Saturday 23 April 2016

Aliff Syukri Lelong Rumah Harga RM11 Juta



PENGASAS D’Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzama tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja D’Herbs, sudah pasti ramai yang terngiang-ngiangtaglinenya yang popular itu, “Terlajak Laris”.

Terbaharu, Aliff Syukri, 28; melalui laman sosial Facebook miliknya telah memuat naik satu posting untuk menjual rumahnya sendiri dengan harga kira-kira RM11 juta.

Banglo mewah seakan-akan istana yang terletak di Seksyen 10 Kota Damansara, Selangor itu hendak dijualnya kerana beliau dikatakan ingin berpindah ke rumah baharu.

Walaupun berat hati bagi jutawan ini melepaskan rumah itu, namun dia harus melepaskannya juga kerana takut tidak mampu menguruskan dua rumah dalam satu masa memandangkan dia akan berpindah ke rumah baru.

Agak sayang juga hendak dibiarkan rumah yang bagaikan istana ini terbiar kosong begitu sahaja tanpa berpenghuni.

Pelbagai komen diutarakan oleh pengguna media sosial pada gambar yang dimuat naik itu.

Walau apapun, sesiapa yang mampu untuk memiliki kediaman Abang Terlajak Laris ini bolehlah menghubungi nombor yang diberikan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP