Saturday 30 April 2016

Khidmat Polis Pengiring Tun Mahathir Dihentikan



KUALA LUMPUR: Perkhidmatan pengiring bermotosikal polis (police outriders) yang mengiringi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah ditarik balik.

Free Malaysia Today melaporkan, perkara itu turut disahkan oleh seorang pembantu bekas Perdana Menteri itu.

Ujarnya, polis tidak akan lagi menyediakan perkhidmatan dua pengiring berkuatkuasa 28 April 2016.

“Bagaimanapun, saya tidak mengetahui mengapa perkhidmatan polis pengiring itu ditarik balik,”katanya.

Kebiasaannya, pergerakan Tun Mahathir akan diiringi oleh dua pengiring bermotosikal polis.

Terdahulu, wartawan veteran, Datuk Kadir Jasin menerusi blognya berkata, khidmat pengiring bermotosikal polis Tun Mahathir telah ditarik balik.

Bagaimanapun, pasukan ADC dan Unit Gerakan Khas yang bersama dengan bekas Perdana Menteri itu masih ada.

Dakwa beliau, mungkin dalam perkiraan mereka yang menghentikan perkhidmatan polis pengiring itu merasakan bahawa tanpa ‘outriders’ perjalanan Tun Mahathir ke majlis-majlis Deklarasi Rakyat boleh disukarkan.

Tun Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia paling lama telah diberikan keistimewaan itu selepas beliau meletak jawatan pada tahun 2003 setelah menerajui tampuk kepimpinan negara selama 22 tahun.

Beliau bagaimanapun telah menjadi individu yang paling lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain daripada mendesak Najib untuk meletak jawatan.

Dipetik dari SINI

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP