Thursday 28 April 2016

Tabung Haji Umum Johan Abdullah Ganti Ismee



Berkuat kuasa 1 Julai ini, Datuk Johan Abdullah akan dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji menggantikan Tan Sri Ismee Ismail.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata penyerahan tugas oleh Ismee adalah selaras dengan pelan penggantian yang dirancang sejak Januari 2015.

"Kepimpinan dan visi Ismee banyak menyumbang kepada kejayaan Tabung Haji sehingga memperoleh pengiktirafan dan penghormatan di peringkat antarabangsa.

"Kami berbangga dan berterima kasih dengan kepimpinannya sepanjang tempoh melebihi 10 tahun, Tabung Haji berjaya melalui transformasi yang telah meningkatkan prestasi kewangan ke ahap yang membanggakan," katanya menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, Selasa lalu, berkata peletakan jawatan Ismee memang sudah dijangkakan berikutan pendedahan beliau berhubung tata kelola dan kedudukan kewangan Tabung Haji sebelum ini.

Katanya, Ismee juga adalah ahli lembaga pengarah dalam firma kontroversi 1MDB dan kemungkinan akan disiasat tidak lama lagi.

Rafizi sebelum ini mendakwa Tabung Haji membabitkan diri dalam pelaburan berisiko termasuk jaminan RM1 bilion kepada sebuah anak syarikat 1MDB yang bermasalah.

Beliau juga menggesa CEO baru untuk melakukan audit khas mengenai kedudukan kewangan dan operasi kumpulan itu dan dibentangkan sebagai kertas putih di Parlimen sebelum akhir tahun ini.

Johan menyertai Tabung Haji pada 15 Januari 2015 sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan.

Sebelum itu, beliau adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP