Sunday, 8 May 2016

Azmin Ajak PAS Bersama Pakatan Harapan



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengajak PAS untuk kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam, yang jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka.

"Justeru, Amanah (Parti Amanah Negara) dan PAS haruslah terus mara bersama PKR dan DAP. Kita perlu bergerak ke hadapan secara bersama bagi menghadapi PRU-14 sebagai satu pasukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Keputusan PRN Sarawak ke-11 menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.

DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh kerusi daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga daripada 41 kerusi yang ditandingi. PAS dan Amanah tewas di semua kerusi yang ditandingi.

"Pencapaian kita mungkin lebih baik jika sejak awal lagi kita bersatu hati dan bekerjasama seperti kelaziman kita.

"Kita harus akur yang rakan-rakan sekutu kita akan terus berbeza pendapat dalam isu tertentu pada masa hadapan namun keyakinan yang didorong semangat kebersamaan selama ini akan terus membantu kita melangkaui perbezaan ini," kata Azmin.

PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

Beberapa bekas pemimpin kanan PAS turut menubuhkan Amanah dan bekerjasama dengan DAP dan PKR, manakala PAS pula menubuhkan satu lagi pakatan pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

-Bernama


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

Hidup Najib! 9 May 2016 at 08:32  

Come on azmin..pas sekarang dah jd parti komponen BN...pokjib tak payah susah2 hentam DAP...pas setiap hari ratibnya lanyak DAP..

"Nukilan - Aku Prihatin" 9 May 2016 at 21:50  

Dah ada PH , yg pi sibuk ngajak PAS tu pasai ape ? Lama berpolitik tapi tak cerdik. Nak tunggu rakyat marhaen hukum hampa nie agak nye 👹

wroslan wmohd 10 May 2016 at 22:15  

Betul tu.Dh ada Amanah yakni Mat Sabut dan DAP pasal apa dok ajak PAS?Mungkin Azmin terpanggil dan menyedari PKR selama ini didokong PAS,penyokong tegarnya mana?

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP