Saturday 23 April 2016

Ayah Pin Meninggal Dunia Malam Tadi

PEMIMPIN ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ariffin Muhamad atau Ayah Pin.


TERENGGANU: Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, jam 8.30 malam tadi.

Ayah Pin, adalah pengasas kepada "Kerajaan Langit" yang dan disenaraikan pihak berkuasa agama dalam kumpulan agama sesat yang berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut.

Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama, manakala pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu berkenaan.

Pada April 2005, Pejabat Tanah Daerah Besut mengeluarkan notis merobohkan beberapa premis dan replika gergasi di markas Ayah Pin di perkampungan berkenaan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP