Saturday, 23 April 2016

Hadi Akur Pandangan Zakir Naik Untuk PAS-UMNO Bergabung



SHAH ALAM – Pandangan penceramah terkenal, Dr Zakir Naik dalam bidang agama adalah berdasarkan pengamatan secara ilmu dan prihatin terhadap umat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia wajib dihormati memandangkan beliau juga menjadi pengamat politik yang peka terhadap ummatnya serta tidak memisahkan politik daripada agama dan dakwah.

“Beliau bukan sahaja memahami perbandingan agama-agama dengan Islam, bahkan beliau memahami perbandingan Islam dengan Ideologi. Oleh kerana itu beliau mencadangkan kerjasama Pas dan Umno berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

“Pas sudah lama meletakkan al-Quran, as-Sunnah bersama Ijmak Ulamak dan Qias yang nyata menjadi rujukan tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan) Pas (Fasal 5). Bagi merealisasikannya secara kenyataan Pas mewujudkan Majlis Syura Ulamak yang bukan hanya mengiyakan semua keputusan Pas Pusat, bahkan boleh membatalkannya sekiranya menyanggah hukum tertinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai perjalanan Pas hingga ke hari ini, Abdul Hadi berkata, Pas mempunyai pengalaman melaksanakan kerjasama dengan semua pihak sama ada kumpulan Islam ataupun bukan Islam serta bersama kerajaan dan pembangkang.

“Pas pernah meyertai persidangan Apro Asia bersama Umno dan beberapa perbincangan di zaman penjajahan dan Pas bersendirian selepas kemerdekaan, bersama kerajaan campuran pada tahun 1973 dan bersama menubuhkan BN pada tahun 1974 dan menyertainya sehingga 1979.

“Semua pelaksanaan pendekatan tersebut dengan muzakarah para ulamak dan pimpinan di peringkat tertinggi mengikut perhitungan Islam dan politik. Kebiasaannya, pendekatan dan strategi dahulu tidak diulangi dengan cara yang sama, kerana perlu dipelajari segala kesilapan dan kelemahannya,” katanya lagi.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

tanya sama itu hud hud 23 April 2016 at 23:52  

Nak jimak dgn umno tak payah hujah banyak la hoi hadi marang..
Ammanat lama dah batal ke?
Sendiri ludah sendiri jilat

M.N.Hasnal Bakiyah 24 April 2016 at 01:50  

Nazri Aziz mesti setuju punya..
He4

nordin Abu Bakar 24 April 2016 at 09:40  

Dah meluat tengok muka kaki tuang presiden ni...tak yah la upload batang tubuh dia ni...paparkan citer jer

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP