Friday, 15 April 2016

Nazri: 'Tak Perlu Pelawa Dr Zakir Naik, Malaysia Ada Ulamanya Sendiri'



PUTRAJAYA - "Perlu ke pelawa Dr Zakir Naik?" demikian persoalan yang ditimbul oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz semalam dalam temubual bersama Free Malaysia Today (FMT). 

Nazri berpendapat, tindakan membawa Dr Zakir untuk berceramah mengenai agama adalah tidak perlu kerana Malaysia sudah mempunyai ulamanya sendiri. 

"Semuanya tentang persepsi dan persepsi dibuat berdasarkan apa yang dilakukannya sebelum ini. Saya rasa jika anda mahu bercakap tentang agama, cakaplah tentang agama anda sendiri. 

"Untuk mengadakan satu sesi perbandingan, anda terikat dengan kesimpulan agama anda lebih baik. Lagipun, adakah ia perlu? Adakah umat Islam di sini perlu diberitahu yang kita tidak berada di landasan yang betul? Saya rasa tidak. 



"Dengan mempelawa lelaki ini untuk memberi syarahan di sini, sudah tentu akan mendapat tentangan pihak tertentu," katanya. 

Jelas Nazri lagi, keharmonian antara masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara ini perlu dilindungi agar tidak berpecah belah hanya disebabkan oleh Dr Zakir Naik yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia. 

"Dia akan beri ceramah dan tinggalkan negara ini. Malah ditinggalkan dengan semua masalah yang mungkin ditimbulkannya," katanya. - PIXEL MEDIA


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

4 comments:

M.N.Hasnal Bakiyah 15 April 2016 at 20:09  

Mat Botak kojol panggil Salena Gomez ja mandikan...
He3

xairlinepilot 16 April 2016 at 01:12  

Saya setuju dengan YB Dato Nazri Aziz, sbnrnya jita tak perlu utk jempur Dr Zakir Naik sebab mmg kita ramai ustaz.

Salah satu uztaz ialah Uztaz Nedim Aziz aka Ustaz PU da'boz... yo yo man !!!

Ustaz Nedim pakar Ilmu Enjoy..... yakni Dr Zakir Naik pon X selayak dia. Uztaz Nedim pakar dalam hafazan Cocktail n Ilmu Rappin.. yoo yoo ma mannn !!!

Jadi mmg betul kata Nazri, x perlu jemput Dr Zakir sbb sudah ada Uztaz Nedim Aziz yg selalu Zakar Naikkkk

jamal chik 16 April 2016 at 12:13  

Kalau dah tak ada apa nak komen, keluarlah ayat yg memalukan diri.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP