pemimpin dari KEADILAN dan DAP tidak akan menyucikan 'noda dan salahlaku' pemimpin-pemimpin BN.

"BN Sarawak wajar menjauhi sikap hidung tinggi dalam menghalang dan mengekang kemasukan ke negeri itu atas alasan mengekalkan autonomi.

"Rakyat Sarawak layak melalui proses pilihan raya bersih dan adil. Justeru, perkara ini meliputi hak mereka memilih sesiapa yang mereka percaya, cara serta personaliti yang akan berkempen di sana - tanpa sebarang halangan mahupun rintangan," tegasnya.

- mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

10 comments:

tanya sama itu hud hud 30 April 2016 at 21:18  

Apa susah?
Suruh rakyat sarawak apply permit kerja untuk tinggal dan kerja di selangor dan pulau pinang pulak.

Cik Minah 30 April 2016 at 21:34  

SOKONG................biar dia rasa pulak.

Cik Minah 30 April 2016 at 21:35  

SOKONG - Baru tit for tat.
Engkau kenakan aku, amacam sekarang aku kenakan ko....???

otaiblues.blogspot 1 May 2016 at 00:11  

itu menyusahkan rakyat, yg tak bersalah..kenakan pada adenam anak beranak termasuk org besar negeri serawaj.itu baru adil

M.N.Hasnal Bakiyah 1 May 2016 at 00:24  

Bodoh punya Setem
Buat Stem lagi bagus...

borhan sharif 1 May 2016 at 01:01  

Masa PRN ni... Satem masih Ketua Menteri ?

Dia ni nyanyok, terlupa yang sekarang ni Serawak belum ada Ketua Menteri sehingga ada pelantikan selepas PRN.

GOBLOK.

Koperasi Prihatin Kedah Berhad 1 May 2016 at 12:39  

Yang jahat dan bahalol adalah pemimpin Sarawak bukannya rakyatnya. Janganlah kita hukum kejahatan dan kebahalolan pemimpin mereka ke atas rakyatnya.

M.N.Hasnal Bakiyah 1 May 2016 at 20:21  

Jgn bg masuk STEM tu ke Semenanjung melalui mana2 pintu masuk Selangor. Kalau masuk melalui KLIA ka...subang ka..antar dia balik S'wak

Creater 727qp 2 May 2016 at 14:05  

ya..harap rakyat seluruh malaysia faham situasi...bukan saja pemimpin party yang rasa tak berpuas hati....rakyat lain pun sama..saya sokong autonomy imigresen sarawak...tapi dengan pelaksaan yang adil..bukan salah guna kuasa...adil utk BN/PH/ NGO..etc...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP