Saturday, 16 April 2016

Najib Bersalaman Dan Hadi Peluk Zakir



Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tengahari tadi menemui pendakwah Islam kontroversi, Zakir Naik di ambang sesi syarahannya di Kuala Lumpur, petang ini.

Najib bertemu dengan Zakir semasa perjumpaan sarapan pagi di kediaman perdana menteri, manakala Hadi menemui Zakir di lokasi yang tidak didedahkan di Putrajaya.


“Adalah menjadi harapan saya agar Zakir boleh beritahu satu dunia yang Malaysia ialah negara yang sederhana yang menggalakkan perpaduan orang Islam,” kata Najib dalam catatan facebooknya.

Beliau turut memuat naik gambarnya bersalaman dengan Zakir.

Pas pula memuat naik gambar Hadi berpelukan dengan Zakir dalam apa yang mereka sifatkan sebagai 'pertemuan bersejarah' di Putrajaya.

Pertemuan tersebut adalah sebahagian daripada program Jelajah Malaysia Pendakwah berasal dari India itu dari 15 hingga 18 April, ujar Pas dalam catatan facebooknya.

Zakir, yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2013 oleh Yang Dipertuan Agung terpalit dalam kontroversi apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pembatalan syarahan beliau di Melaka dan Kuala Lumpur, bagi memelihara keamanan awam.

Kumpulan Hindu membuat laporan polis menentang syarahan Zakir, dengan dakwaan pendakwah itu membuat kenyataan berbaur fitnah berkenaan agama lain.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan Zakir.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

jamal chik 17 April 2016 at 10:08  

Islam ada prinsipnya. Malaysia negara Islam. Ngapa nak ikut telunjuk non Muslim dimana mereka TIDAK AKAN redha dgn Islam hingga kiamat.

jamal chik 17 April 2016 at 10:09  

Islam ada prinsipnya. Malaysia negara Islam. Ngapa nak ikut telunjuk non Muslim dimana mereka TIDAK AKAN redha dgn Islam hingga kiamat.

M.N.Hasnal Bakiyah 17 April 2016 at 20:51  

Siasat dan tangkap Ramasamy..agen LTTE rupanya

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP