Monday 25 April 2016

TERKINI: Semua Program MB Razif Di Terengganu Dibatalkan



PETALING JAYA: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor membatalkan semua program yang sepatutnya dihadiri beliau minggu ini.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kepada Menteri Besar Terengganu yang turut mendedahkan semua program itu kini diwakili oleh exco negeri itu.

“Menteri Besar tiada program minggu ini, semuanya diwakilkan kepada exco. Sepatutnya ada dua program untuk dihadiri beliau minggu ini,” katanya ketika dihubungi FMT.

Jelas pegawai yang enggan namanya didedahkan, pembatalkan program tersebut mungkin disebabkan kemelut yang sedang dihadapi Ahmad Razif dan pihak istana ketika ini.

“Pembatalan program tersebut, mungkin ada kaitan dengan isu yang berlaku sekarang dan Menteri Besar juga tidak akan menghadiri program yang dihadiri orang ramai bagi meredakan keadaan,” jelasnya.

Kemelut Menteri Besar Terengganu mula hangat diperkatakan setelah pihak istana Terengganu dikatakan menarik balik gelaran kebesaran yang dianugerahkan kepada Ahmad Razif.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan daripada pihak istana berhubung tindakan tersebut, namun ia dikaitkan dengan ucapan beliau ketika menghadiri sebuah majlis bersama Sultan Mizan.

Ahmad Razif ketika membacakan teks ucapan didakwa berkata Kerajaan Terengganu lebih banyak membantu rakyat berbanding pihak Yayasan Diraja Sultan Mizan, sekaligus membangkitkan kemurkaan Sultan Mizan.

Sementara itu menurut laporan terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu membabitkan Menteri Besar Terengganu.

Ia juga meminta rakyat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat dan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee yang disebut-sebut antara calon yang akan menggantikan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu. - FMT


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP