Saturday, 30 April 2016

Hadi: Rakyat Perlu Bezakan Sepenggal PAS Dengan Berpenggal BN Perintah

PAS beri peluang BN selesai isu sehingga PRU14



KUALA TERENGGANU: PAS tidak akan mengambil kesempatan dalam kemelut yang berlaku di negeri itu, sebaliknya memilih memberi peluang kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu menyelesaikan isu kepimpinan yang berlaku hingga penggal PRU14.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, PAS juga tidak akan mencampuri urusan UMNO berhubung pertukaran Menteri Besar ekoran Ahmad Razaif Abd Rahmad dilucutkan darjah kebesaran oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Beri peluang kepada mereka (UMNO-BN) sehingga habis penggal (PRU14), biar mereka selesaikan isu yang berlaku,”katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Amal Media malam tadi.

Katanya, tempoh Barisan Nasional menyelesaikan kemelut yang berlaku juga akan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai parti yang layak mentadbir tanpa berdepan krisis.

“Rakyat perlu menilai perbezaan di antara sepenggal PAS memerintah Terengganu sebelum ini (pada tahun 1999-2004) dengan berapa penggal BN memerintah (dan terpalit pelbagai isu),” katanya.

Kemelut pentadbiran Kerajaan Terengganu kembali hangat apabila bekas Menteri Besar Datuk Ahmad Said membuat usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lepas.

Ia berlarutan apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa 22 April lalu.

Berikutan itu, spekulasi Menteri Besar akan ditukar bertiup kencang dengan beberapa nama calon pengganti turut tersebar luas di laman sosial sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadap Sultan Terengganu. - FMT

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

tanya sama itu hud hud 30 April 2016 at 15:22  

2x5 pas dgn umno.dua2 tak buat keja..
Kalau pas buat keja,tak la dia dapat sepenggal..
Dengan perangai kaki ponteng,sapu elaun

nordin Abu Bakar 30 April 2016 at 19:03  

Kaki tuang presideng tu sembang jer kencang tp habok pun tarak.. semasa perintah terengganu takde hala tuju, ..mesyuarat exco tdo jer kaki tuang nih.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP