Friday, 6 May 2016

Ahmad Bashah Malukan Saya, Kata Pengasas D' Herbs

Pengasas Kosmetik D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menunjukkan antara surat-surat perjanjian diantara pihaknya bersama KFA pada sidang media berkenaan isu penajaan beliau dengan Persatuan Bola Sepak Kedah, di Wisma D'Herbs, Kota Damansara. 


Pengasas produk D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kecewa terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang mengeluarkan kenyataan tanah rakyat Kedah tidak tergadai selepas menolak tajaan syarikatnya.

Aliff berkata, kenyataan Menteri Besar Kedah itu amat memalukan dirinya seolah-olah beliau ingin mendapat tanah di negeri itu secara percuma hasil tajaan bernilai RM30 juta.

Katanya, Ahmad Bashah sudah sedia maklum segala butiran perbincangan yang berjalan selama hampir tiga bulan dan beliau boleh berterus-terang jika ada terma perjanjian tajaan yang tidak dipersetujuinya.

"Saya cabar siapa yang boleh buktikan yang saya minta tanah percuma di Kedah dan saya boleh beri RM100 juta dan bukannya RM30 juta.

"Semua terma perjanjian syarikat saya hanya menyebut pemohonan untuk membangunkan Bandar D'Herb dengan usahasama anak syarikat kerajaan negeri.

"Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) yang menawarkan sendiri tanah di Bandar Sejahtera di Pokok Sena yang terbengkalai sejak tahun 2008," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menjawab pelbagai tuduhan selepas KFA menolak tajaan D'herb Holding (M) Sdn. Bhd. sebanyak RM30 juta pada Selasa lalu.

Ahmad Bashah dalam laman sosial Facebook sempat mengeluarkan kenyataan sejurus penolakan tajaan itu dengan berkata tanah rakyat Kedah akan dipertahankan dan tidak akan digadaikan. -- MalaysiaGazette


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

Prof 7 May 2016 at 05:08  

datuk aliff, kalau nak tahu itulah cara umeno membelit rakyat selama ini....menipu

nordin Abu Bakar 7 May 2016 at 07:29  

Ahmab basah mana tau baca...dia ingat kerjasama tu bagi tanah..mcm yg selalu umno buat...

M.N.Hasnal Bakiyah 7 May 2016 at 09:46  

Mat Basah kekeringan tu...
Dedak kering susah la nak telan

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP